PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, June 28, 2010

Anwar Merujuk Mahkamah Persekutuan Selepas Mahkamah Rayuan Menolak Permohonan Beliau Untuk Mendapatkan Semua Kenyataan Si Saiful !!

PUTRAJAYA, 29 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan semua kenyataan termasuk saksi pengadu, Mohd.Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Rayuan menolak usahanya minggu lepas. Rayuan kepada mahkamah tertinggi itu difailkan oleh peguamnya, Karpal Singh tengah hari semalam. Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mei tahun ini yang menolak rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu. Anwar, 63, mahukan kenyataan-kenyataan yang mendakwa wujud percanggahan dalam testimoni Mohd. Saiful semasa perbicaraan dan dakwaan liwat yang dibuat ke atasnya. Katanya, Mohd. Saiful telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat terhadapnya berlaku tanpa kerelaannya, tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

[Ramai yang sudah tidak yakin dengan perjalanan kes liwat II ini sebenarnya. Segala hak yang termaktub dalam undang-undang terhadap tertuduh dinafikan oleh pihak yang berkenaan. Mereka seolah-olah mahu menyiapkan skrip agar Anwar kembali ke penjara Sg.Buloh tanpa ada sebarang halangan. Malah, perbicaraan yang jelas bukan untuk mencari keadilan itu amat menjengkelkan kita. Mana mungkin tertuduh dihalang sebegitu rupa untuk mendapat perbicaraan yang adil bagi mencari kebenaran jika segala-galanya dihalang, hinggakan laporan polis yang boleh dibeli dengan harga RM2 itu pun tidak mahu diberikan kepada peguam Anwar. Ini bermakna, Anwar sekali lagi berhadapan dengan "manusia seperti Rahim Noor", dimana beliau akan dibelasah hidup-hidup dengan tangan bergari dan mata tertutup. Akhirnya beliau yang menjadi mangsa kes ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan itu sendiri. Inilah yang menakutkan kita apabila undang-undang diperlekehkan].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini: