PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, June 23, 2010

Edisi Pahang: Mazlan Aliman Buat Laporan Polis Terhadap Najib Serta Ahmad Maslan, SPRM Juga Di Gesa Menyiasat Insiden Penyelewengan Felda

TEMERLOH, 23 Jun - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), saudara Mazlan Aliman (foto) bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Pahang telah selesai membuat laporan Polis terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Ahmad Maslan berhubung isu penyusutan nilai tunai Felda yang dipercayai berlaku akibat daripada penyelewengan. Laporan Polis telah dibuat secara bersama oleh lima individu diketuai Mazlan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh. Mazlan telah di iringi oleh 50 pengikutnya tiba di IPD Temerloh, kira-kira jam sepuloh pagi tadi. Beliau dilihat terus memasuki kaunter laporan. Sejurus selesai membuat laporan Mazlan membuat kenyataan media yang mengesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara terperinci terhadap perjalanan kewangan Felda sehingga menimbulkan keraguan tentang kemungkinan yang tinggi berlakunya penyelewengan sehingga menyebabkan nilai tunai Felda merosot. "Setelah meneliti pendedahan berbagai pihak termasuk kenyataan dari bekas Timbalan Menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong dan jawapan oleh Dato' Ahmad Maslan maka timbul keraguan yang munasabah berlakunya penyelewengan sehingga nilai tunai Felda merosot. Saya amat meragui penjelasan Dato' Ahmad Maslan sebab itu kita mendesak pihak Polis dan SPRM segera membuat penyiasatan," katanya. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanudin Salim, Pengerusi Cabang PKR Kuala Krau, Haji Suhaimi Said dan beberapa pimpinan yang lain. Artikel dipetik dari pahangkini

[Banyak sudah laporan yang dibuat oleh Saudara Mazlan Aliman terhadap kepincangan yang berlaku kepada agensi Felda. Namun, satu pun mungkin tidak disiasat oleh pihak polis. Apakah makna semua ini. Bukti dan segala dokumen berkaitan telah jelas malah kali ini ia dedahkan oleh Timbalan Menteri Kabinet Najib sendiri di Parlimen, namun segalanya mungkin sekadar "menyalak bukit" sahaja. Pihak polis bahkan SPRM dijangka tidak akan melakukan apa-apa atas laporan yang telah dibuat ini. Namun, ia sekurang-kurangnya menyelesaikan tanggungjawab ANAK untuk menyakinkan rakyat terutamanya golongan peneroka Felda agar tidak terus ditipu dan tindas oleh agensi itu buat selamanya. Tahniah ANAK!].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

CicitMatKilau said...

Cek kena faham, depa bukan menyeleweng duit felda tu, cuma ambil komisyen atas projek yang depa buat.

lelubies said...

kalau nak report kes salah laku najib dan puok2 UMNO baik x payah , buat habis kertas kat Balai Polis je..x kan ada tindakan punya...