PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, June 27, 2010

Edisi Sukan: Tahniah Buat Datuk Lee Chong Wei, Tewaskan Taufik Hidayat 21-19, 21-8 Untuk Pingat Emas Perseorangan Lelaki Terbuka Indonesia !!

Biar pun beliau dikatakan sudah "lembek dan tidak ada kelas" ketika tewas kepada Lin Dan dari China dalam perlawanan separuh akhir badminton Piala Thomas di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini, namun jauh perseorangan negera Datuk Lee Chong Wei masih mempunyai kelas tersendiri sebenarnya. Beliau membuktikan sememangnya dia adalah pemain nombor satu dunia apabila menewaskan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat di Stadium Istora Senayan, Jakarta hari ini. Beliau memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki akhir bila membenamkan Taufik 21-19 dan 21-8. Dengan kemenangan itu juga, ia berjaya menutup mulut sesetengah pemerhati dan peminat badminton tanahair yang mempertikaikan kewibawaannya selepas tewas mudah kepada Lin Dan dulu. Malah, kemenangan Chong Wei ini adalah "hatrick" selepas memenanginya dalam dua kejohanan terdahulu. Apapun sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan kemenangan ini, tambahan pula amat sukar bagi mana-mana pemain luar untuk menakluki Istora Senayan selama ini. Kemenangan ini juga adalah merupakan hadiah khas buat seluruh rakyat Malaysia yang sudah sangsi dengan keupayaan beliau itu sebenarnya.