Geli-geleman dibuatnya tatkala membaca tulisan blogger warisan@pahang tentang ceramah "petualang rakyat" si Ezam Md Noor di Balok Kuantan pada 16 Jun baru-baru ini. Beliau yang marah gara-gara "nama glamer" yang kami berikan kepada Ezam, mengatakan Ezam kini ‘diserang lumat’ oleh pembangkang, bukan lagi seperti 'menjolok sarang terbuan malah tebuannya dibakar hidup-hidup'. Tiada siapa yang mahu menyerang Ezam sebenarnya, namun "senator cap ayam" itu tidak layak untuk buat ceramah dan menjadi "tok dalang" dalam wayang kulit "membongkar rahsia" kepada rakyat. Apa yang mahu dibongkar oleh Ezam sebenarnya, sedangkan banyak rahsia-rahsia yang disimpan selama ini tidak pernah dibongkarkan pun. Mana perginya rahsia rasuah dan penyelewengan yang pernah dia mahu dedahkan dulu?. Sekarang bila sudah masuk UMNO dan jadi Senator maka cakapnya cukup hebat. Banyak rahsia Anwar mahu didedahkan. Bukankah itu sudah menjadi kelaziman orang yang jadi "pengkhianat", mereka sanggup lakukan apa saja untuk membuktikan ketaatannya kepada "imam baru" mereka. Inilah yang terjadi kepada Ezam. Anehnya warisan@pahang boleh percaya bulat-bulat cakap Ezam baru-baru ini. Dalam ceramahnya itu Ezam menceritakan pertemuan beliau dengan Saiful di Plaza Tol Rawang, kononnya Saiful kecewa Najib Razak tidak mahu membantunya selepas dia mengaku diliwat Anwar. Dalam pertemuan sulit itu Ezam mengatakaan bahawa Saiful mengakui diliwat Anwar dan mahu dia menolong budak itu. Kononnya Saiful yang dalam keadaan tertekan meluahkan perasaan kecewanya kerana Najib (TPM pada masa itu) enggan membantunya sebaliknya suruh Saiful buat laporan Polis. Begitu juga dengan seorang Polis yang ditemuinya, tidak mahu masuk campur dan minta saiful buat laporan Polis. Jadi Saiful merasakan Ezam sahaja seorang yang berani lawan Anwar dan tempat dia mencurahkan perasaannya. Najib tidak mahu masuk campur bukan tidak mahu membantu tetapi tidak mahu dikaitkan dengan isu ini kerana isu ini adalah isu peribadi antara Saiful dan Anwar walaupun Anwar adalah musuh politik Najib. Sedap bunyinya bila dengar ceramah Ezam itu. Namun nyata ianya hanya penglipur lara semata-mata.Harap-harap moga puak-puak UMNO dan blogger warisan@pahang dapat
tatap video ni puas-puas dan mengerti siapakah Ezam yang sebenarnya
[Namun, tahukah warisan@pahang bahawa Ezam ini memang pandai bermain kata-kata sejak dulu lagi. Beliau umpama "burung kakak tua" yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak tahu apa yang diucapkannya. Rujuk klik video diatas, Ezam dengan lantangnya mengatakan dia tak akan masuk UMNO walau apa jua cara sekali pun. Dia berani bersumpah akan terus bersama rakyat untuk berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan penyelewangan yang berlaku. Namun, apa yang terjadi sekarang. Cakapnya dulu hanyalah omongan kosong dan retorik politik semata-mata. Maka, apakah pemuda UMNO termasuk warisan@pahang boleh percaya dengan kata-kata Ezam ini agaknya?. Harapan kita janganlah pemuda UMNO termakan dengan kata-kata Ezam ini lagi. Beliau tidak layak untuk berceramah dan mengeluarkan kenyataan, kerana beliau memang pengkhianat rakyat serta senator cap ayam sebenarnya].tatap video ni puas-puas dan mengerti siapakah Ezam yang sebenarnya












2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
PUOK UMNO MMG SUKA KENA TIPU,SEBAB TU LA KENA TIPU SOKMO,INI PUOK-PUOK YANG PALING BANGANG DALAM DUNIA,MCM PUOK-PUOK ZAMAN FIRAUN..
la...ezam senator cap ayam ke? kah...kah...kah.... cap ayam rupanya, berkokok lagi....aku ghase memang cap ayam la... dulu berkokok, konon jaguh kat bulan, aku la ayam jantan, tak makan tahi sendiri, sekarang berebut nak patuk tahi sendiri, yang pelik nak patuk tahi ayam lain...aramak...senator cap ayam...ha kan tak memasal orang panggil senator cap ayam...buat malu bangsa je... berapa banyak kotak kau nak bawak kat akhirat nanti? kotak kat rumah aku ada lagi ni... aku ghase dia ikut pepatah ni...out of box... memang dia keluar sungguh dari kotak ni...kotak, kotak tak memasal senator cap ayam dengan kotak-kotaknya
Post a Comment