Bagi tidak mengecewakan para peminat Senator Ezam Md Noor, tentang siapakah beliau yang sebenarnya dan apakah beliau layak menjadi seorang pejuang rakyat sekarang ini maka disini kami paparkan dua buah video eksklusif Ezam ketika bersama kita dulu. Paparan ini untuk membolehkan puak-puak UMNO terutama barisan pemudanya bersedia dengan kelibat Ezam selepas ini. Juga supaya bersedia dengan strategi untuk memerangkap Ezam, kerana manusia seperti ini dia akan lakukan apa saja asalkan untuk kepentingan dirinya sendiri. Ini bukti jelas bahawa "kelentong Ezam" memang tidak boleh dipakai apatah lagi mahu dipercayai. Paparan ini juga bagi menjawab komen dari blogger UMNO Pahang iaitu warisan@pahang berkenaan kehadiran Ezam dalam ceramah umum "membongkar rahsia" yang dibuat di Kuantan pada 16 Jun yang lalu. Setidak-tidaknya mereka dapat membezakan Ezam ini siapa sebenarnya. Semoga video ini dapat disebarkan kepada semua ahli Pemuda UMNO supaya mereka berhati-hati dengan "jelmaan Ezam" kali ini. Beliau bercita-cita besar untuk merebut salah satu jawatan tertinggi dalam parti itu sebenarnya, dan amat berharap untuk menjadi "orang besar" dalam kabinet BN dalam pilihanraya umum akan datang (jika pakatan karat itu masih menang). Buat masa ini, Ezam khabarnya sedang memunggah seberapa ramai juaknya dalam PKR dulu untuk menjadi "khadam" yang akan digunakan bagi memenangkannya dalam pemilihan calon tertinggi parti itu pada masa akan datang. Selayaknya Ezam digelar "raja sesumpah" kerana telah banyak kali dia bersumpah tidak akan masuk UMNO, tapi akhirnya dia lakukan juga dek kerana tidak tahan dengan habuan yang dijanjikan. Tahniah dan syabas kita ucapkan atas keihklasan Ezam memperakui bahawa tidak ada mana-mana pemimpin PKR yang akan masuk UMNO jika tidak ada habuan itu sebenarnya.
[Semoga video ini menjadi panduan kepada penyokong Ezam Md Noor yang kononnya menyanjung tinggi dan percaya dengan kelentong Ezam dalam ceramah-ceramahnya di seluruh negara. Apakah manusia seperti ini layak dilantik sebagai senator agaknya?. Bukankah beliau merupakan manusia yang tidak boleh dipercayai... munafik dan merupakan "sesumpah" yang tidak mempunyai masa depan. Mungkin Ezam seronok sejak menjadi senator sekarang ini agaknya. Malah, bolehkah kita percaya dengan orang yang pernah kata tak mungkin masuk UMNO tiba-tiba sekarang ini cukup seronok pula bercakap bagi pihak mereka. Semoga pendedahan video ini memberi kesan kepada pemuda UMNO supaya berhati-hati dengan cakap-cakap Ezam ini. Apa yang pasti beliau tidak layak menjadi pejuang untuk membela rakyat kerana dia "sesumpah dua alam" yang menunggu masa untuk dipupuskan!!].












0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment