Seolah-olah mahu menutup segala kelemahan dan kepincangan yang ada, maka hari ini Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bertindak menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. Alasan yang diberikan kononnya pihak terbabit menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi terbabit pada minggu lepas. Dalam satu kenyataannya, Menteri UMNO yang menjaga Felda iaitu Ahmad Maslan (foto) berkata saman itu akan difailkan dalam masa terdekat melalui barisan peguam handalan yang akan dilantik (jangan guna Karpal Singh sudahlah). Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang disaman ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dan yang lainnya terdiri daripada Zaid Ibrahim (Ahli Majlis Tertinggi PKR), Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda), Dr.Tan Kee Keong (Pengerusi Biro Antarabangsa PKR) dan Wahid Endut (Ahli Parlimen K.Terengganu). Turut bakal disaman ialah pemilik permit dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan. Saman itu dikeluarkan berikutan satu artikel muka depan akhbar terbabit yang bertajuk "Felda Bangkrap" dan empat lagi artikel keluaran sama. Malah, Ahmad Maslan juga menegaskan bahawa kononnya pembangkan dengki dengan kejayaan Felda yang baginya merupakan projek pembangunan tanah bersepadu yang paling berjaya di dunia. beliau juga menegaskan Felda memilik ladang terbesar didunia dan menghasilkan keuntungan bersih purata RM1.1 bilion setahun dalam tempoh enam tahun lepas.[Apa yang pasti tindakan saman ini sememangnya amat dinantikan oleh kesemua yang terbabit. Ini kerana, banyak pendedahan dan bukti-bukti kukuh tentang "lingkupnya Felda" bakal dapat didedahkan secara lebih teratur lagi di mahkamah nanti. Tindakan saman ini sudah pasti akan membuka "pekong Felda" sebenarnya. Justeru itu, Ahmad Maslan harus berhati-hati biarpun beliau kini terdesak untuk mempertahankan agensi tersebut. Malah, kerugian Felda sehingga mencecah RM3 bilion seperti yang didedahkan oleh kementerian terbabit di parlimen baru-baru ini juga amatlah mengejut serta mengecewakan kita sebenarnya. Banyak lagi rahsia besar pasti akan didedahkan selepas ini. Dalang yang terlibat disebalik masalah yang melanda agensi itu perlulah dibawa ke muka pengadilan sebenarnya].












6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
pelagi,tunggulah surat saman dan bawalah bukti2nya,jgn berkokok je hebat:)
APA YANG AKU LIHAT FELDA SEMAKIN MAJU,CUMA PUAK PUAK PR SAJA ,TAK BERTERIMA KASIH,MENGHASUT,UTK MENDAPAT SOKONGAN,INGAT ANDA AKAN DILAKNATI.
Terima kasih PR dan bloger2,kerana keberanian kalian,rakyat byk belajar dan mendapat info2 terkini,hanya mangkok ayun saja bluer x dpt.terima kenyataan.ALLAH SAFE MAL.dr AMNOAPCO!
hari tu kata felda rugi,skunk bg tau felda untung pula...
diorg ni saman nak bg felda untung lg ke???atau x de duit dah???
memang teruk pun si (dalam foto) ni...kat tv bukan men lagi nk menyaman..walhal dah kecut perut..duit dah penuh isi kat perut...
oooooiiiii taik taik juak umno laknat....nk rasa penumbuk aku mari sini lu....aku nk sumbat sebiji dlm mulut isi taik mu tuh
barua taik umno laknat tk cukup lg menkedarah duit rakyat....pui pui pui pui busuk mcm bangkai setan menatang haram jadah umno
Post a Comment