JOHANNESBURG, 28 Jun - Argentina menewaskan Mexico 3-1 di Stadium Soccer City awal pagi ini untuk menempah tempat ke suku akhir menentang Jerman 3 Julai depan. Penyerang Manchester City, Carlos Tevez (foto) menyumbat dua gol untuk Argentina pada minit ke-26 dan 52 sementara satu lagi gol disumbangkan oleh Gonzalo Higuain pada minit ke-33. Gol sagu hati Mexico diperolehi menerusi Javier Hernandez pada minit ke-71. Jerman pula berjaya menewaskan pasukan England dengan jaringan 4-1 untuk melayakkan diri ke suku akhir lewat malam semalam.
CHINA PRESS SAMAKAN AMBIGA DENGAN PENCURI BESI!!!
-
Memang lawak kita tengok Si Ambiga tu menggelupur bila berhadapan dengan
siri-siri perhimpunan aman di hadapan rumahnya. Dia sikit pun tak sangka
benda t...
45 seconds ago











