Ribuan wargakota Kuala Lumpur terkejut dan tergamam tatkala melihat tembok Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun itu menyembah bumi malam semalam. Biar pun atas nama pembangunan, ramai yang berpendapat bahawa sekurang-kurang pintu gerbang penjara itu dikekalkan. Alasan yang diberikan oleh kerajaan bahawa penjara itu tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada kita adalah tidak wajar sama sekali. Penjara Pudu adalah lambang kemegahan dan keadilan buat rakyat sebenarnya. Di situ banduan yang terbabit dengan berbagai kesalahan jenayah ditempatkan sebelum adanya Penjara Sg.Buloh sekarang. Sejarah tercipta, malah penjara yang telah wujud sejak sekian lama itu telah meninggalkan banyak nostalgia buat rakyat Malaysia sebenarnya. Maka, apalah salahnya jika salah satu bahagian penjara tersebut dikekalkan dan dipulihara untuk tatapan generasi akan datang. Sekurang-kurangnya mereka boleh tahu bahawa disitulah tapak bersejarah untuk negara satu ketika dulu. Tindakan meroboh penjara tersebut semalam jelas sekali menunjukkan bahawa pihak terbabit buta sejarah sebenarnya. Mereka langsung tidak dapat menilai nilai-nilau sejarah yang perlu dikekalkan untuk tatapan pada masa akan datang. Kini kawasan itu akan dibangunkan dengan pusat perdagangan komersial atas nama sebuah pembangunan.
[Ramai yang tertanya-tanya, jika Kerajaan Negeri Melaka boleh mengekalkan monumen sejarah Tembok Kota A'Famosa peninggalan Portugis dulu maka kenapa Tembok Pintu Gerbang Penjara Pudu tidak berupaya untuk dikekalkan?. Bukankah Portugis itu penjajah yang telah menyebabkan rakyat Melaka kini tidak beraja sehingga ke hari ini. Namun, atas nama sejarah untuk ditatap oleh generasi akan datang ia dipulihara sebagai destinasi pelancongan bersejarah yang cukup popular di negeri itu pada masa ini. Soalnya sekarang, kenapa kerajaan gagal melakukan terhadap Penjara Pudu. Sejarah dirobohkan begitu sahaja tanpa dan perasaan bersalah langsung. Memang kita tahu, kawasan terbabit telah dibeli dan akan dibangunkan. Namun apa salahnya ditinggalkan sedikit mana-mana bahagian penjara tersebut sebagai sejarah?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya, apakah kerana wang yang dicari maka sejarah itu sanggup dikorbankan oleh pihak-pihak yang berkenaan].

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Adakah bangunan bersejaroh yang lain pun akan di robohkan selepas ni.Mase je yang akan menentukan
Kampung Baru dalam perhatian tak lama g kena roboh situ mana ada sejarah
Kau cuba dok kat KL nun, pas tu lalu jalan Pudu tu hari-hari... pergi kerja dan balik kerja, baru kau tahu kepentingan jalan di situ diperbesarkan. Mike duk di Kuantan pun kalau hari Jumaat tak tahan mike nak naik keta kat Megamall sana... Tapi kamu main hentam aje... macamlah kamu menghargai sangat sejarah negara... perghhh. Jangan tergadai negara sudahlah...
kalau jem jangan lalu jalan pudu.....................meroboh dapat duit, membangunkan semula ponnndapat duit.......yahooo.....!!!
setakat penjara pudu tu tak payah ler dikekalkan.. tiada sentimental value pada perjuangan rakyat.. lain ler kalau penjara sg buluh (tempat anwar), atau penjara kamunting tempat isa..
masjid pun puok ni roboh,inikan pula penjara...
Pemipin UMNO ni tak reti apa satu benda pun selain dari RASUAH. Makan duit haram.
Ada satu berita yang belom sahih, katanya kapal selam scorpene akan ditempatkan di muzium Melaka sebab tak sesuai digunakan. Jadi bila persiapan olih muzium Melaka untuk menerima kapal selam itu siap, muzium akan kenakan bayaran kepada sesiapa yang ingin melawat kapal tersebut. Kalau RM 10 satu orang, untung tu..... Itu lah keistimewaan pemimpin UMNO. Sama sama lah kita tunggu kebenaran berita diatas.
Post a Comment