Desas-desus atau khabar angin Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Datuk Mohamed Satim Diman (foto) akan melepaskan semua jawatan politiknya kini semakin jelas kelihatan. Biarpun ia bukannya isu panas yang perlu diperbesarkan, namun UMNO BN di Selangor amat gusar jika benar Satim mengambil tindakan tersebut. Tambahan pula, jika Satim mengosongkan kerusi DUN Seri Serdang maka ini bermakna mereka terpaksa berhadapan dengan satu pilihanraya kecil bagi kawasan tersebut. Inilah yang amat ditakuti oleh UMNO di Selangor, yang kini bagai "cacing kepanasan" dengan isu Satim ini. Soalnya sekarang, apakah benar Satim mahu melepaskan semua jawatannya itu?. Inilah yang bermain difikiran mereka. Jika benar, maka pembangkang (BN) di Selangor berada dalam keadaan bahaya sebenarnya. Tambahan pula, populariti Khir Toyo kini semakin merudum selepas tewas bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti itu Mac tahun lalu. Khir Toyo kini benar-benar telah menjadi "kadam", selepas sekian lama menghisap darah dan keringat rakyat Selangor sebelum ini. Kegusaran UMNO terhadap Satim semakin membuak-buak bila beliau tidak hadir dalam mesyuarat Pengurusan Badan Perhubungan UMNO Selangor semalam. Namun, bagi meredakan keadaan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar dengan bangganya menegaskan bahawa ketidak hadiran Satim itu adalah perkara biasa kerana beliau mempunyai urusan lain. Sama ada Satim benar-benar mahu melepaskan jawatannya, hanya beliau yang tahu. Malah, menurut satu sumber mengatakan tindakan Satim itu dek kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan UMNO Negeri.[Ramai juga yang benci dengan perangai Noh Omar sejak beliau menjadi Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ini. Apa tidaknya, menurut satu sumber Noh meminta komisyen sehingga 30% semata-mata menyokong permohonan tender kantin sekolah yang dibuat oleh puak-puak UMNO sendiri (UMNO Kelang). Katanya, kontraktor tersebut berjumpa Noh untuk sokongan tender di lima buah kantin sekolah. Amat mengejutkan bilamana Noh mahukan 30% komisyen bagi setiap satu tender yang disokong itu. Akibat kecewa dengan sikap Noh, maka akhirnya kontraktor yang merupakan proksi UMNO itu akhirnya membatalkan hasratnya itu. Beliau amat kecewa dengan tindakan Noh Omar yang sanggup meminta komisyen sebanyak itu daripada ahli penyokongnya sendiri. Lantaran perkara itu kontraktor terbabit kabarnya bersemangat untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Akhirnya terbuka juga pekong Noh Omar sebenarnya. Patutlah, Satim Diman juga kecewa dengan kepimpinan UMNO Selangor. Mungkin mereka juga dinafikan projek atau dipaksa membayar komisyen yang tinggi kepada Noh Omar jika memohon projek dibawah Kementerian Pelajaran itu sendiri. Semoga rakyat di seluruh negara juga sedar akan perangai sikap sebenar pemimpin UMNO].












3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
BETUL KE SATIM DIMAN NAK KELUAR UMNO NIH...? JGN SYOK SENDIRI BRO...INI SEMUA TAKTIK UMNO JER NAK MENGHANYUTKAN PR...APA YG TIDAK BOLEH DIBUAT UMNO? APA?...SEMUA NIH BAGI PERABUN JER...JGN PERCAYA LAH...
SEMUA NIH TAKTIK UMNO JER...SEDANGKAN DATO' NASA DULU DAH KELUAR UMNO/BN MASUK PKR PUN BOLEH SPIN BALIK...TOK SAH MENGARUT LAH...JGN TERPEDAYA DAN JGN MASUK PERANGKAP LAH...
aku tertarik tentang cerita noh omar mintak komisyen 30% masa jadi timbalan menteri..kalau betul cerita nie kenapa didiamkan sahaja..kenapa cerita ini hanya dikeluarkan didalam blog..kalau ada bukti lapor ke SPRM..bagi aku itu lebih baik daripada kita bercerita tanpa bukti kukuh..itu dah kira menfitnah..
Aku pun setuju dengan comment saudara, Tidak perlulah berharap sangat dengan wayang -wayang cina orang UMNO tu. Dia orang tu ibarat iblis yang hendak tinggok orang PR leka dan syok sendiri pada hal dalam masa yang sama dia sedang sibuk beli wakil rakyat PR sebalik kalau dengar cerita macam tu wakil-wakil rakyat PR kena waspada, maknanya adalah wakil-wakil rakyat katak yang kena beli nanti. tak percaya tunggu dan lihat . KATAK - IBLIS
Post a Comment