Parti Keadilan Rakyat (PKR) kabarnya akan membuat satu rombakan besar kepimpinannya minggu ini. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution beberapa orang Ketua Perhubungan Negeri dan Ketua Biro parti dijangka akan digantikan, manakala beberapa lantikan baru pula akan mengisi jawatan Majlis Tertinggi parti itu. Malah terdapat juga spekulasi bahawa dua orang bekas Menteri BN, iaitu Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng akan diberi peranan yang lebih besar untuk memperkukuhkan parti. Soalnya sekarang, apakah rombakan yang bakal berlaku ini dapat diterima oleh ahli parti peringkat akar umbi. Masih kita ingat hujung tahun 2008 lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR dikecam hebat kerana membuat rombakan pucuk pimpinan parti peringkat negeri. Malah, ada sesetengah negeri yang langsung tidak dapat menerima keputusan Anwar menukarkan Ketua Perhubungan Negeri ketika itu. Paling panas ialah di negeri Perak dan Pahang ini sendiri. Maka itu, apakah keputusan membuat rombakan terhadap pucuk pimpinan tertinggi peringkat negeri kali ini bakal diterima ahli?. Kita takut, akibat rombakan tersebut menyebabkan parti berpecah belah dan semakin berpuak-puak nanti. Tambahan pula, Pengerusi Perhubungan Negeri yang sedia ada sudah lebih setahun menjalankan tanggungjawab tersebut dengan cemerlang sekali. Di Pahang misalnya, kepimpinan baru Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) kini semakin diterima oleh seluruh ahli parti. Biarpun pada awalnya, terdapat beberapa tentangan yang mahukan pengerusi lama dikekalkan. Namun, ternyata percaturan Anwar agak bijak ketika itu dan Dato' Fauzi dilihat telah berjaya membina semula kekuatan parti dari segala peringkat. Malah, Parti Keadilan Rakyat di Pahang kini dilihat semakin utuh dan kuat. Dato' Fauzi bukan sahaja telah berjaya menerobos tembok besar BN di kawasan perkampungan orang asal (asli), malah hingga ke kawasan tanah rancangan Felda yang menjadi "talian hayat UMNO BN" di negeri ini. Beliau juga telah berjaya menarik ramai ahli-ahli UMNO untuk bersama Pakatan Rakyat dalam membela nasib mereka. Malah, ada di sesetengah kawasan cawangan UMNO dibubarkan terus gara-gara keyakinan mereka terhadap kepimpinan Dato' Fauzi Abd Rahman. Maka itulah kini beliau semakin digeruni oleh UMNO Pahang. Kekuatan beliau untuk menarik begitu ramai ahli UMNO peringkat akar umbi itu amat mengecewakan pemimpin UMNO Pahang. Malah, beliau juga pernah diumpan dengan berbagai ganjaran dan imbuhan jika sanggup tinggalkan PKR dan kembali kepada UMNO. Namun, atas sifat untuk bersama rakyat dalam meneruskan sisa-sisa perjuangannya Dato' Fauzi kini begitu konsisten dengan Parti Keadilan Rakyat. Banyak program-program dan agenda besar yang telah dirancang serta dilaksanakan sepanjang beliau mengemudikan parti setakat ini.
[Oleh itu, ramai yang gusar jika namanya juga termasuk dalam senarai rombakan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti nanti. Tambahan pula ada ura-ura yang mengatakan ada pihak-pihak tertentu dalam parti yang begitu cemburu dengan corak kepimpinan beliau sekarang ini. Maka, mereka mencari jalan agar jawatan yang disandang oleh beliau diberikan kepada pemimpin lain. Apapun, rakyat di Pahang sebenarnya amatlah mengharapkan dan masih memerlukan kepimpinan beliau untuk membawa arus perubahan serta membela nasib mereka. Maka, besarlah harapan kita agar rombakan yang bakal berlaku tempiasnya tidak sampai ke negeri Pahang ini. Mungkin ada yang sedang mencongak agar spekulasi ini berlaku sebenarnya. Namun, mereka juga harus melihat segala gerak kerja dan tindakan yang dilakukan oleh beliau sejak meninggalkan UMNO dan menerajui PKR di negeri ini. Ternyata, kekuatan Pakatan Rakyat juga semakin bertambah dengan pengaruhnya].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Percaturan Baru : Kuatnya penulis mengampu Dato' Fauzi, ada makna ke?.
kalau puok PKR ni sama la juga cm puok UMNO x ble percaya...
tah kemain kuat mengampu der?
Post a Comment