PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, July 30, 2010

Edisi Pahang: 475 Juta Liter Air Dilepaskan Setiap Hari Mulai Selasa Di Empangan Chereh Kuantan!

KUANTAN, 30 Julai [5.00 pm] - Empangan Chereh di Kuantan akan melepaskan sejumlah 475 juta liter air sehari bermula Selasa ini bagi tujuan keselamatan empangan berkenaan. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail (foto) berkata, paras air empangan itu kini telah mencecah paras 74 meter dan perlu diturunkan ke paras 70 meter. Katanya pelepasan air dari empangan itu akan menyebabkan paras air di kawasan perkampungan Orang Asli Sungai Mas, Sungai Kuantan, Loji Air Sungai Lembing, Loji Air Panching dan Loji Air Pasir Kemudi meningkat ke paras 0.91 meter dan 1.21 meter, namun ia tidak akan menyebabkan berlakunya banjir. Beliau berkata, pelepasan air itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka mengambil masa tidak lebih daripada dua bulan. "Tindakan ini bagi memastikan empangan berkenaan mempunyai ruang bagi menampung pertambahan kapasiti air hujan pada musim tengkujuh," katanya dalam sidang akhbar di Kuantan, hari ini. Katanya, langkah itu juga sebagai persediaan menghadapi jangkaan fenomena "La Nina" yang membawa jumlah hujan yang tinggi dari bulan Ogos hingga Disember ini. Beliau berkata pelepasan air berkenaan akan memberi sedikit kesan kepada air sungai yang akan mengalami perubahan warna dan bau selain pertambahan kandungan unsur besi dan mangan yang tinggi dalam air. Air terawat dari loji berkenaan juga akan mengalami perubahan warna tetapi tidak akan memberi kesan kepada kesihatan orang ramai, katanya.

[Teringat kenangan banjir besar di Perkampungan Sg.Isap Kuantan tahun 2001 dulu. Lebih 8,000 mangsa terpaksa berpindah ketika itu. Lebih menarik, khabarnya banjir berlaku akibat perlepasa air dari empangan berkenaan yang telah melimpah ruah menenggelamkan kawasan tersebut. Kini tebing sungai di kawasan berkenaan telah ditambun untuk mengelakkan kejadian seperti itu berlaku lagi. Namun, apakah manusia terdaya untuk menghalang qada dan qadar daripada Allah ini agaknya. Apapun, tahniah diucapkan kepada pihak berkenaan kerana berjaya menjaga kesejahteraan majoriti penduduk Melayu di kawasan terbabit].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini: