PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, July 30, 2010

Sensasi: Benarkan Guru Gred DG41 Hingga DG48 Aktif Berpolitik, Satu Langkah Terdesak UMNO BN Bagi Tarik Kembali Sokongan Rakyat Sebenarnya!

Ramai yang terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (foto), Selasa lepas. Apa tidaknya, dalam keadaan UMNO BN asyik memainkan tentang isu perpaduan Melayu, tiba-tiba para guru Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan menyertai politik mulai Ogos ini. Malah, lebih mengejutkan mereka juga dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang mana-mana jawatan dalam parti politik. Maka, keohlah seluruh negara akibat pengumuman itu. Rata-rata pemimpin UMNO dan kerajaan menyokong penuh keputusan tersebut. Malah, ada juga pemimpin pakatan rakyat yang melihat itu satu perkembangan baru yang amat baik di mana kerajaan mula bersikap terbuka dalam hal ini. Tambahan pula, di negara demokrasi dan maju yang lain memang perkara ini sudah lama diamalkan. Cuma di Malaysia sahaja berbagai syarat ketat dikenakan terhadap guru-guru terbabit sebenarnya. Namun, dalam menyokong isu tersebut ada juga yang mahukan supaya surat "hitam-putih" dikeluarkan secara rasmi bagi membuktikan keikhlasan kerajaan itu. Soalnya sekarang, apakah rasionalnya kebeneran tersebut diberikan pada masa sekarang?. Kenapa bermula bulan Ogos dan tidak menunggu sehingga tahun depan (2011)?. Mengapa begitu cepat keputusan dibuat dan diluluskan?. Inilah yang menimbulkan tanda-tanya dikalangan rakyat yang berfikir. Maka itu, kami ingin mengambil perhatian terhadap beberapa fakta yang perlu diberi perhatian sebelum kita menyokong perkara ini. Janganlah nanti akhirnya kita terus ditipu lagi oleh mereka. Malah, kenyataan Sidek Hassan yang baru dilantik sebagai panel pemikir syarikat "1Malaysia" yang baru ditubuhkan itu, sudah pasti mempunyai agenda tersembunyi yang sukar untuk difahami rakyat sebenarnya.

Apa Motif Benarkan Guru DG41-DG48 Berpolitik

Ramai yang melihat, kebenaran ini "ada makna" sebenarnya. Ini kerana, kebanyakkan guru kumpulan terbabit adalah mereka yang begitu rapat dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran itu sendiri. Malah, mereka juga boleh dikatakan sebagai "mata dan telinga" kerajaan, kerana kedudukan tersebut. Kumpulan ini kebanyakkannya golongan yang sudah berumur dan menanti hari sama ada untuk bersara, atau mengambil alih jawatan-jawatan tertentu di jabatan pelajaran negeri atau kementerian suatu hari nanti. Mereka lebih senang juga diterima oleh masyarakat setempat dalam apa jua keadaan sekalipun. Pergilah mana-mana kawasan di seluruh ceruk negara sekali pun, memang para guru ini akan dipandang "mulia" oleh masyarakat. Tambahan pula bagi mereka yang berjawatan "besar" seperti Gred DG41 hingga DG48 itu sebenarnya. Pendek kata, bila mereka ini duduk di kedai-kedai kopi pasti semua mulut akan terdiam dan mereka akan percaya serta terpengaruh dengan apa yang diperkatakan oleh guru terbabit. Maka itulah, kita mengesyaki kebenaran untuk guru kumpulan terbabit adalah bermotifkan politik sebenarnya. Tambahan pula disaat rakyat mula jelek dan menolak UMNO BN mutakhir ini. Mereka sudah menggunakan golongan agama, namun turut ditolak. Maka kini, strategi terbaru ialah menggunakan "golongan cendiakawan" seperti para guru terbabit. Sebab itulah mereka membenarkan guru terbabit terlibat. Kerana mereka tahu, guru-guru peringkat bawahan ramai yang menyokong pembangkang sebenarnya. Jadi jika kebenaran itu tidak diberikan, ia akan menyusahkan UMNO BN akhirnya. Malah, kita amat yakin yang guru-guru terbabit ini sudah pasti akan diberikan arahan untuk melaksanakan agenda kerajaan. Malah mereka akan dipunggah ke sana-sini untuk melakukan perubahan "minda rakyat" dengan kuasa dan pengaruh yang mereka ada. Inilah yang amat diharapkan sangat pada masa ini. Malah, guru-guru terbabit juga akan diajar untuk "melaksanakan dakwa" mereka dengan kaedah yang betul supaya rakyat kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional nanti. Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada pihak yang berkenaan.

Aktif Politik Adakah Hanya Parti UMNO BN Sahaja

Ramai yang tidak terfikir akan keputusan kerajaan itu adalah simbolik sebenarnya. Kebenaran yang diperkatakan itu nescaya bukan untuk semua "parti politik" tetapi khas untuk parti UMNO BN sahaja. Mana mungkin dalam keadaan sekarang, guru-guru terbabit dibenarkan berada dalam "saf kepimpinan pembangkang". Bayangkan jika seorang guru Gred DG41 dan DG42 itu menjadi pemimpin PAS, PKR atau DAP?. Apakah kerajaan UMNO BN boleh menerima hakikat itu?. Sedangkan sebelum ini masih kita ingat ramai dikalangan guru-guru terbabit telah ditukarkan sesuka hati mereka akibat perbezaan fahaman politik. Itu ketika, UMNO BN masih mendapat sokongan rakyat. Kini, mereka kian "nazak" dan mungkinkah mereka boleh menerima realiti ramai guru-guru terbabit bersama pembangkang?. Inilah yang amat meragui kita sebenarnya. Mungkin KSN Sidek Hassan tidak menghabiskan ayat yang ingin disampaikan kepada pihak media bahawa guru-guru berkenaan dibenarkan terbabit dalam parti polik "UMNO BN" sahaja. Justeru itulah, rakyat jangan terlalu taksub dengan apa yang telah diwar-warkan itu. Semuanya adalah untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Mana mungkin dalam sesebuah sekolah Pengetua atau Guru Besarnya adalah dari parti PAS dan guru biasa adalah UMNO BN?. Bukankah ini akan menyebabkan guru terbabit dikenakan berbagai tindakan akhirnya oleh pihak kerajaan itu sendiri. Orang lain mungkin mereka boleh tipu, tetapi bagi rakyat yang bijak membuat penilaian maka semua helah ini dapat dihidu oleh rakyat.

[Oleh itu, rakyat diseluruh negara diseru berhati-hati dengan kehadiran para guru Gred DG41 hingga DG48 dalam mana-mana program Pakatan Rakyat selepas ini. Kita yakin, mereka juga akan menjadi SPY untuk membuat laporan kepada kerajaan UMNO BN itu nanti. Kelibat mereka juga wajar dipantau didalam apa jua majlis keramaian bagi mengelakkan berlakunya masalah di kemudian hari. Guru biasanya akan diterima oleh rakyat terutamanya masyarakat orang kampung. Maka, apa saja kata guru akan diterima bulat-bulat nanti termasuklah bila mereka mengutuk parti pembangkang. Eloklah kita berfikir negatif sebelum kita terus alpa dengan keputusan drastik kerajaan yang jelas mempunyai strategi politik itu].

UMRAH ZIARAH MUSIM SEJUK (DISEMBER)
Bersama Ustaz Rosli Abd Jabar (Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan) Masa Selama 15 Hari Termasuk Ziarah Mesir Dan Sekitarnya. Harga Tawaran RM6,500. Hubungi 019-9392134 (Ustaz Rosli Jabar) - Tempat Adalah Terhad, Daftar Segera NOW!

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

jin tanah said...

lu PDO semua yg kerajaan buat salah, tengok dulu apa hasilnya, baru buat kritikan, semua benda PDO tengok kerajaan buat x betul...

Anonymous said...

Tuan Jin baham tanah...berikan aku 5 perkara yg kerajaan kamu buat utk kesejahteraan kemakmuran kesenangan hidup rakyat terbawah.

1.
2.
3.
4.
5.

Makan pakai tempat tinggal gaji dan lain lain....itu aku bagi isi isi pentign utk jin mkn tanah huraikan

azman kamarul said...

Anonymous 3:38:00

Awat la hang ni....ingat benda-benda tu ka saja....awat hang nak kumpul buat masuk kubuq ka?...

Anonymous said...

Oiiii Jin tk sekolah..bakpo gak mu ni bodo supo kura.... Kerajaan Bn bg mu gaji brp ribu.... ko mu ni keje jual taik ayam kt kg pun dah rasa hebat pui pui....

Mu blh gapo sapa gilo babi sokong bn... dah dpt banglo bmw gaji 6angka doh ko....

kalu mu dpt semua aku tabik mung jin bodo...sbb mu dpt habuan

aku tkdpt gapo sbb sokong PR aku dpt kepuasan ketenangan membuat keje sukarela utk rakyat terramai...rakyat semua dpt mkn rumah tempat tingal sempurna itulah kepuasan aku....

ok jin kalu nk sekolah masih blm terlewat...ok

Anonymous said...

Jin tanah tak lama lagi nak 'baham tanah' (loghat trg), hahaha..

p/s: 'baham tanah' maksudnya MAMPUS

Buat pengetahuan anon2 diatas, JIN TANAH tak dapat apa pun dari UMNGOK tapi dah kaki jilat, jilatla kerja dia, jilat ye, jilat sampai MAMPUS, hahaha...

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saudara penulis, saya selalu mengikuti blog tuan boleh dikatakan setiap hari kerana saya suka pada keberanian pahang daily membongkar segala isu yang timbul.

Mengenai isu guru ini, sebagai seorang guru DG41 dan salah seorang ahli kepada institusi guru itu sendiri, saya ingin menyatakan di sini bahawa kami para guru bukan la selurus seperti yang tuan sangka. Kami ini manusia, bukannya robot yang boleh pihak kerajaan arahkan sesuka hati mereka.

Bagi saya, menjadi guru adalah untuk berkhidmat pada masyarakat, bukan pada kerajaan. Jadi usahlah pihak tuan risau dengan perkembangan ini. Hanya segelintir guru sahaja yang berpeel begitu. Kami hanya taat pada Allah dan bukan pada manusia. Kami juga bukan seperti Hang Tuah yang taat membuta tuli..

Salam sahabat.

Anonymous said...

SPY? Dangkalnya pandangan ko..

Anonymous said...

caya la cikgu..

Anonymous said...

En.Azman kura-kura

awat hang tk cukup mkn ka dibawah BN....jika hang nk duit lbh kena gantung bendera BN biaq lbh sikit la thn dpn....keje lebih masa

man kura kura...aku bukan nk hina ko tp cuma nk bg hang lubang mcmmana nk dpt gaji lbh dan menikmati harga service dan barang yg lbh murah berbanding skrg

jika hang rasa selesa dgn keadaan skrg hang terus je lah...

aku harap hang man kura kura anak beranak akan hidup mewah selesa dan makmur dibawah pemerintahan bersih cekap amanah Barisan Nasional.

Kais Pg Mkn Mlm

Anonymous said...

mamat azman kura kura ni spisis mamalia apa......

khazanah harta negara utk sapo woi kura kura...mu ingat tuhan bg sumber hasil negara ni spt petrol gula sawit ni utk puak puak mung joli perabih gitu je ke....bukan nk curah kat rakyat agar rakyat hidup makmur mudah cth rakyat brunei...

mu tahu ko dok berapa billion doh puak puak mung dok perabih dana negara bocor tiris sana sini lesap sana sini sekali lesap billion bukan rm10 woiiii...

pitih hok lesap bocor tuh blh bg makan ko mung mamat kura sapa tujuh puluh keturunan....

aku malah nk ajar mu kuro sbb mu meme bodo telajok...buang karen aku

aku cumo nk lihat rakyat msia ni tidak bodo supo mung dn hidup dalam keadaan tidak tersepit dalam negara yg melimpah ruah dgn hasil mahsum kurniaan tuhan...

F1, Le tua bangka di langkawi ke apa ke jadah lg tu projek mega sana sini mung amiklah buat masuk kubur puak puak mung agar mung hidup tenang di sana