KUALA LUMPUR, 30 Julai [4.00 pm] - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya. Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi (foto), semua jentera pemuda seluruh negaraa akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan masyarakat. "DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman ekor," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, tandatangan yang berjaya dikumpul akan dilampirkan bersama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia. "Kita akan lampirkan tandatangan yang dikumpul ini dengan memorandum yang akan kita serahkan kepada kerajaan atau kementerian terbabit," katanya lagi. Beliau juga berkata, beberapa kain rentang akan dipasang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan umum dan rakyat boleh menurunkan tandatangan mereka di situ. DPPP juga akan bermesyuarat bagi menyelaraskan kempen berkenaan. Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pemuda agar mengambil perhatian dan bersiap sedia untuk menggerakkan kempen berkenaan. "Mari sertai kempen ini dan saya harap semua pemuda di semua peringkat mengambil perhatian untuk tugas besar ini," katanya. Beliau sebelum ini menyifatkan saman ekor sebagai ‘ISA Kedua' kerana ianya menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.
[Tindakan Dewan Pemuda PAS ini amatlah bertepatan sekali dengan slogan UMNO BN "Rakyat Didahulukan" sebenarnya. Kenyataan PM Najib tentang "saman ekor" jelas sekali menghina rakyat. Beliau dengan selamba mengatakan tugas polis untuk saman mereka yang buat salah. Masalahnya jika ia terkena kepada rakyat biasa pasti akan tersiksa, tetapi kepada mereka yang mempunyai kuasa atau ada link dengan pihak terbabit nescaya akan dilepaskan begitu sahaja. Ini tidak adil !! Malahan yang menjadi mangsa juga adalah para penyokong UMNO BN itu sendiri. Justeru itu, kami juga mencadangkan kepada Pakatan Rakyat agar memasukkan "batal saman ekor" dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Pasti UMNO BN akan terkejut dengan tindakan ini nanti. Mereka juga pasti akan terperangkap dengan tindakan yang cukup membebankan rakyat itu sebenarnya. Jika ini berhasil, sudah pasti mereka akan ditolak rakyat nanti. Mereka akhirnya ditakdirkan bertemu buku dengan ruas !!].

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Demonstrasi pun best jugak, hehehe..
Aku heran..hairan..kenapa peronda pulis x tahan pemaadu yg memandu secara berbahaya terutama di lebuh raya. Buatlah penyamran ke.. mcm cerita CHiPs..
den setuju..den dah baya 4 saman ekor baru ni..kalo x baya x dapek rotax..hampeh.....
Setuju sangat dengan anon 8:07:00, buata demo besar- besaran, kita pun dah lama tak merasa gas pemedih mata, lagi best kalau dapat mandi air 'water canon', buat semua FRU yang baca blog ni, pergi jahanam le korang semua, hahaha..
jom bantah saman ekor..biar kerajaan BN lg cepat benkrap..cara senang cari duit peralat kan poleh..puii
JOM BERDEMO, MAKIN KITA BIAR MAKIN MELAMPAU KERAJAAN BERUK NATANG (BN) NI, PERGI JAHANAM MENTERI DALAM NEGERI, HISHAMUDIN HINGUS MELELEH, PERGI MAMPUS NAJIB TUYA, PTUIII...
Saman ekor puuih!
baru-baru ni aku gunakan lebuhraya kl-karak menghala kekarak. Tiba-tiba aku nampak polis dalam longkang selepas genting sempah tengah teropong kenderaan yang datang dari arah kl. Yang aku pelik kenapa dia buat speed trap ketika kenderaan menuruni bukit mestilah kenderaan laju-laju takkan nak tekan brek sokmo nak bagi kenderaan jadi 90kmj, tukar giar 4 tak tekan minyak pun kereta boleh gi 110kmj.... ni ibarat menangguk ikan dipergentingan! ni zalim namanya!
Post a Comment