PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, July 29, 2010

Panas: Ahli Dewan Undangan Negeri BN Kawasan Kerdau "Terjatuh Semula" Selepas Selamat Jalani Rawatan Perubatan Di Institut Jantung Negara !!

Ini satu lagi berita panas yang pasti mengejutkan. Berita ini pada awalnya tidak dapat didedahkan demi kepentingan dan maruah pihak terbabit. Namun "alang-alang menyeluk pekasam" dan demi kepentingan Islam dan perjuangan, maka kami terpaksa dedahkan juga untuk tatapan umum. Apalah guna kita menjaga maruah orang jika orang itu sendiri tidak mahu menjaga maruah dirinya sendiri?. Maka eloklah ia didedahkan agar memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak meniru apa yang telah dilakukannya. Berita panas ini ialah berkaitan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau iaitu Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto). Beliau yang sebelum ini berada dalam keadaan kritikal akibat masalah pada buah pinggang dan jantungnya kini dikatakan sudah pulih selepas menjalani perubatan di Institut Jantung Negara (IJN). Rakyat Pahang kecoh dibuatnya, kononnya satu pilihanraya kecil akan berlaku di negeri ini ketika itu. Alhamdulillah, berkat doa orang ramai dan rakyat akhirnya beliau dikatakan pulih dan kembali berehat di kediamannya. Namun, awal pagi Isnin lalu beliau dikatakan telah dibawa semula ke hospital akibat "terjatuh". Kepalanya mengalami kecederaan akibat insiden tersebut. Bukan masalah jatuh yang mahu dikhabarkan sebenarnya, tetapi sungguh mengejutkan apabila kedengaran bisikan dan laporan daripada rakan-rakan karib (UMNO) mengatakan bahawa pihak hospital mendapati kandungan alkohol dalam darahnya yang berlebihan menjadi punca beliau terjatuh. Soalnya sekarang, jika benar itu puncanya maka ia amatlah malang sekali buat wakil rakyat BN terbabit. Jika sah ia berpunca dari "air itu" maka terbukti, beliau tidak insaf daripada apa yang dilaluinya dulu.

[Kami tidak mahu menuduh kandungan alkohol itu berpunca dari apa?. Namun, rakyat dan umat Islam sendiri boleh membuat penilaiaannya sekarang. Apapun, kita mengharapkan agar beliau cepat pulih dari kederaan itu dan kembali bertaubat untuk bersama rakyat di kawasannya. Tambahan pula disaat menjelangnya sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi. Apapun, kami amatlah berharap rakyat menilai apa yang berlaku ini sebenarnya. Terima kasih kepada kroni beliau (UMNO) yang sanggup berkongsi maklumat ini untuk tatapan umum. Semoga ia dapat dijadikan ikhtibar dan pengajaran kepada mereka yang lain selepas ini. Ingatlah, bahawa mati akan menjemput kita bila-bila masa].

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

mahaza said...

Ubat doktor bagi tu... (bersangaka baik ajer....)

agas said...

alkohol dgn pemimpin umno...ada heran ke?

doktor said...

sangka baik pun kalau diri sendiri yg buat tak baik... nak buat guaner bro

Anonymous said...

sama gak alkohol dgn pemimpin PKR..hehe..2 X 5..ada heran ke?

Anonymous said...

KALAU AKU JADI DOKTOR DAH LAMA AKU INJECT RACUN, MAMPUS LAGI BAIK!!

Anonymous said...

hahahaha...air masak je pada dia tuh...ubat mungkin akohol tuh...tu yg terlebih dos sebab dah x nampak arahan makan kat botol tuh...hehehe...

Admiralz said...

Kena bicara kat mahkamah syariah dulu ye kekawan sebelum nak menghukum. Lepas tuh hukuman 6 rotan jer...tuh pun tak der orang nak rotan!. alih-alih suruh dia basuh longkang...nak suruh basuh jamban kan teruk sangat. visit http://admiralz.blogspot.com untuk antivirus percuma!

Anonymous said...

Salam buat muslimin muslimat yg dihormati sekalian.

Apakah hukum dan kewajaran kes liwat mengikut undang undang islam yg telah di turunkn oleh Allah kpd seluruh hambanya.

mahkamah apa yg digunakan dan bila di jatuhkan hukuman apakah hukuman yg dikenakan keatas peliwat ini adakah penjara 9 tahun.dimana nas nas hukuman ke atas peliwat ini di ceduk dan diguna pakai. Ataupun rotan sebanyak 9 rotan itu di kira sebagai hukuman mengikut undang2 islam.

siapa yg lebih arif blh huraikan kes ini.... hukuman apakah yg sebenarnya kpd pesalah liwat adakah 9thn penjara atau 9 rotan menurut kaca mata islam

Anonymous said...

pada pendapat saya...bercakap dgn org gila kita ni tkde gunanya. berbicara dgn pembelot pembelit ni pun buang masa. berdebat dgn pendokong undang undang yg berkuasa mengubahsuai undang2 mengikut acuan mereka pun kita tk akan menang sampai kiamat.

jadi kita blh tukar dgn satu cara saja kita blh ubah lanskap semua sistem pentadbiran kehakiman dan undang undang bersih cekap dan amanah melalui undi anda PRU13.

Jumpa anda semua di sana. nk tahu nasib anda selepas pru13 sila tentukan dgn bijak.

miss call said...

orang diserang penyakit pun kau org nak politikkan, cuba lihat dulu diri tu baik ke tidak, lihat diri sendiri tu dah bersedia untuk mati ke tidak.....

Anonymous said...

Miss call, ko ni penjilat UMNGOK no berapa, pergi mampus la lu, hahaha...