PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, July 26, 2010

Panas: Unit Media Baru UMNO Pahang Lancarkan Perang Siber Terhadap Pahang Daily Online Serta Tuduh Kami Pula Meracau Dalam Isu Perpaduan!

Syabas dan tahniah kepada UMNO Pahang yang khabar sedang dalam proses untuk mengaktifkan Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO parti itu sekarang. Dengan kursus dan bengkel yang diadakan serta melantik begitu ramai "panglima siber" itu, apakah ia dapat menyaingi pengaruh media baru pembangkang yang sudah lama bertapak itu agaknya. UMNO sebenarnya "alpa dan lalai" untuk memantapkan "perang siber" mereka, lantaran gagal untuk melengkapkan diri dengan kekuatan media baru mereka sebenarnya. Selepas tewas teruk dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu, mereka masih "tidak sedar diri" malah terus bermimpi. Mereka tahu bahawa media baru terutamanya "blog" telah berjaya merubah minda rakyat terutamannya generasi muda untuk menyokong pembangkang. Namun, selepas lebih setahun yang lalu, tiada langsung tindakan drastik diambil bagi menyaingi pembangkang menerusi media baru itu sebenarnya. Di Pahang, Unit Media Baru juga dilihat gagal membendung asakan pembangkang. Mungkin dek kerana kurang pengalaman atau kealpaan pihak pemerintah yang melihat media baru bukanlah penyumbang utama kekuatan pembangkang di negeri ini. Maka itulah dapat kita lihat media baru di Pahang "lesu dan tidak bermaya". Malah, tindakan kerajaan melantik golongan pesara kerajaan sebagai "penulis siber" dulu juga dilihat satu langkah "mengarut" dan "tidak masuk dek akal" sebenarnya. Kami juga amat tertarik dengan beberapa artikel dalam blog Unit Media Baru Pahang yang secara jelas membantai Pahang Daily Online (PDO) mutakhir ini. Dalam posting terbaru mereka yang bertarikh 21 Julai 2010 yang lalu UMB secara jelas mengkritik PDO atas tajuk "Pahang Daily Online Meracau". Kononnya tindakan kami melebelkan UMNO semakin terdesak lantaran tindakan inginkan perpaduan dengan PAS sekarang ini. Berbagai alasan yang diberikan, kononnya PDO tak tahu hukum syariat dan tuntutan Islam. Mereka mengatakan bahawa perpaduan Ummah bagi PDO hanya satu tindakan drastik dan bukan mengikut Sunah Rasulullah S.A.W. PDO telah melupakan dan menidakkan Sirah Rasulullah S.A.W dikala baginda berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah dahulu. Soalnya, Rasullullah mewujudkan perpaduan atas nama Islam. Tapi UMNO hanya mahu wujudkan perpaduan atas nama "Melayu". Kononnya kedaulatan dan kepentingan Melayu akan terhakis jika UMNO dan PAS tidak bergabung.

Itu bezanya, makanya apakah perlu UMNO "terhegeh-hegeh" mahu bergabung dengan PAS agaknya?. Bukankah mereka tahu yang sokongan orang Melayu terhadap parti karat itu semakin membimbangkan. Mereka ingin berpadu atas nama Melayu, sedangnya seluruh rakyat tahu bahawa UMNO adalah parti yang telah menjual "bangsa dan agama" sebenarnya. Semuanya dipinggirkan hingga Islam dan Melayu itu terhina di bumu sendiri. Mereka juga menuduh PDO umpama meludah ke muka sendiri apabila tidak merujuk artikel Berita Harian menyiarkan kenyataan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang turut menyokong usaha ke arah perpaduan. Masalahnya, apakah perlu kami merujuk kepada akhbar arus perdana "Berita Hairan" yang sudah tidak laku itu?. Bukankah kenyataan itu telah diputarbelit oleh mereka bagi menarik perhatian rakyat. Memang benar Ketua Pemuda PAS menyokong perpaduan, tetapi bukannya mengikut kaedah dan cara yang diperkenalkan oleh puak-puak UMNO sekarang ini. Perpaduan yang sebenarnya ialah berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya. Maka itu, selagi UMNO tidak kembali ke pangkal jalan apakah mereka berdaya memujuk PAS bergabung dengan parti karat itu agaknya?. Dalam hal ini, terbukti penulis Unit Media Baru UMNO Pahang tidak bijak untuk menilai artikel yang diterbitkan kami. Sebaliknya tergamak menghentam kami dengan membabi buta. Jika mereka benar-benar ingin bertembung di alam siber, maka "kecil tapak tangan, negeri Pahang kami tadahkan". Soalnya apakah mereka mampu menjawab persoalan yang bakal kami ketengahkan. Sebab mereka sebenarnya menulis dengan "upah" dan bukan dengan sepenuh hati nurani itu sebenarnya. Apa yang jelas, kami melihat UMB UMNO Pahang tidak akan ke mana jika mereka terus menolak penulis siber sedia ada seperti BraveHeart dan teman-temannya. Tindakan UMNO Pahang yang banyak berjanji tetapi tidak ditunaikan kepada mereka juga bakal memerangkap parti itu dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah yang akan melemahkan pengaruh dan kekuatan Unit Media Baru UMNO Pahang sebenarnya.

[Kekuatan Pahang Daily Online mahu dicabar oleh Unit Media Baru Pahang nampaknya. Maka itu, kami perlu melengkapkan jentera dan tenaga untuk bertembung secara "anak jantan" di alam siber. Nampaknya penulis "cilik dan mentah" mereka cuba untuk menjolok "sarang tebuan". Menulis baru setahun jagung, sudah cuba untuk menjadi pencacai UMNO BN. Ternyata bayaran upah yang diterima oleh mereka itu akhirnya akan memakan diri. Tambahan pula, puak-puak mereka menulis untuk "periuk nasi" masing-masing dan bukannya dengan penuh keihklasan serta roh perjuangan rakyat yang sebenar. Mereka menulis dengan kekuatan semangat semata-mata, tapi mereka sanggup melihat kebobrokan yang berlaku didepan mata. Mereka sanggup melihat Islam terhina dan terpinggir. Mereka merelakan beberapa kerat pemimpin UMNO Pahang ini terus merompak khazanah rakyat, walaupun mereka tahu balak, tanah, bijih besi serta berbagai lagi harta rakyat itu kini sudah semakin kurang akibat sikap rakus pemimpin terbabit. Namun, atas nama upah yang tidak setimpal itu maka mereka sanggup pertahankan puak-puak yang merompak itu. Sedangkan mereka tahu, mereka sendiri pun "hidup segan mati tak mau". Bahkan ada juga antara mereka yang "tak cukup makan" pun, tapi sanggup pula untuk mengampu pemimpin UMNO. Inilah masalahnya, bila hidup untuk diperalatakan dan tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Akhirnya mereka ini terpedaya dek kesilapan mereka itu sebenarnya. Inilah yang akan dilalui nanti].

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Perjuangan kita berdasarkan fakta dan nilai etika sebenar. Sekiranya media baru umngok cuba memanipulasikan fakta sebenar ia akan memakan keseluruhan jentera bloger mereka... Rakyat menilai mana yang benar dan tidak benar... Takbirr...

BUJANG SUSAH said...

Masalahnya ramai ke org umno yg pandai dan celik computer? berapa ramai sgtlah org umno yg tahu buka internet? nak buat blog? jadi batu block la nampaknya.

orang kalau pandai xder la nak duduk dalam umno tu. kalau ada yg pandai pun setakat menteri2 dia jer la.. tu pun bkn pandai internet.. tapi pandai menipu merompak dan membodohkan penyokong karat mereka jer la.. hehehe

Anonymous said...

ade kwn koi keja JASA..pgawai dia x reti guna kmputer pon.. kije suh kerani buat..punch card pon suh kerani,,malas nk mmpus..tapi ot claim..nti PR merentah di jamin JASA tutup..kui kui kui

Anonymous said...

Bukan setakat tutup JASA tapi kita mintak DSAI kerah geng FRU (geng kepala merah jambol) sembur air gatal dan tembak gas pemedih mata kepada semua menteri BN terutamanya menteri yang nama Hishamudin HINGUS MELELEH dan JKKK UMNGOK seluruh Malaysia, setuju tak semua???

Anonymous said...

mesti setuju kecuali pencacai Umngok bangang...

Anonymous said...

UBN tak dapat lg nak tutup kecurangan mereka semasa memerintah mesia nie..nak senarai kecurangan nye byk sgt..x larat koi nk naip nyer..

Anonymous said...

Aku setuju aku setuju benor kitarang pakat kok pala diarang sapa bekok.... pahtu bui nyepak sapa mapuh

Anonymous said...

Aku rasa lebih cantik tembak guna air tahik, kita pakat berak ramai, baru best, hahaha...

Anonymous said...

tahik sepol lg bes..kahkahkah

Anonymous said...

ye betul tahi org bersumpah laknat memang kaw...pahtu terzina plok..

oldman said...

Nak lancar perang cyber? biar betul ni,dah berapa banyak serangan ditujukan,bermacam artical ditulis apa yg dijawap walau pun kita tahu ianya tak betul...awak org ni cakap je begegar buat tak juga. yg boleh harap lepak sana lepak ni perbincangan berapi api habis roti canai sepingan balik buang...tido. awak orang ni NATO...no action talk only.