Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO)MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


August 19, 2010

Berita Baik: Bonus Raya, Kakitangan Awam Bakal Dapat Ganjaran RM400 Setiap Seorang Sempena Sambutan Perayaan Aidil Fitri Untuk Tahun Ini !!

Berita baik untuk kakitangan awam, anda akan mendapat bonus sebanyak RM400 sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Tapi awas, bonus ini bukan untuk semua kakitangan awam di seluruh negara terutamanya di negeri Pahang ini tetapi ia hanya untuk 3,577 kakitangan awam di negeri Pulau Pinang sahaja. Itulah gambaran betapa prihatinnya kebajikan terhadap penjawat awam oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng (DAP) di sana. Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang semalam. Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri. Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia. Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa. Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang. Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu. Bertuah sungguh kakitangan awam di Pulau Pinang kerana kebajikan mereka "dijaga rapi" oleh kerajaan negeri pembangkang yang sering dikutuk-kutuk oleh media arus perdana selama ini. Ternyata mereka lebih prihatin dalam menjaga kebajikan penjawat awam yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada pembangunan negeri itu selama ini.

Apa Cerita Bonus Raya Kakitangan Awam Pahang

Soalnya sekarang, apa cerita negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional yang selama ini mengutuk keras pentadbiran kerajaan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang itu. Kononnya Lim Guan Eng anti Melayu dan tidak membela nasib rakyat di negeri itu. Malah lebih teruk lagi mengatakan beliau membawa fahaman komunis dan hanya tau bercakap tetapi tidak pandai melaksanakan apa yang dijanjikan. Nah, sekarang awal-awal lagi Cina DAP itulah yang mengumumkan pemberian bonus sebagai kebajikan untuk penjawat awal di negeri itu. Bila lagi agaknya kerajaan negeri UMNO BN mahu umumkan perkara yang sama. Tambah-tambah bagi negeri Pahang ini agaknya?. Apakah lebih 10,000 kakitangan awam di negeri ini berpeluang menikmati ganjaran "bonus raya" seperti di negeri pembangkang itu agaknya?. Sama-samalah kita (foto) nantikan pengumuman yang bakal di buat oleh Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob selepas ini. Jika ada, tahniah kita ucapkan atau jika tiada alamatnya "kempunan"lah penjawat awam di Pahang melihat sahabat mereka di negeri yang ditadbir pembangkang mendapat ganjaran kebajikan itu. Biar pun tidak banyak jumlahnya, namun ia sudah cukup untuk meringankan bebanan penjawat awam negeri itu membuat persediaan menghadapi sambutan perayaan hari raya puasa tahun ini. Mungkin nanti masih ada suara sumbang daripada puak-puak UMNO BN yang mengatakan Lim Guan Eng kononnya mencari terdesak untuk mendapat sokongan, publisiti murahan dan bermotifkan politik. Atau pun hanya untuk menagih simpati rakyat. Malah lebih teruk lagi, akan ada pula nanti yang mengatakan jumlah RM400 itu terlalu rendah dan tidak sesuai untuk perbelanjaan hari raya di saat barangan semua telah naik harga. Apapun, tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang atas langkah yang diambil. Malah, kita amat yakin selepas ini negeri Selangor, Kelantan dan Kedah pula akan menuruti jejak langkah yang sama. Inilah yang dikatakan kebajikan, akibat berhemah dalam berbelanja serta tidak mengamalkan unsur-unsur rasuah serta penyelewengan maka akhirnya "bonus raya" dapat diberikan kepada mereka yang berjasa.

Bonus, Peneroka Didahulukan, Penjawat Awam?

Dalam hal ini juga, kita melihat kerajaan UMNO BN pimpinan PM Najib Razak juga tidak prihatin dengan kebajikan kakitangan kerajaan itu sendiri. Lebih satu juta kakitangan awam di seluruh negara mungkin terpaksa beraya dalam keadaan "suram" kiranya tiada "bonus raya" diberikan kepada mereka. Apa tidaknya, sudahlah segala barangan kini naik harga, kebajikan mereka pula tidak dijaga. Bagi penjawat awam kumpulan atasan, mungkin mereka tidak terlalu terasa tetapi bagaimana dengan kumpulan C ke bawah. Bukankah mereka amat memerlukan kebajikan berupa ganjaran tunai untuk menikmati hari raya yang lebih ceria pada tahun ini. Anehnya, PM Najib Razak awal-awal lagi telah mengumumkan pemberian bonus tersebut kepada para peneroka di seluruh negara. Lebih 100,000 peneroka Felda di seluruh negara akan menerima duit raya sebanyak RM37.14 juta yang akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. Kesemua 112,635 peneroka di seluruh negara akan menerima pemberian sempena hari raya yang dibahagikan kepada dua kategori. Menurut beliau, dua kategori itu ialah peneroka yang masih bersama Felda akan menerima RM350 seorang dan peneroka yang menanam semula secara persendirian akan menerima hanya RM150 seorang. Begitulah prihatinnya PM terhadap kebajikan peneroka Felda, hinggakan yang melawan pun diberikan ganjaran. Bukankah dalam hal ini jelas menunjukkan mereka yang lebih terdesak untuk mengembalikan semula kepercayaan para peneroka terhadap kerajaan sebenarnya. Apapun, sama-samalah kita nantikan apakah ada sinar kakitangan awam untuk mendapat bonus raya daripada kerajaan UMNO BN pada tahun ini.

[Maka kini terbuktilah siapa yang lebih membela dan prihatin untuk menjaga kebajikan rakyatnya. Inilah yang dikatakan rakyat didahulukan sebenarnya. Sekarang baru puak-puak UMNO terkejut beruk dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Selama ini mereka kutuk-kutuk dan menghina Lim Guan Eng dengan berbagai-bagai. Kini barulah mereka tahu bahawa Cina DAP itu lebih utamakan rakyat dalam hal-hal kebajikan seperti ini. Oleh itu, buat kakitangan awam di negeri Pahang. Fikir-fikirkanlah, jika anda mahukan perubahan terutamanya dalam soal kebajikan maka lakukanlah perubahan mulai sekarang. Pastikan UMNO BN tumbang dan berkhayal dengan janji-janji manis mereka menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Ingatlah, berubah bukan bermakna UMNO BN tidak baik. Cuma berubah untuk memberi peluang kepada "yang baru" menguruskan pentadbiran kerajaan negeri. Sudah lebih 50 tahun UMNO BN berkuasa di negeri ini, tapi mereka masih tidak mampu bawa perubahan besar kepada rakyat. Hasil mahsul negeri hilang begitu sahaja dirompak oleh puak-puak mereka dulu kini dan selamanya. Maka, tibalah masa mereka dihukum agar mereka sedar suara rakyat adalah suara keramat yang akan mengajar mereka dalam PRU-13 nanti].

13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Bonus Najib kepada peneroka Felda kerana mereka takut semua warga Felda di seluruh negara bangkit menyaman pengurusan Felda dan kerajaan Najib. Bukan sahaja kumpulan sokongan gred C yang terkesan ekoran kenaikan harga barang, kami guru-guru dg41 pun merasai keperitan ekoran tindakan kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak dan baranag sejak Pak Lah menjadi PM. Cuba teliti berapa kali sudah minyak naik sejak pentadbiran Pak Lah dan Najib, dan cuba pula ingat adakah pernah gaji kami dinaikkan dalam zaman Najib Razak ini? Sebagai guru dan kakitangan kerajaan dan juga ahli UMNO pula saya juga mahu mengikut jejak rakyat Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah untuk menikmati kehidupan di bawah pentadbiran Pakatan yang lebih telus, amanah dan prihatin. Pemimpin UMNO hari ini hanya tahu mengutuk orang tetapi tidak mencerminkan diri sendiri.

Anonymous said...

Saya sokong saudara, kepura-puraan Najib sebagai pemimpin yg prihatin tidak menjadi. Ramai kakitangan kerajaan yang mengeluh kerana kuasa beli mereka merosot. Gaji tidak naik tetapi harga minyak terus naik. Jelas tindakan ini mendahulukan rakyat untuk menderita. Manakala pemimpin hidup mewah dan boros. Kepada seluruh ahli UMNO, MCA, PBS, MIC, UPKO, SNAP dan semua parti komponen BN yang tidak mendapat pembelaan kerajaan BN, marilah kita menukarkan kerajaan BN dalam PRU yang ke-13 akan datang, kita cuba pula kerajaan Pakatan Rakyat. Jom...

Anonymous said...

Saya sokong saudara, kepura-puraan Najib sebagai pemimpin yg prihatin tidak menjadi. Ramai kakitangan kerajaan yang mengeluh kerana kuasa beli mereka merosot. Gaji tidak naik tetapi harga minyak terus naik. Jelas tindakan ini mendahulukan rakyat untuk menderita. Manakala pemimpin hidup mewah dan boros. Kepada seluruh ahli UMNO, MCA, PBS, MIC, UPKO, SNAP dan semua parti komponen BN yang tidak mendapat pembelaan kerajaan BN, marilah kita menukarkan kerajaan BN dalam PRU yang ke-13 akan datang, kita cuba pula kerajaan Pakatan Rakyat. Jom...

jinggo said...

kita kasi mampus itu parti UMNGOK BN.....

Anonymous said...

Tu yang kerja dengan kerajaan. Yang kerja swasta atau kerja sendiri lagi menderita. Tahun malang bagi kontraktor melayu bumiputra. Satu projek pun tak nampak dari awal tahun sampai kini. Ada projek payment tak masuk-masuk. Kalau ada projek pun orang-orang politik UMNO dah kaut dulu. Nak tau juga Ustaz Sharin tu sapa sampai smua projek masuk poket dia ? UMNO, dulu kini dan selamanya penipu... Tunggulah PRU13 nanti...

Anonymous said...

Tu yang kerja dengan kerajaan. Yang kerja swasta atau kerja sendiri lagi menderita. Tahun malang bagi kontraktor melayu bumiputra. Satu projek pun tak nampak dari awal tahun sampai kini. Ada projek payment tak masuk-masuk. Kalau ada projek pun orang-orang politik UMNO dah kaut dulu. Nak tau juga Ustaz Sharin tu sapa sampai smua projek masuk poket dia ? UMNO, dulu kini dan selamanya penipu... Tunggulah PRU13 nanti...

Anonymous said...

Kesian orang Pahang. Rasanya kerajaan negeri yang diperintah bayar RM63 juta kepada syarikat balak oleh mahkamah tu tak mampu nak beri duit raya kat kakitangan awam tu. La ni dok suruh kerajaan Kedah juga batal kelulusan lesen membalak. Bangang punya Adun UMNO yang makin terdesak tu.

Anonymous said...

Cuba tanya kakitangan kilang sawit plk berapa dapat bonus?

Anonymous said...

Syukur ALhamdulillah kerana rakyat kita dah sedar, termasuk guru2 kerani2 org kampung pekerja swasta...rupanya mereka merasai keperitan kedaifan hidup tika dan saat ini.

Jika tuan puan sedara sedari masih ingat keadaan jaman jepun, british dahulu. rasa hamba tklah sekejam kerajaan yg ada sekarang.malah org dulu walau jepun kejam masih mampu mkn ubi kayu...tatapi sekarang masakn ubi kayu nk mkn pasir pun tk mampu sbb duit tkde satu sen haram.

Ini menunjukkn kerajaan BN ini lebih kejam zalim berbanding kerajaan penjajah jepun dan british.

Jika guru DG41 blh mengeluh guana gamak kerani N17 nk hidup sdgkn perbezaan gaji hampir separuh dari gaji guru.

Sebenarnya aku tk mampu nk memikir knp manusia kita ini masih blh pangkah BN walau hidup mereka perit. Sdangkn dlm masa ada satu choise kerajaan yg yg berjuang utk rakyat mampu bg gaji minima rm4000 dan harga petrol rm1 seliter.

Tatapi mereka masih memilih BN...

Hanya engkau Ya ALLAH berkuasa memberikan petunjuk dan hidayah kpd manusia dlm negara msia ini utk menerima perubahan demi masa depan mereka.

Anonymous said...

Kan Najib dah banyak bagi bonus, tak berterima kasih langsung engkau orang ni. Perimekar Sdn. Bhd. Bonus RM500 juta. Bekas KM Melaka tu (Jet Sekoi) Ratus ratus juta juga. Ah banyak lah bunos Najib kasi, tapi tak baik lah kita sebut,kata orang bila menolong, kalau boleh, tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu. Itu lah adat orang kita.

Anonymous said...

Penjawat Awam tak payah nak berangan nk dapat bonus.. Duit dah habis mereka2 ini sapu & buat lari. Malah hutang luar negara mereka telah tambahkan. Mereka nk pastikan PR yang bakal memerintah negara nanti berdepan halangan yang paling dasyat agar rakyat dapat menilai kembali siapa lebih hebat.... inilah kerja umngokkkkkkkkk

Anonymous said...

Tahniah kerana ada juga yg faham hakikat....tp tk apa berapa billion pun dia org B_END UMNGOK tinggal taik utang....rakyat yg sokong depa sblm ni akan kambus balik...insyallah

Berkat pemerintahan bersih cekap amanah...harapan nk melihat rakyat dapat gaji minima rm4000 seisi keluarga dan juga dpt nikmati hasil perut bumi negara kita sendri dgn kos rm1 seliter.

Anonymous said...

Anon 12:36:00 PM. Kalau bro nk tau sapa si Ustaz Shahrin tu nie aku ceta sikit.

Ustaz nie adalah dari Pejabat Agama Johor, memang terkenal ilmu dan warak. Muhyidin ambik dia sebagai s/usha politik dia. Maka bila dah berdepan dengan banyak projek dan duit senang masuk apalagi kelabulah mata Ustza nie.

Semua projek di bawah kem Pelajaran lalu dia dulu. Tak heranlah semua projek masuk poket dia. Dengar kabar dah oder mercedes benz model terbaharu tapi bukan atas nama dia.

Tulah orang UMNO, warak dia simpan dalam kocek dulu. Bila dan kekenyangan makan duit tak halal2, barulah dia pungut balik warak dia2.Sebab tulah kerja kem pelajaran tak ada yang dapat.


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter