SHAH ALAM, 27 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor semalam mengumumkan pembayaran khas sempena Hari Raya RM500 kepada 9,089 penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri. MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM4.5 juta dan akan dibayar sebelum 1 Syawal. "Bayaran bonus itu diberi kepada semua petugas kerajaan negeri kecuali dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ke atas”, katanya. Khalid juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan bayaran khas RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) yang akan melibatkan pembayaran berjumlah RM1.3 juta. Semalam kerajaan Pusat mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam dalam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan yang akan dibuat sebelum 1 Syawal. Ia kemudian diikuti dengan pengumuman oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Perak, mengenai pemberian bantuan RM500 kepada penjawat awam di negeri itu.
Kakitangan Awam Negeri Melaka Terima RM500
MELAKA, 26 Ogos - Sementara itu, lebih 4,500 kakitangan awam Kerajaan Negeri Melaka dan semua agensinya, akan mendapat bayaran bantuan khas kewangan bernilai RM500 seorang untuk menyambut Hari Raya Aidilftiri ini. Ketua Menteri, Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (foto), berkata kerajaan Melaka mengikut langkah kerajaan pusat memberi bantuan tersebut. "Bantuan itu melibatkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM2,278,500 dan bantuan tersebut akan dibayar sebelum Hari Raya Aidil Fitri tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk di Surau Taman Bahagia, malam tadi. Mohd Ali berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan bebanan kewangan untuk mereka menyambut hari raya dan mereka perlu menggunakan bantuan tersebut secara berhemah.
Kakitangan Awam Negeri Pahang Terus Menanti
Bagi negeri Pahang, nampaknya semua kakitangan kerajaan masih menanti akan pengumuman rasmi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto). Memandangkan setakat ini sudah dua negeri Pakatan Rakyat (P.Pinang & Selangor) dan dua negeri BN (Melaka & Perak) mengumumkan pemberian bonus raya itu, makanya sudah pasti kerajaan negeri Pahang juga perlu mengambil langkah yang sama. Masalahnya, apakah kerajaan negeri punyai bajet yang secukupnya untuk memberi penghargaan kepada kakitangan awam di negeri ini?. Sedangkan dalam masa yang sama bajet negeri sendiri masih bermasalah. Ditambah lagi dengan merundumnya anak-anak syarikat kerajaan negeri mutakhir ini. Itu belum termasuk lagi jumlah saman RM63 juta yang perlu dibayar kepada Syarikat Pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd. Semuanya ini bakal memeningkan kepada MB sebenarnya. Apapun, kakitangan awam di negeri ini masih bersabar dan terus menanti "khabar gembira" dari Pejabat Menteri Besar Pahang itu. Semoga MB mendapat ilham untuk membuat tindakan yang "popular" seperti yang dilakukan oleh PM Najib Razak hendaknya.[Selama ini rakyat mendengar kerajaan Pahang menafikan negeri ini bermasalah, biarpun sumber kewangan semakin merudum dan bajet defisit kerap kali dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri. Maka itulah, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan kakitangan awam dalam membangunkan negeri ini Adnan sewajar perlu cepat buat tindakan. Kini hanya tinggal dua buah negeri Pakatan Rakyat yang masih belum mengumumkan berita gembira ini iaitu Kedah dan Kelantan. Sepatutnya, negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO BN perlu lebih pantas mendahului pembangkang dalam hal-hal sebegini. Soalnya sekarang, jika benar mereka prihatin dengan kakitangan awam meka kenapa perlu menunggu lama untuk mengumumkan bantuan tersebut. Berbeza sekali dengan negeri Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang, yang berjaya membuat pengumuman terlebih awal dalam hal ini biarpun Lim Guan Eng diserang habis-habisan oleh UMNO BN itu].












5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Denan dah takde duit..pokai wat bayar hutang..hasil bumi negeri yang banyak dah habis kebas..
SABAR LE NANTI TOK DENAN KELUARKAN KENYATAAN KERAJAAN PAHANG AKAN BAYAR BANTUAN RM 1500/=
Tengah fikir tu mana nak cari duit...
kELANTAN APA CAM?
Tok nan dok fikir la tu, nak bagi, nak bagi, nak bagi duit raya atau bagi balak sebatang sorang, kalau bagi balak, lagi bagus, sape nak, masuk hutang tebang sendiri, mesin sendiri, jual sendiri, nasib baik dapat kayu chengal rm10.000 sebatang.
Post a Comment