KUANTAN, 27 Ogos - Susulan ribut taufan yang merosakkan lebih 30 buah gerai jualan di Bazar Ramadhan dekat Mahkota Square berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I baru-baru ini, maka satu majlis penyerahan bantuan kemanusiaan telah dibuat petang semalam. Seramai 35 orang peniaga yang terlibat telah di berikan bantuan saguhati sebanyak RM100 hingga RM150 seorang. Majlis penyerahan bantuan tersebut telah dibuat oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Daerah Kuantan, Tuan Hj. Syed Zubaidi Syed Hussin (foto). Menurut beliau, segala yang berlaku baru-baru ini adalah satu ketentuan Allah terhadap hambaNya."Ia adalah bala yang diturunkan oleh Allah untuk menyedarkan hambaNya. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dan sepatutnya berlaku tetapi tidak disedari oleh kita. Makanya, para peniaga haruslah berhati-hati dalam menjalankan operasi perniagaan mereka selepas ini", katanya. "Jangan terleka dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, biarpun kita sibuk dengan urusan perniagaan kita", tambahnya.
Antara mangsa ribut yang turut mendapat sumbangan pada petang itu
Sementara itu, beliau turut menasihatkan kepada semua peniaga agar tabah menghadapi segala dugaan tersebut. Malah katanya inilah kali pertama kawasan itu dilanda ribut yang cukup dasyat itu sebenarnya. Pihaknya amat bersimpati dengan mereka yang terlibat, lantaran itulah pihak persatuan bersedia menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban dan menampung kerugian mangsa pada hari kejadian.Penganjur Nafi Ada Mangsa Yang Patah Tangan
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Daerah Kuantan, Akhbar Mohamed pula menafikan laporan beberapa buah akhbar arus perdana bahawa terdapat seorang mangsa ribut yang patah tangan dalam kejadian baru-baru ini. "Saya tidak pasti, dari mana wartawan akhbar terbabit mendapat maklumat. Mereka sepatutnya mengkaji dan bertanya kepada pihak penganjur sebelum membuat kenyataan seperti itu", katanya. Walau bagaimana pun beliau berterima kasih atas laporan akhbar tersebut. Ini menyebabkan ramai pengunjung yang terus datang ke Bazar Ramadhan itu terutamanya bagi mereka yang ingin melihat sendiri kesan kejadian itu. "Sebagai penganjur, kejadian seperti itu adalah diluar dugaan kamu. Malah, ia berlaku sekelip mata. Tiada siapa dapat menghalangnya" kata beliau.


Sebahagian daripada gerai Bazar Ramadan yang ranap dipukul ribut


Orang ramai dan peniaga panik lihat kejadian yang berlaku tiba-tiba ituApapun, beliau bersyukur kerana tidak ada kecederaan serius atau kematian seperti yang berlaku di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka sebelum ini. Beliau juga menyeru orang ramai terutamanya warga Kuantan terus memberi sokongan untuk berbelanja bagi mendapatkan juadah berbuka puasa di situ. Apa yang lebih menarik di Bazar Ramadhan itu, penganjur turut menyediakan beberapa buah gerai jualan pelbagai. Pengunjung boleh mendapatkan berbagai jenis kuih muih hari raya, kerepek-kerepek, pakaian lelaki dan wanita, pakaian kanak-kanak, aksesori lelaki dan wanita serta berbagai lagi barangan jualan yang lain. Harga yang ditawarkan juga adalah jauh lebih murah daripada tempat-tempat lain. Ekspo jualan pelbagai itu juga akan berakhir menjelangnya 1 Syawal nanti, oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Bazar Ramadhan Mahkota Square nanti.


Bersedia, stok kuih-muih untuk dijual sempena Hari Raya Raya Aidil Fitri

Pelbagai jenis kuih muih hari raya Aidil Fitri yang ditawarkan peniaga


Orang ramai terus berpusu-pusu bagi mendapatkan juadah berbuka puasa
[Maka elok sangatlah warga Kuantan yang berada di perantauan untuk singgah di Bazar Ramadhan ini bagi mendapatkan segala kelengkapan termasuk kuih-muih untuk perayaan Aidil Fitri ini. Promosi hebat masih terus diadakan di lokasi terbabit. Kami ucapkan syabas kepada Persatuan Peniaja Dan Peniaga Melayu Kecil Daerah Kuantan kerana prihatin dengan masalah yang menimpa para peniaga mereka. Semoga ia menjadi ikhtibar kepada semua agar lebih berhati bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Namun, ada sesuatu yang memusykilkan berlaku apabila terdapat juga individu yang merupakan peniaga di situ yang dipercayai "mengambil permit niaga mangsa" untuk urusan bantuan dengan pihak yang berkenaan. Soalnya, kenapa individu terbabit memandai-mandai sedangkan bazar berkenaan adalah anjuran persatuan berkenaan. Tindakan tersebut jelas sekali sengaja mencari "pasal" dan boleh memakan diri sendiri akhirnya. Salam Ramadhan buat semua].
Sebahagian daripada gerai Bazar Ramadan yang ranap dipukul ribut
Orang ramai dan peniaga panik lihat kejadian yang berlaku tiba-tiba itu
Bersedia, stok kuih-muih untuk dijual sempena Hari Raya Raya Aidil Fitri
Pelbagai jenis kuih muih hari raya Aidil Fitri yang ditawarkan peniaga
Orang ramai terus berpusu-pusu bagi mendapatkan juadah berbuka puasa












1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
penganjur memang menafikan perkara2 ini, sebab tahun depan nak niaga lagi.
penganjur sekarang ni dah pakai kereta mewah, syabas
Post a Comment