PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, August 28, 2010

Kakitangan Awam Kerajaan Negeri Kedah Serta Perlis Pula Bakal Menerima Bonus Raya RM500

Kerajaan Ngeri Kedah hari ini turut mengumumkan pemberian bayaran khas RM500 kepada kakitangan awam negeri itu sebagai persiapan menjelang Aidilfitri. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (foto), berkata, bayaran RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54 dan membabitkan dana sebanyak RM3 juta. Beliau berkata semua kakitangan kerajaan negeri akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya. "Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini. "Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu. Sementara itu, Kangar, difahamkan lebih 200 warga Kerajaan Negeri Perlis akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebelum 1 Syawal ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu. Beliau berkata bantuan itu akan diberi kepada semua penjawat awam negeri dari semua peringkat termasuk mereka yang berkhidmat secara kontrak. "Kita harap pembayaran ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung semua penjawat dalam menjalankan persiapan menjelang Aidilfitri," katanya. Md Isa juga berharap warga kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya bantuan tersebut untuk persediaan sambutan Aidilfitri dan bukan untuk pembaziran.

[Bersyukurlah kepada kakitangan kerajaan di kedua-dua negeri itu. Akhirnya mereka bersama rakan-rakan menikmati juga duit raya yang amat dinantikan. Dengan pengumuma ini juga bermakna tiga buah negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kedah telah memberikan kebajikan kepada rakyat masing-masing. Cuma yang tinggal ialah Kelantan sahaja. Namun anehnya banyak lagi negeri yang dikuasai UMNO BN belum berbuat demikian terutamanya di negeri Pahang Darul Makmur ini. Apakah lebih 10 ribu kakitangan kerajaan negeri ini akan mendapat sumbangan tersebut agaknya?. Mereka masih terus menanti ..].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Pahang bila lgi nak bagi duit raya?

Anonymous said...

kerajaan negeri perlis bagi bonus raya hanya 200 orang ajer. ini kroni mb ajer dapat. bukan rakyat yang dapat. ceh menyesal aku undi umno PRU akan datang aku nak undi pembangkang plak. biar dia tau kuasa rakyat.

Anonymous said...

PAHANG!
ADA KE DUIT LAGI DALAM SIMPANAN?

mad said...

sarawak negeri kaya minyak dan balak pun tak bagi bonus pada kakitangan kerajaan negeri. lokek betul 'pak uban'. tunggulah pilihanraya dun negeri tak lama lagi. kalau bn tak bungkus pun pasti banyak kerusi bn hilang. bergetar tangan tak sabar nak pangkah ni.

musang said...

mana Tok Nan nak cr duit bg bonus kat kakitangan awam negeri Pahang, nak bayar gaji pun pinjam kat Kerajaan Pusat,jgn mimpi la org Pahang wei....