PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, August 27, 2010

Kontroversi: Isu "Ahli Parlimen Serdang" Berucap Dalam Surau Al-Huda Kajang, Kenapalah Sengaja Mencari Insiden Ini Sedangkan Tahu Akibatnya !!



Nampaknya masih ada pihak-pihak berkenaan yang sengaja mencari isu panas untuk menimbulkan kontroversi. Akhirnya "insiden" ini dijadikan senjata untuk menyerang Pakatan Rakyat sekali lagi selepas isu "doa khutbah Jumaat" di Pulau Pinang baru-baru ini. Soalnya sekarang, kenapa tidak sedar dan prihatin dengan apa yang berlaku?. Kejadian YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang menyampaikan ucapan dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu kini menjadi berita panas yang bakal menjerat diri sebenarnya. Bukankah, diketahui orang bukan Islam yang masuk ke dalam "rumah Allah" sama ada masjid atau surau itu sensitif. Apatah lagi jika ia melibatkan seorang wanita dan ditambah lagi dengan tidak menutup aurat. Inilah yang terjadi sebenarnya. Memang kita tahu, kehadiran YB terbabit adalah untuk menyampaikan bantuan peruntukan kepada surau tersebut. Namun, apakah dek kerana bantuan yang dihulurkan maka jawatankuasa surau yang diketuai oleh pengerusinya, Ustaz Azemi Ahmad boleh terlepas pandang atas isu yang berlaku ini. Bukankah elok, kiranya jawatankuasa surau bersedia dengan "kunjungan" Ahli Parlimen DAP itu. Misalnya, bersedia dengan jubah atau tudung yang berkaitan untuk dipakai oleh beliau. Bukankah ini berlaku dalam mana-mana masjid di negara kita. Orang bukan Islam terutamanya wanita dibenarkan masuk ke masjid tetapi mereka perlu menggunakan jubah dan tudung yang disediakan. Namun, kenapa ini tidak berlaku di Surau Al-Huda?.

Isu Panas, Tapi PAS Serdang Kata Tiada Masalah

Sementara itu, kami amat terkejut dengan kenyataan ketua Pemuda PAS Serdang Mohd Adram Musa. Antara lain beliau menegaskan akar umbi PAS kawasan terbabit tiada masalah dengan apa yang berlaku. Malah katanya Islam itu bukan untuk Melayu semata-mata. Kononnya bila kaum Cina dan India menghampiri surau atau masjid, timbul satu perspektif yang tidak baik. Dalam konteks dakwah, kena ada fleksibiliti, khususnya di negeri Selangor katanya. Persoalannya sekarang, bukan masalah Cina atau India tidak dibenarkan menghampiri surau dan masjid, cuma adab dan kesopanannya perlulah dijaga. Bayangkan jika perempuan Melayu datang dan tidak menutup aurat. Bukankah ia agak janggal dan akan menimbulkan kontroversi, apatah lagi dalam kes ini ia melibatkan wanita bukan Islam. Inilah isu sebenarnya yang perlu difahami oleh Adram Musa. Bukannya masalah menghalang orang bukan Islam itu.

Sultan Selangor Murka Insiden Yang Berlaku Itu

Dalam pada itu, Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang berlaku seperti dilaporkan. Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor. "MAIS memandang serius berhubung isu ini kerana ia merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid atau surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

[Memang kita tidak nafikan YB terbabit mengenakan baju kebaya ketika hadir ke situ, namun beliau masih tidak bertudung. Bukankah sepatutnya AJK surau bersedia dengan kejutan yang akan berlaku. Maka, jika beliau tidak bertudung buatlah program di luar surau dan jangan didalam surau berhampiran tempat solat imam. Inilah yang mencetuskan kontroversi biarpun akan ada pemimpin agama yang mengatakan itu tidak salah. Namun, dari segi adatnya ia tetap tidak manis untuk dipandang. Soalnya, kenapalah pemimpin wanita bukan Islam dari Pakatan Rakyat tidak mengikuti jejak langkah YB Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan sebelum ini. Bukankah manis gayanya, bertudung dan berbaju kurung ketika dijemput berceramah di Kelantan satu ketika dulu. Inilah masalahnya bila membuat satu tindakan tanpa melihat kesan yang akan berlaku di kemudian hari. Oleh itu, kini ia menjadi isu bila gambar terbabit disiarkan di akhbar arus perdana Utusan Malaysia hari ini. Adalah lebih elok berhati-hati daripada terus mewujudnya kontroversi].

47 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

bukan islam dibolehkan memasuki masjid dan surau selagi mereka tidak memusuhi islam..
...kecuali masjidil haram...
jika kita tidak benarkan bukn islam ke masjid or surau,mengapa kita tidak menghalang orang-orang islam ke gereja atau tokong cina untuk mendapatkan bantuan.Persoalannya,dimana institusi islam ketika itu???

Anonymous said...

salam,
kalau nak tengok org bukan islam masuk masjid, pergilah ke masjid besa shah alam atau masjid putrajaya.... (-:

Anonymous said...

Orang Kristian, masuk hutan berdakwah.
Orang Islam, larang orang bukan Islam masuk masjid.
Ada ke dalil dalam Al-Quran, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid.
Sepatutnya mereka digalakkan.
Mana tau suatu hari nanti termasuk YB tu terbuka hatinya nak masuk Islam.

Anonymous said...

salam...

nak tenggok lagi ramai org bukan islam dalam masjid, "pergi masjid dalam pembinaan".

awat la sempit sangat pemikiran, berfikirlah dengan ilmu bukan dengan nafsu...

Anonymous said...

silap nya satu aje,walaupun dia bukan wanita islam tapi sepatutnya beliau memakai tudung kepala sebagai menghormati institusi masjid / surau,..sbb perkara ini akan dipolitikkan..dan akan kecoh di dada2 akhbar..

Anonymous said...

Kita mengaku salah dan bersedia utk perbaikinya.Lagipun YB tu bukan islam.Orang islam pula wajib bertudung (menutup aurat) di dlm atau di luar masjid.

jemaah bangkit said...

Dulu isu khutbah,sekarang tazkirah.
elok lepas ni kita buat banci berapa kerap puak-puak umno ke masjid atau surau.
ada setengah tu nama je ajk masjid tapi nak tengok muka kat masjidpun payah.
dah gagal main sentimen perkauman sekarang cuba main sentimen agama
elok ulama umno jawab boleh tak solat hajat dan baca yasin untuk yb kamalanathan ketika prk hulu selangor
soal bukan islam masuk masjid kita pun ada tengok masjid lain seperti masjid negara yang bukan islam ada melawatnya
pasal beri sumbangan dalam masjid,bersepah wakil rakyat umno bagi sumbangan kepada orang ramai dalam masjid
soal dia tak pakai tudung dalam masjid
bersepah pemimpin wanita umno yang tak bertudung ke mana-mana termasuklah bini najib
takkan pakai tudung dalam masjid je
tiada paksaan dalam memeluk agama Islam untuk bukan Islam tetapi menjadi kewajipan wanita islam menutup aurat
takkan ulama umno tak berani tegur najib
rakyat x bodoh macam dulu...umno kena cari modal politik lain.

jemaah bangkit said...

pdo kena cerdik lagi bijaksana dalam isu ini
jangan biar kita terjerat
jika benar lagi ikhlas umno nak perjuangkan islam seperti yang didakwanya maka eloklah pemimpin umno laksanakan undang-undang islam di negara ini
siapa yang beri lesen judi kat genting,lesen operasi kilang arak,rumah urut,disko dan lain-lain lagi satu ketika dulu
umno kena jawab ni

jemaah bangkit said...

sudah sampai masanya pengarah jabatan agama islam negeri dilantik dari kalangan mereka yang ada latar belakang agama
di sekolah pengarah jais berkelulusan ekonomi
takkan x ada langsung tokoh agama yang berkaliber di selangor
elok kita buat tinjauan pendapat di sini wajar atau tidak khusrin digantikan
aku memaang sokong ulama ganti tempat dia ni

jemaah bangkit said...

ralat pose ni salah taip
di sekolah pengarah jais berkelulusan ekonomi
takkan x ada langsung tokoh agama yang berkaliber di selangor
maksud sebenarnyanya pengarah jais sekarang berkelulusan ekonomi
takkan x ada langsung tokoh agama yang berkaliber di selangor
negeri yang pernah melahirkan mantan mufti selangor Allahyarham datuk ishak baharum,ustaz ismail kamus dan ramai lagi

Anonymous said...

dah tu amnu yang mengaku islam taknak gi masjid, biarla kapir yang masuk memakmurkan masjidtu.... bodoh punya orang, baru sorang dua kapir hantar tentera, dah kalut satu malaysia. tu baru bagi tazkirah, kalau dia telanjang atas mimbar barula bukan setakat amnu lebur, serban pas pon tanggal!!!! kalau tak puashati pegila hantar ustaz amnu masuk kuil, gereja tokong bagi tazkirah... mudah2an kapir banyak yang masuk islam, kalau tak terbalik kot ustad amnu tu yang masuk kapir!!!!!!

pemerhati amator said...

Satu lagi peringatan kpd PR agar lebih hati2.UMNGOK dan konconya ni tak kira apa dah,apa saja berkaitan bangsa dan agama yang boleh cetuskan kontroversi,mereka tak akan lepas,kalau boleh,kambing lepak ditangga madrasah pun nak dijadi isu...(sedang cari alasan tuu...)
Kaum terdesak...gitulah.

Ashaabul Kahfi said...

Dengan nama Allah

tidak ada masaalah bukan islam memasuki masjid dengan niat yang baik,dan seharusnya kita melayan beliau sebaik yang mungkin,sepatutnya AJK masjid walau dimana di Malaysia ini, perlu menyediakan pakaian menutup aurat,ini lebih baik,walaupun kita tahu,bukan islam ni tak dikira pahala atau dosanya,tetapi,beliau masuk kerumah Allah,dimana kita ummat islam menunaikan solat dan lain2 lagi amalan,haruslah kita menjaga kesuciannya,ni juga tanda beliau menghormati rumah Allah.

Jadi janganlah mempolitikkan isu ini,jadikan ia sebagai cara kita untuk berdakwah dan menunjukkan nilai2 murni dalam islam,cuma berhati2lah dalam kita berdakwah ni,HIKMAH-TEGAS DALM KEBENARAN.Allah lebih mengetahui

Ashaabul Kahfi said...

Dengan nama Allah

tidak ada masaalah bukan islam memasuki masjid dengan niat yang baik,dan seharusnya kita melayan beliau sebaik yang mungkin,sepatutnya AJK masjid walau dimana di Malaysia ini, perlu menyediakan pakaian menutup aurat,ini lebih baik,walaupun kita tahu,bukan islam ni tak dikira pahala atau dosanya,tetapi,beliau masuk kerumah Allah,dimana kita ummat islam menunaikan solat dan lain2 lagi amalan,haruslah kita menjaga kesuciannya,ni juga tanda beliau menghormati rumah Allah.

Jadi janganlah mempolitikkan isu ini,jadikan ia sebagai cara kita untuk berdakwah dan menunjukkan nilai2 murni dalam islam,cuma berhati2lah dalam kita berdakwah ni,HIKMAH-TEGAS DALM KEBENARAN.Allah lebih mengetahui

Ashaabul Kahfi said...

Dengan nama Allah

tidak ada masaalah bukan islam memasuki masjid dengan niat yang baik,dan seharusnya kita melayan beliau sebaik yang mungkin,sepatutnya AJK masjid walau dimana di Malaysia ini, perlu menyediakan pakaian menutup aurat,ini lebih baik,walaupun kita tahu,bukan islam ni tak dikira pahala atau dosanya,tetapi,beliau masuk kerumah Allah,dimana kita ummat islam menunaikan solat dan lain2 lagi amalan,haruslah kita menjaga kesuciannya,ni juga tanda beliau menghormati rumah Allah.

Jadi janganlah mempolitikkan isu ini,jadikan ia sebagai cara kita untuk berdakwah dan menunjukkan nilai2 murni dalam islam,cuma berhati2lah dalam kita berdakwah ni,HIKMAH-TEGAS DALM KEBENARAN.Allah lebih mengetahui

Ashaabul Kahfi said...

Dengan nama Allah

tidak ada masaalah bukan islam memasuki masjid dengan niat yang baik,dan seharusnya kita melayan beliau sebaik yang mungkin,sepatutnya AJK masjid walau dimana di Malaysia ini, perlu menyediakan pakaian menutup aurat,ini lebih baik,walaupun kita tahu,bukan islam ni tak dikira pahala atau dosanya,tetapi,beliau masuk kerumah Allah,dimana kita ummat islam menunaikan solat dan lain2 lagi amalan,haruslah kita menjaga kesuciannya,ni juga tanda beliau menghormati rumah Allah.

Jadi janganlah mempolitikkan isu ini,jadikan ia sebagai cara kita untuk berdakwah dan menunjukkan nilai2 murni dalam islam,cuma berhati2lah dalam kita berdakwah ni,HIKMAH-TEGAS DALM KEBENARAN.Allah lebih mengetahui

Anonymous said...

salam semua...cuba fikir, mana lebih menghina ISLAM, YB DAP yg mmg bukan ISLAM x wajib pun pakai tudung dalam masjid sedangkan pemimpin UMNO wanita ISLAM yg pakai tudung dalam masjid/surau pastu bila keluar buka tudung (bukan mempersenda hukum ISLAM ke camtu?) kalu tahu hukum tutup aurat tu wajib bukan sahaja dalam solat...

Anonymous said...

BOLEHKAH SEORANG ISLAM YANG BERADA DALAM HADAS BESAR ATAU PEREMPUAN DALAM HAID MASUK DALAM MASJID......APA HUKUM ISLAM.......APAKAH ORANG KAFIR BOLEH MASUK TANPA LARANGAN.....FIKIR-FIKIRKAN LAH.......SEDANGKAN NABI MUHAMAD TELAH BERSABDA BAHAWA KAFIR ITU UMPAMA NAJIS DAN DILARANG MASUK MASJIDIL HARAM....BUKANKAH ITU SATU CONTOH KEPADA HUKUM MASUK MASJID...

Anonymous said...

Wah, bukan main kuat lagi puak PR ni membela seorang kafir yg berhadas besar bertazkirah diatas ruang utama solat masjid demi kepentingan politik. Demi kepetingan politik dan sokongan undi semua yg tidak boleh disisi hukum dibolehkan serta merta. Yg haram jadi halal dgn macam2 alasan lagi utk menghalalkan cara. Masyaallah, apa nak jadi dgn puak2 PAS ni. Memang sahlah puak2 PAS/PR telah menggadaikan ugama dan hukum2 ugama untuk rencana dan kelangsungan politik mereka. Mereka inilah yg sebenarnya telah meletakkan islam ke tahap yg paling rendah dah hina....

Nak tunggu apa komen dari Nik Aziz, ketua ulama sesat mengenai isu ini. Spt yg dijangka Nik Aziz akan mengeluarkan fatwa yg membolehkan orang bukan islam berada dan berdiri ditempat solat utama dimana2 mesjid dan surau untuk bertazkirah dan memberi ceramah politik...tunggu dan lihat!!

jemaah bangkit said...

macamana pulak kalau orang je islam tapi perangai macam haru.kaki judi,kaki tonggang,poya-poya kat disko.
tentang hadas besar tu,eloklah kau tanya ulama besar kat JAKIM tu pasal mereka benarkan orang bukan islam melawat masjid
lain kali belajar sampai pandai.jangan ponteng
tengok sapa yang rugi

jemaah bangkit said...

Dulu ada mufti kat selangorlah jugak yang kena pecat gara-gara orang melayu masuk pertandingan ratu cantik.Bila JAIS bertindak,adalah pulak yang tak paham agama bela ratu cantik ni

Ada benarnya jika JAIS diterajui oleh tokoh ulama,salah faham dan kekeliruan tentang agama islam di negeri itu dapat diperjelaskan.

tukang komen kat blog ni patut mendalami lebih ilmu agama.jangan jadi macam anon kat atas ni sampai tergamak caci tok guru nik aziz.kau perasan kau hebat sangat ke.
itulah akibatnya kalau otak letak kat lutut

Anonymous said...

pro..! letak kat lutut tu ok lagi.. Gua rasa otak mangkok sorang ni kat tapak kaki lah...Jangan sumpah TGNA macam tu tak baik..Gua jemput lu datang kelantan serapan bagi dengan TGNA kat warung tepi jalan...ok. Bukan menghina TGNA, tapi itulah sifat keserdahanaan TGNA.

Anonymous said...

LAIN KALI FIKIR DULU PERSEDIAAN SBLM NAK JEMPUT BUKAN ISLAM DATANG MASJID/SURAU..BUKAN TAK BOLEH, TAPI PERLU ADA ADAB SIKIT...

SEBAB MULUT NAGA UMNO MEMANG TUNGGU NAK NGAP SAJA!!!

NANTI TAK LEH NAK TUDUH UMNO JAHAT SEDANGKAN KITA PUN TAK CERDIK!!!!

puspawangi said...

mengarut semua ni..beradab ke kalau memaki hamun orang dalam knteks berita yg salah pulak tu..sudah2 la..

Anonymous said...

salam. bila isu ini dimainkan oleh pihak media ana jadi pening kepeningan. setahu ana baik masjid ka surau ka di malaysia dibina oleh tukang cina dan india yang rajin2. bagaimana pula selepas megah di bina cina dan india tak dibenarkan masuk. lupa pulak tukang pasang lampu, pasang karpet, pasang aircond tukang cat macam2 lah.

Anonymous said...

Selepas ni kita suruh kerajaan amnoo buat banner di depan masjid
" haram bagi orang bukan Islam memasuki masjid ". Aku tengok ramai juga orang bukan Islam yang mengunjungi masjid Kristal di Trengganu. Kita tengok apa tindakan kerajaan amnoo akan ambil.

Anonymous said...

inila jadinya bila matlamat menghalalkan cara..nak kuasa punya pasal, apa yg PAS buat sume jadi halal dan harus. insafla jgn dibutakan mata hati dan letak salah sendiri pada org lain kan zalim namanya..slama ni kata umno zalim skrg kan dh kena btg hidung sendiri..Allah maha kaya apa yg dikutuk, dikafirkan PAS pada UMNO makan diri sendiri. Hukum org kafir = perempuan berhadas, x boleh masuk dewan solat. lain kali buatla kat luar. pelawat masjid negara/masjid putra pun stakat kat luar je x dibenar masuk dewan solat..Apa2 pun lu pikirla sendiri

Anonymous said...

Aduh benda simple macam in pun susah nak di settlekan , suruh sahaja puak DAP anjurkan atau sponsorkan berbuka puasa hari jumaat depan dan ajak/jemput 501 orang ( berbilang kaum) sekitar Surau Kajang Sentral. Alah buatlah macam puak MCA Negeri Sembilan buat sponsor berbuka puasa di surau kat sikiamat , Negeri Sembilan yang kena simbah cat baru baru ini. Kalau MCA Negeri Sembilan boleh kowtim kes simbah cat , tak kan DAP Kajang Sentral tak boleh kowtim dengan Surau kajang Sentral.
Kita kan ni 1 Malaysia?

Tapi pelancung asing ( bukan Islam) masuk kat masjid negara dan masjid putrajaya kenapa boleh ngeh?

Anonymous said...

Tajuk "Tentang kebolehan kaum Musyrikin dan Kaum Ahli Kitab masuk kr Masjid dan tentang kebolehan mengikat Orang Tawanan di dalam Masjid" Kitab Himpunan hadis hadis pilihan.
Hadis 1
Dari Anas bin Maalik r.a. ia ber kata ;Telah masuk seorang lelaki dengan kenderaan unta,meloloskan untanya di dalam Masjid, kemudian lelaki tersebut mengikat untanya lalu lelaki tersebut bertanya ; Mana di anatara kamu yg bernama Muhammad?" diriwayat oleh Abu Daawud
Hadis 2
Dari ibnu Abbaas r.a. ia berkata ; Banu Sa'ad bin Bakar Dhimaan bin Tsa'labah pernah mengirim utusan kepada Rasulullah s.a.w., maka ia datang kepada beliau , lalu menghentikan ontanya dipintu masjid, kemudian mengikatnya, lalu ia masuk kedalam Masjid , kemudian ia berkata ; Mana dianatara kamu anak lelaki 'Abdul Muthalib?" di riwayatkan oleh Abu Daawud
Hadis 3
Dari Abie Hurairah r.a. ia berkata; Orang orang yahudi pernah datang kepada Rasulullah s.a.w., padahal baginda sedang duduk didalam masjid diantara sahabatnya, kemudian orang orang Yahudi itu berkata ; Yaa! Abal-Qaasim'; ( nama panggilan bagi Rasululllah s.a.w oleh orang orang Yahudi) di riwayatkan oleh Abu Daawud
Hadis 4
Dari Abie Hurairah r.a. ia berkata: Rasullullah s.a.w. pernah mengirimkan sepasukan berkuda kearah Nadjd, maka datanglah pasukan itu dengan membawa seorang lelaki dari Banu Haniefah yang di namakan kepadanya Tsumaamah bin Utsaal, lalu mereka ( para anggota pasukan berkuda)itu mengikat orang itu ( bukan berugama Islam)disuatu tiang daripada tiang tiang yg terdapat di masjid tersebut' diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Buchaary,Muslim, Abu Daawud, An-Nasay dan lain lain
Ulama As Shafiee berpendapat dan menetapkan, bahawasanya orang orang musyrikkin boleh masuk semua masjid kecuali Masjid Al-Haram.
kata Ash-Shan'aany :"Pernah orang orang kafir masuk kedalam masjid Rasulullah s.a.w dan duduk sampai lama didalamnya, Bahkan Abu Daawud meriwayatkan bahawa orang orang Yahudi pernah datang kepada baginda s.a.w , sedang Rasulullah s.a.w derada di Masjid.
Cuma Ulama Ahli Madienah menetapkan tidak boleh orang orang musyrik masuk ke dalam Masjid.
Maaf tumpang tanya , Pelancung lelaki dan perempuan ( bukan Islam ),bila mereka melawat di dalam masjid negara, masjid putrajaya dan masjid shah alam , mereka semua dah mandi wajib ke atau dah sucikan najis hadas kecil dan hadas besar ke???????????????
Sultan Selangor tak di khabarkan pasal pelancung asing ( bukan Islam masuk masjid di Shah Alam????

jemaah bangkit said...

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Diharapkan puak-puak umno faham pasal dalam majlis fatwa kebangsaan ni mufti pun ada.boleh ringan mulut tanya ulama muda yang masuk umno tu.salah seorangnya menantu shahidan kasim,bekas mb perlis.dah bapa mertuaku seorang umno,maka akupun masuk umno jugak.x ke gitu.
lepas ni jangan lupa dakwah kaum ibu dalam umno yang x tutup aurat@pakai tudung.jangan senyap je.kita kena cegah kemungkaran.mintak tips kat jamal khir baharum.

Anonymous said...

Melayu ni jenis hipokrit, bukan islam masuk surau hina islam, melayu(islam)berpeleseran kesana kemari tak pakai tudung hina siapa....? Melayu x tau realiti, itu lah realiti politik di msia, sesiapa boleh bagi sumbangan ada la peluang utk berucap di depan mimbar??????? melayu pandai komen tapi x tau bg jln penyelesaian. Surau x ada dana, so......?

Anonymous said...

Provokasi,Batu api...dan semua yang seumpamanya.Bayangkan kalau ditimbulkan PR,harakah,suara keadilan atau pun roket?Belum sempat matahari terbenam,jawabnya ISA,gantung permit!Polis pasti cekap.KDN sibuk tiba2.Ulasan?Jangan kira lah.Media2 arus perdana akan temuramah hinggakan peminta sedekah sekalipun.
Kita bukan taksub kepartian,tapi kita lihat tiada keadilan,berniat jahat!Jangan hanya semata2 untuk kuasa,semua boleh.

Kenapa semua pehak berkuasa jadi tak cekap,tak telus,bisu,gementar kaki tangan.

Anehnya,bila pencen,baru berani buka cerita.

Anonymous said...

Dicadangkan Adzib,Khusrin,Noh, Khir, Ezam, Najib, Satim dan Muhyiddin bergilir-gilir memakmurkan surau tersebut di 10 akhir Ramadhan ini. Buktikan anda boleh. Kami jemaah mengalu-alukannya.

Anonymous said...

rasernya dalam majlis fatwa pun tak dinyatakan bahawa org bukan islam yang masuk masjid wajib menututp aurat atau bertudung? kalau majlis fatwa dah keluarkan fatwa begitu, takkan sultan tak sedia maklum? dan takkan rakyat miasa mcm kita nak pertikai majlis FATWA? layak ke kkita nak mempertikai majlis FATWA?

Anonymous said...

senang je org pro pakatan pmbgkang menyokong ape yg MP PR buat....
senang je skrg gune alasan mane tau dorg tergerak hati nak masuk Islam....
kpd yg ckap mcm nih please bukak minda.... mmg org bodoh....
cakap pkai otak......
sume nye demi politik....

Anonymous said...

Nik Aziz dah beri kenyataan mengenai isu ini

"Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo" - The Malaysian Insider.

Dah agak dah..Ularmak songsang ni apa saja perbuatan DAP mesti dia sokong punyer..siap quote zaman Rasulullah lagi..

Pusing, putar, jangan tak pusing..

Politik punya pasal benda tak boleh dijadikan boleh asalkan dapat sokongan undi dari kafir....

Alahai ularmak Nik Aziz...

Anonymous said...

Memang tak ada masaalah, yang banyak masaalah dan memang bermasaalah adalah umno.

azmie said...

1. ulamak mujtahidin dah habis bahas bab ni 300 thn dulu, pi balik mengaji.
2. sapa2 yg rajin pi belah uk, amerika try tengok daei kat sana buat Islamic outreach macamana. siap ada minggu melawat masjid.
3. umno tu dungu, jgn diikut

man said...

Bab memakai tudung/menutup aurat bukannya hanya diwajibkan semasa memasuki Masjid atau Surau tetapi diwajibkan kepada orang Islam sepanjang masa dimana sahaja. Nanti orang Islam salah anggap menutup aurat ni hanya wajib bila hendak memasuki Masjid sahaja. Bab masjid ni apa hukumnya orang bukan Islam yang membina masjid. Sebelum masjid siap untuk digunakan oleh orang Islam siapa dulu yg masuk kedalam Masjid tu, cuba fikir tengok. Ada juga saya lihat wanita Islam memasuki Masjid tidak bertudung dan memakai pakaian ketat bertujuan untuk bersembahyang,apakah kita hendak menghalang beliau masuk untuk bersembahyang oleh kerani sebab pakaiannya. Tegurlah cara berhemah. Jika Rasullah pernah membenarkan orang bukan Islam memasuki Masjid apakah kita sebagai umatnya tidak mengiktiraf perbuatan Rasulullah itu.

man said...

Saya nak komen tentang post sahabat kita ni "BOLEHKAH SEORANG ISLAM YANG BERADA DALAM HADAS BESAR ATAU PEREMPUAN DALAM HAID MASUK DALAM MASJID......APA HUKUM ISLAM.......APAKAH ORANG KAFIR BOLEH MASUK TANPA LARANGAN.....FIKIR-FIKIRKAN LAH.......SEDANGKAN NABI MUHAMAD TELAH BERSABDA BAHAWA KAFIR ITU UMPAMA NAJIS DAN DILARANG MASUK MASJIDIL HARAM....BUKANKAH ITU SATU CONTOH KEPADA HUKUM MASUK MASJID....
1. Nabi hanya melarang orang kafir memasuki Masjidil Haram sahaja.
2. Tentang berhadas besar memasuki Masjid saudara kena la tegur/perbetulkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menfatwakan:- (Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab). Jika saudara berhujah begitu maka Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat satu keputusan yg salah.
3. Jangan fikir orang bukan Islam sahaja berhadas besar orang Islam sndiri sepanjang masa berhadas besar. Cuba saudara lihat perempuan bahkan lelaki Islam yg mewarnakan rambut dengan bahan pewarna yg tidak menghalang air sampai kepada rambut. Apa hukumnya mandi hadas jika air tidak boleh sampai kepada rambut,sudah tentu tidak sah, jika tidak sah sudah tentu sepanjang masa berhada besar.Fikirxlah sebelum berkatax kerana katax itu akan melambangkan jahil atau berilmu seseorang itu. orang yang bodoh/jahil akan terserlah kebodohannya/kajhilannya apabial dia berkatax.

Anonymous said...

blogger pdo jahil dalam isu non muslim masuk masjid/surau ni..sama macam umno yg dilawannya jugak..kedua-dua mereka ni, umno dan blogger pdo jahil dalam hal ni..mereka sangkakan bahawa tak leh masuk masjid/surau walhal non muslim boleh masuk masjid hatta ke dalam dewan solat sekalipun..meh la di bulan ramadhan ni kita mengaji ilmu agama skit utk mengelakkan kita bercakap dalam hal yg kita tidak tahu/jahil..bila dah tahu barulah kita cakap..

Anonymous said...

ayat yg berwarna merah dan ayat yg menghentam PAS oleh blogger pdo menyerlahkan lagi kejahilan mereka..nyatalah blogger pdo yg pkr ni sama macam parti asalnya dulu iaitu umno yg jahil...(dalam isu ni sahaja kot..jgn terbawa isu2 yg lain udah laa..tapi kalau isu kematian di lubuk yu dijadikan rujukan, ternyata blogger pdo mmg jahil sebab tuduh kematian di lubuk yu angkara jin..aqidah yg salah..tempat2 lain yg maksiat banyak, tak plak jin mengamuk ye..)

lai chi kang said...

Sebenarnya dalam kes ini, umno telah menunjukan kelemahan mereka, nampkanya lepas ni ramailah pengundi2 china meninggalkan Barisan Nasional.

Rasulullah s.a.w, melarang orang kafir memasuki Masjid, adalah didalam Masjidil Haram sahaja.

Anonymous said...

PEMIMPIN UMNGOK SEMEMANGNYA BANGSAT DAN PENYOKONG2 UMNGOK RAMAI YANG HARAM JADAH.. WOI HARAM JADAH, TOLONG PERGI KE MASJID NEGARA DAN SAKSIKAN SENDIRI PELANCONG2 ASING MASUK KE DALAM MASJID. BAGI YANG BERPAKAIAN AGAK SEKSI PIHAK MASJID BAGI JUBAH TAPI BAGI YANG BERPAKAIAN YANG TIDAK MENDEDAHKAN AURAT KECUALI RAMBUT DIBOLEHKAN MEMASUKI MASJID TANPA JUBAH DAN SEMUANYA TIDAK MENUTUP KEPALA. JANGAN MAIN ISU LA PUAK2 UMNGOK BANGSAT DAN BUAT PENYOKONG2 UMNGOK, KORANG MEMANG HARAM JADAH DAN BODOHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH..

Anonymous said...

hahaha....maka terserlahla kejahilan Melayu yang namanya Islam....Adab dalam agama,adat dalam bangsa....tu pun takleh beza ke? betul ke si amoi tu bagi tazkirah? bukan ke dia datang untuk bagi sumbangan?...yang kalut sangat ni kenapa? Kafir takleh masuk masjid?...betul ke?..yang takleh masuknya Masjidil Haram la...tu la,suruh ngaji taknak pastu tunjuk pandai tapi sebenarnya bodoh..macam ni la melayu yang perjuang bangsa sampai terlupa pada agama....buat malu je la...suka aku nak cadangkan pada peminat setia ameno...pergi mana2 masjid negeri dalam Malaysia ni dan perhatikan ada tak pelancing asing yang bukan Islam masuk?...aku cadangkan korang duk ramai2 kat situ lepas tu halau orang bukan Islam tu masuk....ada brani??...buat PDO tahniah diucapkan tapi kamu juga disarankan bertanya kepada ulamak @ ustaz sebelum bicara tentang agama..insyaAllah selamat

pdoteam said...

PDO hanya mengulas dari sudut ADAB dan TAT SUSILA masuk ke surau dan masjid. Andai wanita Islam selkali pun diarahkan menutup aurat ketika masuk ke rumah Allah itu, maka sepatutnya YB terbabit menutup aurat. Apa salahnya AJK surau memberi tudung utk dipakai oleh YB itu..susah sangat kahh.. Yng menuduh PDO tak betul itu ialah orgg yang pendek akal.. PDO tidak mempertikaikan dari sudutu agama...siapa pula kata org kafir x boleh masuk masjid...sebab tu PDI letak gambar YB serdang tiu dengan YB Elizabeth Wong... dua rupa yg berbeza..ada fahammm..

Chi Kuang Tai said...

Sultan ni pun satu hal...kalau datang satu cerita yang tak elok...siasatlah dulu..ini tidak...jap..jap..murka..marah. Ingatlah... makan kau rakyat tanggong...kalau rakyat murka pada kau...alamat jadi raja kapooor nanti!!!