
Dalam pada itu, zam juga menyelar PAS dengan menyifatkan kerjasama parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini penuh dengan kepura-puraan dalam mewujudkan kerjasama politik antara pakatan pembangkang. Kononnya, UMNO telah menentang keras pendirian ekstrem PAS itu dan mendedahkan ketaksuban parti itu dalam hal keagamaan seperti kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pernah 'mengkafirkan' ahli-ahli UMNO. Beliau juga menegaskan selepas pendedahan ini, kita jadikan mereka (PAS) lebih beradab dan bersopan. Mengapa sekarang mereka nak menuduh kita (UMNO) perkauman sedangkan kita sudah biasa buat penyesuaian melalui perpaduan Cina, Melayu, India dan kaum lain dengan lebih besar. Justeru, katanya, UMNO bukan baru hari ini percaya kepada konsep liberalisme tetapi bersifat liberal sejak awal penubuhan negara lagi. Mengenai DAP pula, katanya, parti itu yang kononnya mahu mencontohi PAP di Singapura tidak mampu berbuat demikian kerana PAP mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang didapati terlibat dalam salah laku moral. Baginya, PKR pula adalah sebuah parti yang hanya mahukan kuasa dengan kegilaan tersebut berkisar perjuangan seorang individu sahaja.
[Malu rasanya melihat bekas Menteri UMNO seperti si Zam ini. Beliau masih terkinja-kinja untuk mengampu pemimpin UMNO terutamanya Najib Razak bagi membolehkan nyawa politiknya dihidupkan semula. Meracau dan merepek tidak tentu pasal adalah satu strateginya untuk membolehkan pucuk pimpinan UMNO melihat dirinya masih ada keupayaan untuk terus berkuasa. Zam selayaknya dijadikan "tukun tiruan" untuk dihumbankan ke Laut Cina Selatan. Bercakap tanpa melihat "senario semasa" seolah-olah beliau seorang penganalisis yang cukup hebat. Jika beginilah mentaliti puak-puak pencen UMNO, maka selayaknyalah untuk Zam "meracau" agar rakyat dapat melihat tahap "kebodohan" pemimpin sepertinya itu. Cuba mengaitkan PAS ekstrem dan mengaitkan tragedi 13 Mei dengan parti Islam itu merupakan langkah bangang Zam. Beliau bercita-cita besar untuk memporak perandakan pemimpin berbagai kaum dalam Pakatan Rakyat. Namun, Zam lupa bahawa senario hari ini adalah jauh berbeza dengan zaman-zaman yang dinyatakan itu. Seharusnya pemimpin Pakatan Rakyat tidak melayan kenyataan Zam yang sememangnya "merendahkan martabatnya" itu. Biarlah Zam terjun bersama labu-labunya nanti].












7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
"'gerak saraf' Zam sudah tidak diterima pada hari ini..."
perasan... nak dapatkan perhatianlah tu... cara paling senang bodek jer... sebab puak2 ubn memang suka kena gosok...
para pejuang PKR usah pedulikan gangguan dari seekor mamak gila...
ORG SEWEL MCM DIA TUH, JGN AMBIK HATI SGT LAH...DIA DAH LAMA TAK BERCAKAP, BIAR LAH DIA...TAK LAMA LG PERGI TANJUNG RAMBUTAN LAH TU!!
JGN AMIK ATI LAH KENGKAWAN!!!
seperti biasa la....semua org umno akan cakap mcm tu...walaupun mereka sudah tak berkuasa...cuma selagi byk mereka bercakap..semakin terserlah kepincangan dan keburukan umno....teruskan usaha menyokong perubahan...kita perlukan perubahan kearah kebaikan walaupun siapapun yg berusaha kearah itu..kita akan sokong....
mamak maiden tu nak bodek najib mana tahu diberi peluang utk jadi calon lagi pru nanti..
hahahha...ape lagi...ni dah kira fitnah nie...tangkap la bawah isa maidin nie...siasat dakwaan dia betul ke tak...baru la telus...setakat kompang sesape pon boleh...cuba plak siasat musa itam pasal isu memali...x payah cite la pasal 13 mei ke hape? hahaha... ade bran???
zam,admin dengan pengomen disini pon kne sama2 bmuhasabah sempena ramadan ni..
Post a Comment