PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, August 30, 2010

Panas: Pencalonan Di Tolak Kerana Sabotaj, Saksi Mendakwa Calon Ketua Cabang Kuantan Terbabit Wajar Salahkan Diri Sendiri Akibat Kes Tersebut !!

KUANTAN, 30 Ogos - Kemelut Calon Ketua Cabang Kuantan nampaknya semakin panas apabila, Mohd Romagan Md Ron (Megat) yang dikatakan telah ditolak kertas pencalonannya kini telah dipanggil oleh pihak tertentu di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini. Dipercayai ia berikutan raa tidak puas hati dan laporan yang telah dibuat oleh beliau terhadap perkara ini. Krew kami cuba menyiasat kesahihan dakwaan Megat bahawa borang pencalonannya disabotaj oleh pihak-pihak tertentu. Menurut satu sumber dalaman PKR cabang Kuantan, tindakan Megat mengatakan dirinya disabotaj seperti yang dilaporkan dalam blog ini amatlah "melucukan". "Tiada siapa yang mahu mensabotaj Megat. Kertas pencalonannya ditolak akibat kealpaan beliau sendiri yang lewat untuk mendapatkan nama pencadang dan penyokong. Bayangkan, beliau antara calon yang terawal mengambil borang pencalonan tetapi yang paling lambat menghantarnya", kata sumber itu. Beliau juga menegaskan Megat dipercayai gagal mendapatkan calon kerana terlalu "asyik" berkempen mengatakan majoriti ahli Melayu PKR cabang itu menyokongnya. "Saya berusaha mendapatkan pihak yang mahu mencadang dan menyokong beliau, sesudah dihubungi melalui telefon mengatakan beliau bermasalah atas perkara itu. Akhirnya ada pihak yang setuju berkerjasama iaitu Rizal dan Cheong", tambah sumber itu. Masalahnya, ketika itu masa proses pencalonan hampir berakhir dan saya sudah bagi tahu dia supaya datang awal bagi mengelakkan masalah teknikal berlaku kata sumber itu.


Cheong menyemak borang pencalonan Megat, di sebelahnya Rizal (berkupiah)
Apa yang menjadi problem katanya, sikap Megat yang tidak "serius" untuk menyuburkan amalan demokrasi itu sendiri. "Beliau sepatutnya bersedia lebih awal lagi dan bukannya pada masa kecederaan. Maka akhirnya berlaku masalah kepada borang yang sepatutnya dikemukakan sebanyak tiga salinan. Sedangkan Megat hanya ada satu borang sahaja. Inilah yang menimbulkan kekalutan apabila masalah seperti tandatangan asal, gambar calon dan perkara berkaitan dikenal pasti oleh pegawai penyelaras PKR terbabit. Akhirnya borang beliau dipercayai memang tidak lengkap dan tidak wajar diterima. Inila yang berlaku sebenarnya", tambah sumber berkenaan lagi.

[Kami difahamkan kemelut yang berlaku di Kuantan itu bukanlah agenda pihak-pihak tertentu, cuma masalah calon yang gagal mendapatkan nama pencadang dan penyokong hingga ke saat-saat terakhir. Malah dipercayai jumlah "Korum" yang tidak mencukupi untuk jawatan AJK juga disebabkan ramai ahli yang lebih gemar merebut jawatan utama di cabang itu. Apapun, diharapkan agar pihak atasan membuat siasatan yang menyeluruh termasuk memanggil beberapa orang saksi untuk mengetahui cerita sebenar kes yang berlaku terhadap "penolakkan borang calon Megat" tersebut. Cuma nasihat kami, kepada sesiapa yang mahu menjadi calon di masa akan datang diharap dapat bersedia lebih awal dan bukannya "last-last minute" yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Apapun, peluang masih ada dan semua pihak perlu duduk semeja untuk membincangkan hala tuju parti bukan sekadar berebut jawatan semata-mata. Inilah yang paling penting daripada kekuatan peribadi itu].

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

akuletue said...

Alah..mungkin tak de rezki kot nak jadi calon..tak yah lah beriya sangat sbb tak dpt jadi calon..kalau betul niat dia ikhlas untuk berjuang demi rakyat tak dpt jadi calon ketua sepatutnya tidak mematahkan usaha dia untuk berjuang..cuba lagi lain kali..takut2 kalau terlalu beriya sgt nanti org kata PKR dengan UMNO lebih kurang sama je, berebut ke jawatan..

putera said...

akuletue,aku rse ko ni bdoh..berebut jawatan ni mmg la lumrah dlm politik waima umno, pas DAP.tetapi cara yang digunakan tu yang salah.kalu pncalonan digagalkan oleh orang yang tidak mahu pertandingan,perlukah calon itu diam?inikah yang dikatakan politik baru?

Anonymous said...

tak jadi calon pun takpe. berjuang perlu diteruskan...merajuk adalah budaya umno

Anonymous said...

betul tu...kalau niat nak jadi ketua kena hantar borang awal2 dan pastikan ikut semua peraturan...borang calon tak leh hentam seberono...kalau nak tiga salinan...buatla 3 salinan..kalau hantar satu mestila kena tolak...
mungkin tak de pengalaman lagi kut....
Teruskanlah perjuangan saudara dalam parti..semuga di kesempatan akan datang saudara saudara berjaya mendapat percalonan dan menang...insyaAllah....

Anonymous said...

Takdenye la nak sabotaj2...dah salah sendiri nak kata kat orang lak....apapun cuba lagi pemilihan akan datang...baca dulu syarat2 permohonan...jangan kecewa mungkin ini bukan masanya...yang penting tunjukkan bukti perjuangan dengan turun membantu rakyat walaupun tanpa jawatan...kalau setakat nak bertanding baru nampak muka....wal hasil balik asal la namanya

Anonymous said...

perangai perangai umno ni buang ler dr PKR,jgn dah perintah Pahang nanti jd mcm Perak pulak.