Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


August 30, 2010

Panas: Seorang Lagi ADUN Wanita DAP Masuk Ke Dalam Masjid, Soalnya Apakah Puak-Puak UMNO Akan Terus Meracau Melihat Aksi Terbaru YB Ini


KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Panas! Itulah yang boleh diperkatakan terhadap gambar wakil rakyat pembangkang ini. Biar pun isu panas susulan kes Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching berada dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral belum berakhir. Kini satu lagi kejutan berlaku, gara-gara tindakan wakil rakyat DAP. Namun, sekali ini ia agak berbeza dan pastinya memberi tamparan hebat kepada puak-puak UMNO BN sebenarnya. Kini heboh dilaman facebook gambar YB Hannah Yeoh (foto), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya pula masuk ke dalam sebuah masjid di ibu negara. Menurut sumber beliau dipercayai hadir untuk program Iftar Ramadhan disamping menyampaikan sumbaangan derma untuk satu majlis berbuka puasa di Masjid Al-Falah dekat sini. Apa yang menarik, gaya dan penampilan beliau mengalahkan pemimpin wanita UMNO yang kononnya Islam itu sendiri. Dengan mengenakan baju kurung Melayu dan bertudung, YB Hannah dilihat sungguh anggun bergaya untuk bersama rakyat disitu. Jika sebelun ini, YB Teo Nie Ching dipertikaikan kerana masuk ke dalam masjid kemudian berucap di ruang solat utama tanpa menutup aurat. Kini segalanya jauh berbeza sama sekali. Dengan penampilan yang penuh adab dan tatasusila itu, apakah akan ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan orang bukan Islam masuk ke dalam surau-surau dan masjid seperti yang digembar-gemburkan sekarang ini. Malah, penampilan YB Hannah Yeoh dilihat lebih Islamik daripada sebilangan besar pemimpin Wanita UMNO yang kononnya mahu bercakap soal Islam itu sendiri. Kini, terbukti bahawa puak-puak UMNO BN mula "terdiam membisu" tanpa sebarang hujjah lagi untuk mempertikaikan "larangan orang bukan Islam" masuk ke dalam rumah Allah itu. Ternyata lidah mereka kelu tanpa sebarang kata-kata melihat apa yang berlaku ini. Soalnya sekarang, apakah mereka mahu terus meracau dan mahu mempolitikkan isu ini agaknya?


YB Hannah Yeoh sempat bergambar kenangan dengan muslimat yang hadir
[Sesungguhnya apa yang berlaku ini pasti akan membuatkan puak-puak UMNO tidur tak lena. Mereka kononnya ingin memainkan isu ini bagi membuktikan bahawa pemimpin DAP menghina agama Islam. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Malah, pemimin Cina dalam DAP lebih memahami dan menghormati kesucian agama Islam itu sendiri. Melihat aksi YB Hannah ini, terkadang kita merasa sudah tiba masanya perpaduan sesama rakyat Malaysia itu menjadi agenda dan pokok utama Pakatan Rakyat. Perpaduan yang dicanang-canangkan dalam UMNO tidak mungkin akan berlaku kerana mereka lebih berselera untuk menggunakan "bangsa" sebagai alat perpaduan. Walhal, Islam itulah sepatutnya yang paling utama. Inilah yang berlaku, apabila Islam difahami maka orang bukan Islam tiada masalah dengan Islam. Cuma, puak-puak UMNO yang gunakan media mereka untuk menakutkan rakyat sebenarnya].

26 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Kesian daku melihat puak puak umgnok ini kena sawan babi melihat kaum cina mula mendekati masjid mula berjinak dgn islam...

mengapa mereka sawan...nk harap mrk ini berdakwah ala islam duri entah berapa kerat kaum cina india akan dekat pd islam makin jauh adalah dgn propaganda dan momokan sial ala yahudi mereka menakutkan nakut kan kaum cina india..oooooiii barua... mu kaba ko dok kubur kato mari rumoh banglo mu kato gi gi... mu ingat mu blh tongkat langit nk idup mewah sapa kiamat mu ingat mu kebal bilo malaikat mai nk amik nyawa mung

sebenarnya ckp dgn puak puak mung nih tkdok hasil..lbh baik kami dakwah kaum cina india dll utk mendalami islam semakin hari semakin sayang dgn keindahan islam...

mapuh kerah la puak puak mung umgnok.....hati puak puak dok lekit dek clorox or anything else...memang patut puak puak mung minum clorox cuci hati karat ramak nk baca quran dok reti lah mano so clorox maybe can clean ur hat....hahahahaha

Danny said...

saya lagi kesian dengan kamu yang tidak dapat membezakan antara politik dan hukum agama. saya bukan umno lagi-lagi bukan pr atau pas. saya agak risau andai orang islam yang didominasi oleh puak melayu ni semakin jahil tentang hukum hakam islam.

Anonymous said...

bukan apa.kalo bangsa didahulukan agama dimainkan jadi macam ni la.diorang takut kalo yb mendapat hidayah islam tentung diorang malu sebab diorang nama je islam tapi hukum islam pun dimainkan,siap kata doa pada bukan islam tu haram.pakai baju nampak bentuk badan siap bacan quran dalam surau tu apa lak hukum diam.orang melayu beragama islam.apasal diam lak tak kecoh.budak tudung persenda zikir apasal tak nak isukan dalam akhbar pun.sebab diorang melayu ke.ini lah akibat kalo agm dimainkan.dah pti tu makin ilang kepercayaan mulanak min isu perkauman..tolong la muka minda.jngn sampai Allah turunkan bala pada negara ni

Danny said...

saudara, saudara patut be open minded dalam isu ini. saya nampak orang melayu macam saudara ini sama ada penganut pas, umno mahupun pkr macam sama saja, emosional, hilang pertimbangan bila sampai bab seperti ini semua dikategori sebagai politik. sedangkan yang bercakap pasal orang bukan islam haram masuk tempat sembahyang kerana berhadas besar, termasuk wanita muslim yang haid/nifas pun dilarang masuk ke masjid, ialah ustaz-ustaz daripada jabatan agama islam. adakah mereka itu ada kepentingan politik. jangan kerana mereka bukan ahli parti tertentu maka saudara menghukumkan mereka tunduk kepada kehendak parti umno misalnya. mereka juga ada tugas dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. saya seorang mualaf saudara, baru nak memahami islam. tetapi amat kecewa rupanya inilah islam yang kononnya the way of life yang dilaung-laungkan oleh sesetengah penganut partai politik yang majoritinya didominasikan oleh puak melayu. is true you malays a true muslim yang menghayati the teaching of islam as a religion and the way of life, islam yang syumul??? apa yang saya baca daripada pembacaan buku-buku islam karangan cendikiawan barat amat berbeza dengan realiti amalan islam yang dipraktikkan oleh orang melayu islam di malaya ini. i am a chinese sarawakian. muslim di sarawak jauh berbeza perangai mereka berbanding malay muslim di malaya ini. sempana ramadhan yang mulia ini please, buktikan islam itu betul dan saudara silap. terima kasih.

Anonymous said...

Saudaraku danny...subhanallah...sesunggguhnya allah telah membukakan hati kamu utk menerima islam.tahniah dan semoga saudaraku danny dpt mendalami byk lg ilmu islam....

saya nampak saudara danny perlu byk belajar..islam itu bukan milik org melayu bukan milik kaum cina kaum arab kaum india malah islam terbuka utk semua kaum....bukan milik pas bukn milik umno dap ....

Saya sarankn saudara danny dtg berkampung di pondok tok guru pulau melaka kelantan agar saudara dpt menghayati roh islam sebenar bersama rakyat kelantan yg semuanya dahagakan ilmu agama.

MAHA SUCI ALLAH....

Anonymous said...

PDO tolong siarkan dimana lagi ada non muslim masuk masjid/surau.Siar banyak2.
Biar mereka sampai keletihan jadikan isu besar(?).He...he...he...
Nak tengok nak diadu dumba kan dengan siapa lagi pas ni.

Anonymous said...

saudara danny,
jangan masuk perangkap islam PAS atau islam UMNO atau islam PKR..dalami dan hayatilah agama islam sebenar..jauhi unsur-unsur politik yg dicampur gaurkn dgn agama.

Carilah keredhaan Allah dgn sebenar-benarnya..jauhi pondok2 atau mana2 pusat dakwah yg didalangi oleh mereka yg berkepentingan terutama dlm politik...

Subhanallah. Semuga Allah peliharai dan melindungi kamu wahai saudara Danny dari mereka2 yg munafik ini..

Danny said...

saudara, saya tidak mengenepikan hidayah allah. tetapi nampaknya mengapa orang bukan melayu tidak ramai tertarik dengan islam ialah kerana karenah orang melayu. saya membuat orang melayu terlalu banyak perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang saya percaya bukan ajaran islam. islam tidak mengajar umatnya berhasad dengki, berdendam sesama saudara seagama. islam tidak mengajar umatnya bermuka-muka berpura-pura menunjuk baik kepada orang bukan islam kononnya ingin menarik hati orang kafir tetapi pada masa yang sama tidak menjaga ukhuwah sesama islam. telah lama saya perhatikan bagaimana orang islam penganut pas dan orang islam penganut fahaman partai umno tidak pernah sebulu dan menolak silaturahim, menolak perpaduan ummah. sungguh sedih. islam hanya berkembang di kalangan orang melayu dan islam hanya warisan daripada ibubapa dan nenek moyang. saudara, tunjukkan kenyataan saya ini salah...

Danny said...

saudara, saya tidak mengenepikan hidayah allah. tetapi nampaknya mengapa orang bukan melayu tidak ramai tertarik dengan islam ialah kerana karenah orang melayu. saya BERPENDAPAT orang melayu terlalu banyak perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang saya percaya bukan ajaran islam. islam tidak mengajar umatnya berhasad dengki, berdendam sesama saudara seagama. islam tidak mengajar umatnya bermuka-muka berpura-pura menunjuk baik kepada orang bukan islam kononnya ingin menarik hati orang kafir tetapi pada masa yang sama tidak menjaga ukhuwah sesama islam. telah lama saya perhatikan bagaimana orang islam penganut pas dan orang islam penganut fahaman partai umno tidak pernah sebulu dan menolak silaturahim, menolak perpaduan ummah. sungguh sedih. islam hanya berkembang di kalangan orang melayu dan islam hanya warisan daripada ibubapa dan nenek moyang. saudara, tunjukkan kenyataan saya ini salah...

Anonymous said...

wahai puak2 UMNO dan PAS/PKR,

jawablah kemusykilah saudara Danny diatas..

jawablah dgn sejujur dan seikhlasnye..

Anonymous said...

sesungguhnya orng melayu tidak akan bersatu atas nama melayu...tetapi boleh bersatu atas nama islam...jalankan undang2 islam atas muka bumi allah ini maka rahmat allah akan dtg..org melayu akan bersatu.

jemaah bangkit said...

saudara Danny,kemuliaan Islam dilihat melalui ajarannya.jangan dilihat melalui umatnya.ada umat Islam yang x tutup aurat,main judi,minum arak,main pompuan sedangkan perkara ini ditegah oleh Allah.
macamana melayu nak bersatu sedangkan ada yang buat perkara keji yang dilarang Islam.mana mungkin bersatu untuk membenarkan satu golongan lagi buat benda x elok

beri lesen kasino,beri lesen arak,pernah beri lesen judi bola tapi tarik balik bila dibantah orang ramai.

saudara beruntung diberikan hidayah.saudara sendiri bukan melayu.dulu pernah seorang mufti mengeluarkan kenyataan tentang orang melayu murtad atau keluar dari islam.bapa saudara nabi muhammad sendiri abu jahal dan abu talib mati sebagai seorang kafir.sama juga abu talib.hidayah hak Allah dan kepada sesiapa boleh diberikan hidayah olehNya.

jemaah bangkit said...

abu talib,abu jahal dan abu lahab bapa saudara nabi tapi mati bukan dalam Islam.saudara beruntung kerana dapat hidayah.usah persoalkan mengapa pas tak boleh bersatu dengan umno.cuba saudara lihat depan mata sendiri apa yang umno buat tapi tak mengikut ajaran islam,maka ketika itu saudara akan faham mengapa pas menentang umno.
saudara perlu lebih banyak mendalami ajaran islam.

jemaah bangkit said...

pemimpin umno bising bukan islam tak pakai tudung tapi isteri-isteri mereka tak pakai tudung dan menutup aurat.
danny boleh tengok sendiri.dalam islam wajib menutup aurat.
semalam yang lepas isu guru paksa pelajar wanita islam menutup aurat di sekolah.nak tahu apa jawapan TPM yang juga menteri pelajaran.
jawapan muhyiddin yasin dalam akhbar star.student not forced to wear headscarf.kata-katanya ini yang menunjukkan kecetekan ilmu agamanya.dia cakap force should not be applied in matters involving religion.tiada paksaan dalam agama itu merujuk kepada tiada paksaan bagi orang bukan islam memeluk agama Islam.Bagi umat Islam tanggungjawab ibu-bapa memastikan anak mereka solat,menutup aurat bagi wanita yang telah baligh.
elok utusan malaysia siarkan kenyataan penuh muhyiddin yang disiarkan dalam the star muka 2.tarikhnya 29 ogos.TPM patut rasa malu dan letak jawatan.krew PDO boleh perangatkan isu ni biar puak umno ni paham

Anonymous said...

jawab la berpandukan ISLAM sebenarnya...jgn jawab berpandukan politik... politik ini menghancurkan segala2nya yang baik dalam ISLAM... sebab zaman politik sekarang terlalu KOTOR>.. semua sama saja... masing2 nak menangkan parti bukan nak menangkan ajaran ISLAM... harap saudara danny dpt bertanyakan atau belajar dari para ulama yg benar2 menghayati ISLAM...bukan ulama dalam politik... wallahualam

Anonymous said...

Salam untuk semua...

Mula2 untuk saudara danny yg 'mendakwa'dirinya cina sarawak yg baru masuk islam...kalu betul anda seorang yg baru masuk islam..saya ucapkan tahniah dan harap saudara mendapat hidayah dari Allah...cuma pesanan saya berhati2 dalam menganalisis peristiwa semasa. Sebelum anda berasa keciwa dan mahu menuduh org melayu itu sama je 'giler' atau 'sama sahaja sebab politik' saya harap anda perlu berhati2..

Seperti contoh isu "bukan islam masuk masjid" seharusnya saudara kena membaca dan memahami ( jika anda belum mampu menghayati) hujah2 dari pihak 'ulamak' pkr dan juga 'ulamak' BN. Selepas itu saudara kena timbangkan pendapat luar atau paling senang bandingkan dengan Al quran dan hadis...so saudara akan dapat jawapan sendiri..jgn terpengaruh dengan agenda politik soal2 hukum hakam islam...Sesungguhnya hukum Allah itu mengatasi perlembagaan negara..

Kes ini dibangkitkan atas dasar politik. Yg memasuki dewan itu org politik dan yg melaporkan perkara itu org politik dan disiarkan dalam akhbar politik.
Bila sebut pasal politik saudara kena faham 'ada udang di sebalik batu'
so, tidak tepat dan jgn buat andaian yg org melayu itu memang berhasad dengki atau sebagainya...kerana disisi Allah tidak ada org melayu,cina,arab,hindu dsbnya...semua manusia adalah sama dan yg membezanya adalah 'iman' dia...jika kita senang-senang menuduh org lain...percayala..org lain boleh menuduh kita dengan lebih dahsyat lagi....jgn membezakan manusia dengan kaum atau politik...kerana perkauman dan politik itu bukan kunci syurga....kecuali kepada mereka yg beriman kepada Allah...

Mengenai perpaduan melayu antara BN dan PAS...perpaduan untuk sebab politik tak ada guna...sebab politik itu ada agenda tertentu...
kenapa tak sebut sahaja perpaduan umat islam atau perpaduan jalan Allah...
Yg mencetuskan idea untuk bersatu antara BN dan Pas ini ada lah puak BN...byk persoalan tentang ini..saya bukan ahli mana2 parti politik...samada BN atau PKR atau PAs...dan saya adalah terkecuali dari penyatuan ini.Jika itu yg dimaksudkan penyatuan melayu.....persoalan saya..kenapa sekarang mahu di ajak pas bersatu?..kenapa tidak 2 tahun lepas?..tidak 4 tahun dulu?tidak 10 tahun atau 20 tahun dulu?..ok..jika sekarang timbul kesedaran untuk bersatu untuk melayu...kenapa hanya pas?...macamne dengan PKR/DAP/PRM dan sebagainya sebab ahli Parti itu ada juga melayu yg perlu disatukan...mcmne plak bagi diri saya yg tidak menjadi ahli pada mana2 parti politik?..lepas tu kenapa plak Pas menolak?..apa plak hujah pas?..sahih ke tak...sebab itu saya berpesan kepada saudara...jangan rosakkan akidah kita dengan politik...dan jika anda mampu membezakan sesuatu yg salah atau yg betul dalam ajaran islam (bukan budaya kaum) maka anda ingin mmenyokong perjuangan itu...teruskanla usaha anda..nasihat terakhir saya..sebagai saudara baru jgn cepat terjebak dalam politik.....dalami usaha menhayati islam dengan para ulama atau ustaz yg anda tahu boleh membimbing anda..semoga anda beroleh hidayah Allah....amin...

Anonymous said...

Salam untuk semua...

Mula2 untuk saudara danny yg 'mendakwa'dirinya cina sarawak yg baru masuk islam...kalu betul anda seorang yg baru masuk islam..saya ucapkan tahniah dan harap saudara mendapat hidayah dari Allah...cuma pesanan saya berhati2 dalam menganalisis peristiwa semasa. Sebelum anda berasa keciwa dan mahu menuduh org melayu itu sama je 'giler' atau 'sama sahaja sebab politik' saya harap anda perlu berhati2..

Seperti contoh isu "bukan islam masuk masjid" seharusnya saudara kena membaca dan memahami ( jika anda belum mampu menghayati) hujah2 dari pihak 'ulamak' pkr dan juga 'ulamak' BN. Selepas itu saudara kena timbangkan pendapat luar atau paling senang bandingkan dengan Al quran dan hadis...so saudara akan dapat jawapan sendiri..jgn terpengaruh dengan agenda politik soal2 hukum hakam islam...Sesungguhnya hukum Allah itu mengatasi perlembagaan negara..

Kes ini dibangkitkan atas dasar politik. Yg memasuki dewan itu org politik dan yg melaporkan perkara itu org politik dan disiarkan dalam akhbar politik.
Bila sebut pasal politik saudara kena faham 'ada udang di sebalik batu'
so, tidak tepat dan jgn buat andaian yg org melayu itu memang berhasad dengki atau sebagainya...kerana disisi Allah tidak ada org melayu,cina,arab,hindu dsbnya...semua manusia adalah sama dan yg membezanya adalah 'iman' dia...jika kita senang-senang menuduh org lain...percayala..org lain boleh menuduh kita dengan lebih dahsyat lagi....jgn membezakan manusia dengan kaum atau politik...kerana perkauman dan politik itu bukan kunci syurga....kecuali kepada mereka yg beriman kepada Allah...

Mengenai perpaduan melayu antara BN dan PAS...perpaduan untuk sebab politik tak ada guna...sebab politik itu ada agenda tertentu...
kenapa tak sebut sahaja perpaduan umat islam atau perpaduan jalan Allah...
Yg mencetuskan idea untuk bersatu antara BN dan Pas ini ada lah puak BN...byk persoalan tentang ini..saya bukan ahli mana2 parti politik...samada BN atau PKR atau PAs...dan saya adalah terkecuali dari penyatuan ini.Jika itu yg dimaksudkan penyatuan melayu.....persoalan saya..kenapa sekarang mahu di ajak pas bersatu?..kenapa tidak 2 tahun lepas?..tidak 4 tahun dulu?tidak 10 tahun atau 20 tahun dulu?..ok..jika sekarang timbul kesedaran untuk bersatu untuk melayu...kenapa hanya pas?...macamne dengan PKR/DAP/PRM dan sebagainya sebab ahli Parti itu ada juga melayu yg perlu disatukan...mcmne plak bagi diri saya yg tidak menjadi ahli pada mana2 parti politik?..lepas tu kenapa plak Pas menolak?..apa plak hujah pas?..sahih ke tak...sebab itu saya berpesan kepada saudara...jangan rosakkan akidah kita dengan politik...dan jika anda mampu membezakan sesuatu yg salah atau yg betul dalam ajaran islam (bukan budaya kaum) maka anda ingin mmenyokong perjuangan itu...teruskanla usaha anda..nasihat terakhir saya..sebagai saudara baru jgn cepat terjebak dalam politik.....dalami usaha menhayati islam dengan para ulama atau ustaz yg anda tahu boleh membimbing anda..semoga anda beroleh hidayah Allah....amin...

Anonymous said...

TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM BERMAKSUD

KITA TIDAK BOLEH MEMAKSA ORANG BUKAN ISLAM MEMELUK UGAMA ISLAM.

TAPI BILA TELAH MEMELUK UGAMA ISLAM, WAJIB DIPAKSA SUPAYA MENGIKUT HUKUM HUKUM ISLAM.

CONTOH NYA DALAM MEMAKAI TUDUNG. RAMBUT ITU BAGI WANITA ADALAH AURAT.

TPM TAK FAHAM. KENA BELAJAR LAGI. JANGAN PAKAI CAKAP AJE.

Anonymous said...

Islam itu agama,Melayu itu bangsa....macamana sekalipun takkan sama...umpama minyak dengan air...kalau Melayu mahu Islam ambil sepenuhnya...kalua main sekerat2 lebih baik tak payah...Islam tetap Islam...hukum tetap hukum...

Anonymous said...

INI LAH MUSLIHAT YAHUDI DAN KAFIR KAFIR HARBI.

MEREKA BOLEH BUAT MACAM2 SAMPAI MELAYU ISLAM YANG JUMUD INI MEMPERCAYAI PUAK INI,

MELAYU / ISLAM JUMUD INI LEBIH PERCAYAI PUAK KAFIR HARBI INI DARI SAUDARA SEISLAM,

Anonymous said...

Saudara Danny,

Saudara jgn berkecil hati dan jangan menjauhkan diri dari maha suci Allah kerana komen2 diatas yg kebanyakannya dipenuhi dgn unsur2 dan dakyah politik..teruskan usaha mulia saudara utk mencari kebenaran dan islam adalah jawapannya. Saya ingin berkata sekali lagi jauhilah mereka2 yg kononnye memperjuangkan islam tapi hati nurani dan jiwa mereka ini telah dikotori oleh kepentingan politik. Jangan sekali-kali ambil mereka sbg rujukan. Spt saudara pernah berkata mereka bukan mempraktikkan islam sebenar yg didapati didlm kitab suci al-quran dan hadis2 serta sunnah nabi...jangan dekati mereka dan jauhi mereka2 ini mulai sekarang...keluar dari forum ini saudara Danny..mereka ini boleh mengelirukan saudara..Saya mohon kpd Allah S.W.T agar saudara Danny akan sentiasa dilindungiNYA dan dipelihara dgn kesucian agama ISLAM sebenar....amin.

Anonymous said...

Comelnya YB Hannah, YB ni single lagi ke PDO..

Anonymous said...

KAFIR HARBI YANG DEKAT DENGAN ISLAM TU LAGI BAIK DARI NAMANYA ISLAM,AGAMANYA ISLAM TAPI SETAKAT DALAM IC....ISLAM TU HAK ALLAH DAN JANJI ALLAH TU BUKAN MACAM JANJI UMNO,JANJI PKR MAHUPUN PAS....

Anonymous said...

KALAU SETAKAT ISLAM DALAM IC TU MEMANG RAMAI.

MELAYU TU BANGSA ISLAM TU UGAMA.
ISLAM ITU ADALAH MILIK SEMUA BANGSA.

UMNO TIDAK AJAR ORANG MELAYU BERDIKARI.


UMNO AJAR ORANG MELAYU...... KALAU TAK ADA UMNO MELAYU AKAN MATI.

APA PENDAPAT ANDA SEMUA?

Anonymous said...

Dulu-Dulu memang Umno ajar - Tanpa UMNO Melayu mati...sampai terbit lagu 'anak kecil main api' tapi sekarang dah terbalik...tanpa Melayu UMNO akan mati....Tanpa Melayu UMNO tak de kuasa..tak ada projek....tapi tak kan hilang melayu di dunia tanpa UMNO....tak kan melayu murtad tidak menyokong UMNO....

Anonymous said...

SALAM

AKU NAK TANYA

WANITA ISLAM KALAU NAK AKAD NIKAH DIWAKTU DATANG HAID TAK DIBENARKAN PIJAK MASJID

TETAPI PUAK KUFFAR NI TAK PERNAH MANDI WAJIB DAN BERSUCI PULA DIBENARKAN PIJAK MASJID

BOLEH KE??????

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]