INDERA MAHKOTA, 28 Ogos - Seperti yang dijangka pertembungan sengit "Ketua Cabang" akhirnya berlaku di Cabang Indera Mahkota seperti yang diramalkan. Ketua Cabang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail bakal dicabar oleh Setiausaha Perhubungan PKR Pahang iaitu Razali Alias. Proses penamaan calon bagi pemilihan pimpinan cabang itu dibuat di Pejabat PKR cabang itu di Jalan Air Putih Kuantan hari ini. Razali yang kini bekerja sebagai Pengurus Operasi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) juga merupakan Setiausaha Ranting Indera Mahkota 2 dekat sini. Pertembungan antara kedua-dua pemimpin ini memang sudah kami jangka sejak awal-awal lagi. Apapun, kedua-duanya pemimpin itu mempunyai peluang besar untuk menang.[Bagi pencalonan untuk Cabang Indera Mahkota juga berlaku pertembungan antara Kamaruzaman Md Yunus dengan Ibrahim Sidek bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang. Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua Cabang pula, pertembungan tiga penjuru antara Kasfian, Ravi dan Chin Cheong. Manakala itu difahamkan bagi perebutan jawatan Ketua AMK Cabang Indera Mahkota pula, Saudara Ahmad Sani Abd Ghani dijangka menang tanpa bertanding jawatan itu].












4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
BERTANDING DENGAN PENUH KEJUJURAN
KALAU KALAH ITU BIASA.ADAT.
JANGAN PULAK BILA KALAH BUBAR CAWANGAN, BERAMAI-RAMAI MASUK UMNO.
ORANG MACAM TU PATUT DISULA AJE.
SELEPAS HABIS BERTANDING DUDUK SEMEJA BINCANG MACAM MANA NAK RAMPAS MALAYSIA DARI BN DALAM PRU 13.
PERKUATKAN JENTERA PKR.
PRU DAH DEKAT NI.
BERTANDING DENGAN PENUH KEJUJURAN
KALAU KALAH ITU BIASA.ADAT.
JANGAN PULAK BILA KALAH BUBAR CAWANGAN, BERAMAI-RAMAI MASUK UMNO.
ORANG MACAM TU PATUT DISULA AJE.
SELEPAS HABIS BERTANDING DUDUK SEMEJA BINCANG MACAM MANA NAK RAMPAS MALAYSIA DARI BN DALAM PRU 13.
PERKUATKAN JENTERA PKR.
PRU DAH DEKAT NI.
adat bertanding yg menanag satu amanah yg wajib dilaksanakan bagi yg kalah perlu berlapang dada tugas belum selesai hulur idea nyatakan saya tetap bersama pkr.
kau org tengok la, pasti salah seorg ni akan keluar parti...
Post a Comment