PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, September 27, 2010

Edisi Pahang: Penduduk Di Aspa Cottege Terkilan, Talian 'Hotline 24' Jam Tidak Berjawab Serta JBA Lambat Uruskan Masalah Bekalan Air Terputus !!

KUANTAN, 27 Sept [12.40 pm] - Para penduduk taman perumahan Aspa Cottage dekat sini kecewa dan terkilan dengan sikap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang lambat untuk menyelesaikan masalah bekalan air terputus di kawasan mereka. Difahamkan, bekalan air di kawasan terbabit hingga ke Cherating telah mengalami gangguan lebih 24 jam iaitu sejak jam 11.00 pagi semalam. Menurut seorang penduduk, beliau amat kecewa kerana JBA gagal mengambil tindakan dengan kadar segera untuk mengatasi masalah tersebut. Tambahan pula, semalam ramai penduduk yang mengadakan majlis kenduri kendara sama ada jamuan hari raya atau pun majlis perkahwinan. Akibat masalah tersebut, majlis menjadi kucar kacir dan banyak masalah lain yang timbul. "Saya telah menghubungi talian hotline JBA sejak semalam lagi. Langsung tiada jawapan. Baru pagi ni ada response dan tindakan diambil untuk cari kebocoran. Jika ini keadaannya, macam mana Kerajaan Negeri Pahang mahu supply air ke Selangor?. Kalau di Pahang sendiri pun JBA tidak cekap uruskan air. Mereka maklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan baru sekejap tadi dijalankan, mungkin sampai malam baru selesai. Teruklah ada hotline, tapi tak berjawab-jawab. Kata operasi dari jam 8 pagi hingga 11 malam tiap-tiap hari seperti yang tertulis pada bil", tambahnya.

[Apa yang berlaku ini sungguh mengharukan sebenarnya. Apalah guna "Talian Hotline 24 Jam JBA", jika tiada jawapan selepas didail berpuluh-puluh kali oleh pengguna?. Apakah semua kakitangan mereka bercuti pada hari minggu?. Bayangkan jika kejadian ini menimpa mereka sendiri?. Bukankah ia sungguh menyiksakan, terpaksa mengadakan kenduri kendara dalam keadaaan ketiadaan air. Sememangnya, jika inilah cara kerja JBA Pahang maka Kerajaan Negeri tidak layak untuk menjual air ke Selangor. Banyak masalah air di negeri ini yang masih belum dapat ditangani dengan sebaik mungkin, terutamanya di kawasan tanah rancangan Felda. Soalnya, kenapa "anak dirumah dibiarkan mati kelapan, sedangkan kera dihutan disusukan"?. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat sebenarnya. Itu belum termasuk lagi dengan isu maklumat "misteri" yang tertera pada bil air seperti "Jumlah Patut Di Bayar" dan "Subsidi Kerajaan Negeri". Ramai yang mengeluh, kerana terpaksa membayar harga yang tinggi selepas mendapat subsidi daripada Kerajaan Negeri. Masalah air adalah isu panas yang bakal menyebabkan rakyat menolak UMNO BN di negeri Pahang dalam PRU-13].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

taubat2 said...

Try tukar pemerintah Bro...

Anonymous said...

Lau tukar kerajaan pun sama gak masalahnye sbb org politik cuma nak jawatan, kuasa, betina dsbnya , yang jadi mangsa ialah rakyat mcm kite ni. Ingat sabda nabi, ciri2 org munafik ape dia. Aku komen ni sebab aku pun org Phg.Undilah islam dan sayangi ALLAH dan RasulNya, lagi baik.

Anonymous said...

aku sokong anon 5.29pm