PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, September 27, 2010

Edisi Sukan: Bola Piala Malaysia, Pasukan Pahang Mencatat Kemenangan 5-2 Ke Atas Kuala Lumpur!

KUALA LUMPUR, 27 Sept [9.38 am] - Walaupun terpaksa menjadikan Stadium Bola sepak Kuala Lumpur sebagai tuan rumah selepas masalah menimpa lampu limpah di Stadium Darul Makmur Kuantan baru-baru ini, ternyata ia tidak menjadi masalah besar buat Pahang mencatatkan kemenangan bergaya 5-2 ke atas Kuala Lumpur dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia, malam tadi. Gol Pahang dijaringkan oleh Mohd. Fazli Baharuddin pada minit ke-29, Azammuddin Mohd. Akil minit ke-45, R.Karthigesu minit ke-63, Mohd. Saiful Nizam Miswan minit ke-70 dan Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-84. Manakala dua gol Kuala Lumpur diperolehi melalui pemain Mohd. Badrul Hisham Azmi pada minit ke-65 dan minit ke-67 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri.

[Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Pahang atas kemenangan bergaya itu. Sekurang-kurangnya, kemenangan itu berjaya memberi harapan baru kepada industri bolasepak di negeri ini yang dilihat semakin merudum mutakhir ini. Malah, ia juga sebagai pengubat hati peminat-peminat yang kecewa akibat pembatalan perlawanan di Stadium Darul Makmur Kuantan baru-baru ini. Pahang kini selesa berada di tangga teratas kumpulan dan diharapkan kemenangan ini juga akan menarik balik sokongan peminat terhadap bolasepak di negeri Pahang ini. Senario semasa menyaksikan, peminat semakin tawar hati untuk memberi sokongan kepada pasukan Pahang selepas permainan hambar sejak beberapa musim yang lalu].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

bola sepak malaysia ni x takkan berubah selagi golongan maksum memerintah negeri fam ni, lawan palestin pun belum tentu menang. Sy dah lama boikot bola sepak kita ni. last tgk bola masa fuzeimi ibrahim jadi jrulatih. LITTLE PUTIN..

Anonymous said...

btl kata kau kwn, bolasepak malaysia ni mcm team kampong kat jepun je, sebab 2 la pasukan bolasepak jepun, korea tak nak datng malaysia kerana mutu bolesepak malaysia macam taik. Elok je main batu pelir lagi bagus.

Anonymous said...

gampang...pelir muu laaa