PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, September 26, 2010

Ibrahim Ali Tiada Tempat Lagi Di Kelantan, Katak Lompat Itu Bakal Dibenamkan Dalam Pilihanraya Umum Akan Datang Kata Setiausaha Akhbar MB !!

KUANTAN, 26 Sept [12.18 pm] - "Saya bertaubat nasuha kerana jadi orang yang perkenalkan Ibrahim Ali sebagai calon Parlimen Pasir Mas ketika Pilihanraya Umum ke-12 lalu", kata Ahmad Fadhli Shaari (foto), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam ceramahnya di Markas PAS Taman Guru Kuantan malam tadi. Beliau turut menegaskan bahawa Ibrahim Ali memanglah satu-satunya wakil rakyat "katak lompat" yang tiada tolok bandingannya. "PAS terpaksa mencalonkan nama beliau berdasarkan senario politik semasa ketika itu. Tok Guru seboleh-bolehnya ingin mempertahankan pemerintahan Islam di Kelantan. Kita sangka Ibrahim Ali sudah insaf dan akan kembali ke pangkal jalan. Rupa-rupanya, Ibrahim bukanlah orangnya. Malah, selepas kemenangan di Pasir Mas beliau secara lantang mengutuk kepimpinan Tok Guru Nik Aziz", tambah beliau lagi. PAS katanya tidak akan memberi ruang lagi kepada orang seperti Ibrahim Ali. "Saya dengar beliau akan melakukan kejutan besar dalam pilihanraya umum akan datang. Apa yang mahu dikejutkan agaknya. Apakah kejutan kerana menjadi calon bebas atau apa agaknya?", katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa Ibrahim Ali sengaja membuat Majlis Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di Stesyen Keretapi Pasir Mas semalam kerana tahu orang ramai lalu lalang di kawasan itu. "Kita membenarkan beliau menggunakan Stadium Mini Pasir Mas untuk membawa mantan PM Mahathir Mohamad dalam programnya itu. Namun, Ibrahim menolak dan sengaja mahu mengadakannya di Stesyen Keretapi. Beliau takut, orang tidak ramai hadir ke stadium yang akan memalukan Mahathir nanti. Maka, di stesyen keretapi itu memang kita ketahui ramai orang lalu lalang dan berurusan di kawasan terbabit. Lantaran itulah beliau membuat majlis berkenaan di lokasi itu", tambahnya lagi. Sementara itu, Fadhli turut mendedahkan cubaan UMNO untuk memalukan dan menjatukan maruah Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS. Bermula dengan kes penipuan perasmian perlepasan perlumbaan basikal Le' Tour De Langkawi awal tahun lalu, kemudian penipuan perasmian Fiesta Kelantan dan terbaru berkenaan cek RM4 billion pula. Semua ini adalah niat jahat mereka untuk mencemarkan nama baik Tok Guru Nik Aziz sebenarnya. "UMNO tidak mahu insaf-insaf, sedangkan sudah banyak petunjuk yang diberikan atas penipuan yang mereka lakukan", katanya.


Mantan PM Mahathir Mohamad diiringi Presiden Perkasa Ibrahim Ali
pada
majlis Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di Pasir Mas semalam

Beliau berkata, isu RM4 billion sengaja diada-adakan untuk memalukan Tok Guru. "Syarikat terbabit sebenarnya baru berbincang dengan Tok Guru berkenaan projek pembangunan bernilai lebih RM300 bilion di pantai Tumpat. Mereka belum menghantar proposal yang perlu dibawa kepeada Unit Perancangan Ekonomi Negeru (UPEN) untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum diluluskan. Namun, syarikat berkenaan berkenan untuk memberi ganjaran RM4 billion kepada kerajaan negeri. Sebelum hari raya lalu, mereka mengadakan majlis dan mengundang adik Tok Guru untuk hadir. Tiba-tiba beliau dipanggil ke pentas kononnya untuk menerima hamper dan sebagainya. Tiba-tiba mereka memberika replika cek bernilai RM4 billion, untuk diambil gambar dan dihebahkan di dalam media arus perdana kononnya terdapat unsur rasuah dalan hal berkenaan", katanya. Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan, pimpinan PAS sedikit pun tidak tergugat dengan isu tersebut sebenarnya.

[Ceramah yang diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Kuantan itu telah berjaya mendapat sambutan menggalakan, biarpun bahang hari raya Aidil Fitri masih terasa. Turut menyampaikan ceramah malam tadi ialah Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS Pahang) dan dipengerusikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim. Turut diadakan ialah Kempen Mengumpul Tanda Tangan Sokongan Protes Saman Ekor. Pakatan Rakyat di Pahang semakin kukuh, cuma sepatutnya Parti Keadila Rakyat (PKR) lebih bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada PAS dalam setiap aktiviti yang diadakan. PKR perlu berubah dengan menyediakan lebih ramai pemimpin yang berkebolehan untuk naik ke pentas ceramah daripada sebelum ini. Jangan hanya mengharapkan orang yang sama untuk memberikan ceramah-ceramah, kerana ia tidak mencukupi untuk keperluan seluruh rakyat di Pahang. Adalah lebih elok, Angkatan Muda Keadilan PKR berusaha melatih seberapa ramai pemimpin muda untuk membantu PAS menggerakkan aktiviti ceramah mereka. Pakatan Rakyat perlu benar-benar bersatu dalam semua gerak kerja. Jangan hanya mengharapkan sebelah pihak sahaja].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

mi-phg said...

sifat org munafik..1/bila bercakap dia bohong 2/diberi amanah dia khianat 3/bila berjanji dia munkir 4/berlebihan dlm perdebatan...

Anonymous said...

DiKelantan,Ibrahim Ali hanya jadi bahan lawak kedai kopi.

Anonymous said...

Ibrahim Ali jadi bahan lawak ke tidak itu hal dia,tapi sekarang nampak nya Ibrahim Ali lebih berani dari yg lain-lain dalam memperjuangkan apa yg di rasanya betul.Orang lain anggap salah itu,dia tak kesah.

Yang istimewanya makhluk yg bernama Ibrahim Ali ni boleh servive dimana-mana dan pada bila-bila masa pun.Walau di gelar katak ,namun tetiba saja beliau di terima melompat d mana-mana.Kemudian dia melompat lagi,tapi servive juga.Otak Ibrahim Ali ni geliga dalam mencari kesempatan,kalau tidak masakan Pas pun terperangkap.

Kutukan,cacian adalah perkara remeh bagi Ibrahim Ali.Mungkin hari ini belaiu di ketawakan dan mungkin juga stu hari nanti beliau di anggap pemebela bangsa Melayu yg konsisten.Tapi sayang nya bagi saya,belaiu sedikit pun tidak memeprjuangkan pembenterasan rasuah dan salah guna kuasa yg menyebabkan Melayu kehilangan kuasa.