PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, September 27, 2010

Jenayah: Benarkah Kematian Sarina Tiada Kaitan Dengan Kes Bunuh Datuk Sosilawati, Apakah Kini Ada Satu Lagi Misteri Yang Perlu Di Bongkarkan !!

Misteri kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang belum terjawab itu dipanaskan lagi dengan kematian rakan karib arwah iaitu Sarina Jaafar (foto). Beliau ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam. Sarina adalah pengasas Kosmetik Aveer. Mengikut laporan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan tekanan, malah kematian Sosilawati juga dikatakan mengganggu perasaan ahli perniagaan terbabit. Sementara itu, Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pula mengesahkan kematian pengasas produk kecantikan Aveer itu tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain. "Mangsa ada masalah kesihatan, keluarga dan perniagaan...kematiannnya tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Sosilawati," katanya. Persoalannya yang sedang bermain difikiran rakyat sekarang, apakah benar kematian Sarina tiada kaitan dengan kes pembunuhan Sosilawati?. Malah mereka juga tertanya-tanya kenapa pihak polis begitu cepat mengklasifikasikan kes kematiannya sebagai "kematian mengejut atau bunuh diri"?. Walhal, umum mengetahui beliau adalah sahabat karib Sosilawati. Bukankah ini menimbulkan misteri yang sukar untuk diterjemahkan. Seandainya Sarina itu bukan sahabat Sosilawati, mungkin kita boleh menerima kenyataan bahawa kematian itu adalah kematian mengejut. Namun, Sarina adalah orang Islam dan sudah pastilah dia tahu hukum akibat membunuh diri. Makanya, munasabahkan beliau menggantung dirinya hanya kerana tekanan kematian Datuk Sosilawati.

Persaingan Perniagaan Jadi Punca Pembunuhan?

"Sarina seperti diberitahu oleh anaknya pernah meluahkan rasa sedihnya dengan pembunuhan Dato Sosilawati tetapi rasa sedih yang diluahkan bukanlah satu hujah yang kuat untuk dia membunuh diri. Rasa sedih itu juga mungkin kerana dia tahu sesuatu yang tidak diketahui oleh umum dan mungkin juga menerima ugutan yang menyebabkan kehidupannya tidak tenteram, itulah mungkin bentuk rasa sedih Sarina yang menyebabkan dia membunuh diri. Atau mungkin juga Sarina Jaafar tidak membunuh diri tetapi dibunuh untuk menghalang sesuatu skandal atau apa jua sebab kematian Dato Sosilawati terbongkar. Sarina kemudian dibuat untuk kelihatan seperti membunuh diri, namun apa jua yang sebenarnya berlaku, penulis yakin polis mengetahuinya", demikianlah menurut laporan yang dibuat dalam beberapa buah laman blog. Soalnya sekarang, mengapa pula mati tergantung Sarina ini dikatakan sebagai bunuh diri?. Bukankah Sarina ada kaitan dengan juga kaitan pembunuhan Datuk Sosilawati dari segi maklumat. Jika benar begitu, pihak polis wajar "membuka semula" kes Sarina ini sebagai kes bunuh diri sebab kematiannya ada kaitan dengan sosilawati dibunuh. Alasan bukan bunuh diri lebih kuat dari dia membunuh diri. Rakyat pastinya tidak yakin bahawa Sarina membunuh diri atau sebaliknya. Datuk Seri Mohd Bakri Zinin juga pernah berkata sebelum ini bahawa motif pembunuhan juga disebabkan hal berkaitan kewangan yang mungkin berkaitan masalah persaingan, hutang atau mungkin juga melibatkan perjanjian-perjanjian tertentu dalam perniagaan. Apakah kes ini berlaku akibat persaingan mengembangkan empayar kosmetik agaknya?. Memandangkan kedua-dua individu itu ada menjalankan perniagaan yang sama!. Tidak mungkin suspek melakukan tanpa arahan sesiapa, tambahan pula suspek bukanlah menjalankan perniagaan kosmetik seperti Sarina dan Sosilawati itu sebenarnya.

Pesanan SMS Terakhir Sosilawati Perlu Di Siasat

Sesuatu yang lebih misteri dan bukan ada kaitan dengan Sarina Jaafar perlulah disiasat oleh pihak polis sebenarnya. Tambahan pula difahamkan Datuk Sosilawati ada menghantar pesanan mesej kepada anaknya Erni Dekritawati Yuliana Buhari, supaya tidak membenarkan seorang kenalan terdekatnya memasuki rumah beliau di Gombak. "Jangan bagi kawan mak masuk rumah" itulah antara lain bunyi pesanan tersebut. Malah, Sosilawati juga sempat menghantar mesej kepada anaknya bahawa dia percaya gambar-gambarnya diambil secara curi atas motif-motif tertentu. "Jangan percaya gambar-gambar mak" itulah pesanannya. Soalnya sekarang, siapakah yang berada dalam gambar tersebut dan siapakah yang dihalang masuk ke dalam rumahnya itu. Malah, kemungkinan besar rakan karibnya itu adalah Sarina Jaafar yang memperkenalkan Sosilawati dengan suspek utam (Peguam bergelar Datuk) itu. Makanya, mungkin benar telahan ramai pihak bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada kematian misteri Sarina itu. Apakah beliau benar-benar membunuh diri atau pun dibunuh sebelum mayatnya digantung agar dia kelihatan seperti membunuh diri. Tambah mengejutkan kita, tanah yang dibeli dan mahu dijual oleh Sosilawati itu lokasinya adalah di Pulau Pinang iaitu negeri tempat Sarina tinggal dan dijumpai mati. Apakah ada rahsia besar yang terselindung di sebalik kes ini agaknya. Apakah benar Sarina tertekan atau gusar namanya akan dikaitkan sebagai "mastermind" terhadap pembunuhan Sosilawati. Berdasarkan kepada perkataan "jangan benarkan kawan mak masuk ke rumah", kemungkinan besar individu yang dimaksudkan itu ialah Serina agaknya.

[Pihak polis wajar menyiasat sama ada Sarina mempunyai hubungan rapat dengan suspek utama kes pembunuhan sahabat karibnya itu. Mungkin dek kerana takut rahsia terbongkar akhirnya beliau dikorbankan atau terpaksa membunuh diri kerana takut berhadapan dengan segala kemungkinan apabila kes ini dibawa ke mahkamah nanti. Mungkin suspek utama akan mendedahkan siapakah yang memperkenalkan dia dengan Sosilawati dan tanah yang dibeli di Pulau Pinang itu melalui siapa dan sebagainya. Pihak polis wajar membuka semula kes kematian Sosilawati ini sama dengan kes pembunuhan misteri beberapa individu lain yang dilakukan oleh suspek utama sebelum ini. Jika tidak, sudah pasti ianya akan menimbulkan kemusykilan yang berpanjangan terhadap kes misteri ini. Rakyat mahu tahu, siapakah "master mind" dalam kes pembunuhan Sosilawati. Apakah suspek utama atau ada individu lain yang terlibat. Semua ini haruslah diselesaikan dengan sebaik mungkin, bukan sekadar mengklasifikasikan kematian Sarina Jaafar yang merupakan sahabat karib Sosilawati dengan kematian mengejut atau bunuh diri. Apapun, semoga kes sebegini menjadi ikhtibar kepada semua agar ianya tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang hendaknya. Apapun, tahniah kita ucapkan kepada pihak polis yang berjaya membongkarkan kes ini dengan begitu cepat sekali, biarpun dalam keadaan yang sepatutnya begitu sukar].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

tak payahla kita pandai2 buat andaian sendiri... biarla polis siasat..pdo kalau nak jadi polis tunjuk dulu sijil2 yang layak...

Anonymous said...

kalau budak pdo ni jadik polis....kena sergah penjenayah jer dah menangis, kena jerit bini jer terus buang kes...porrrahh!