PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, September 29, 2010

Mahkamah: Kes Penipuan Soal Bayaran Tanaman Semula, Peneroka Menang Lagi Isu Saman Felda !!

KUANTAN, 29 Sept [1.43 pm] - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka. Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai. Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri. Peneroka terbabit diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

[Inilah takdirnya, apa cara sekali pun yang mahu dibuat oleh Felda kini sudah tidak dapat ditutup lagi. Ternyata Felda menekan para peneroka atas wang tanam semula yang dipotong setiap bulan daripada keringat mereka sendiri. Terbukti Felda tergamak mencekik leher peneroka dengan wang RM17,000 kononnya duit tanam semula. Tapi bila diminta oleh peneroka yang tanam sendiri, mereka memberi berbagai alasan yang tidak munasabah dan masuk dek akal. Kini mereka tidak dapat lari lagi dari tanggungjawab tersebut. Penat lelah peneroka perlu dibayar, Felda bukan "Ah Long" yang memeras ugut peneroka supaya terus tunduk kepada mereka. Kini peneroka sudah bijak untuk menilai sesuatu isu tersebut. Tiada sebab untuk memaksa peneroka menyaman Felda jika tidak ada dokumen yang sah. Menteri Ahmad Maslan ternyata "meracau" kononnya ada orang memujuk peneroka menyaman Felda, walhal peneroka sendiri yang terpanggil untuk mempertahankan hak mereka].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Dulu bila org bagtau FELDA nak bankrap, semua peneroka melayu marah kata FELDA bagus, tolong rakyat tp sedarkah selama ini FELDA dah banyak hisap darah melayu. Mrk berani buat kat orang melayu je sebab orang melayu ni pemaaf, baik hati dan mudah kena tipu. Melayu mudah lupa kata Matahir Kutty hehehe

Anonymous said...

Peneroka Felda Sg. Koyan 1, tak nak ambil tindakan ker.. tak kan senyap jer..lagi dah lama kene tipu.

Anonymous said...

Kalau yang sikit pun dah tipu,yang juta2 susah nak percaya tak ada apa2.hihihi...felda oh felda!

Anonymous said...

aik mcm mane tak boleh dapatnya..ayah aku koyan buat sdn dapat jer..berkat duit tu sekarang dah pun berhasil sawit tu..wpon pembangkang tp hubungan dgn felda kene betol la..bapak aku wpon pembangkang style lain..dengan pengurusan felda kena tip top..ni idak lalu sebelah manager/staff felda pandang ke lain,senyum pun idak..bukan nak kate la tp tu la realitinya..nak mcm2 kita ni..wpon mcm2 hal felda skrg ni,terima kasih byk2 kami 10 beradik berjaya semua..hok atas felda tu pun fikir2 la ngapa peneroka n generasi 2 ni dah bersuara..