PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, September 30, 2010

Mahkamah Persekutusan Akan Umum Keputusan Rayuan Anwar Memperolehi Kenyataan Saksi Kes Liwat Termasuk Saiful Sendiri Di Dengar 8 Okt Ini

PUTRAJAYA, 30 Sept [4.00 pm] - Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan kenyataan saksi termasuk saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 8 Oktober ini. Peguam S.N.Nair, yang mewakili ketua pembangkang itu, berkata beliau dimaklumkan mengenai tarikh keputusan itu oleh timbalan pendaftar Mahkamah Persektuan, Jumirah Marjuki, hari ini. Pada 19 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan, menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan dari peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Anwar mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun lalu dan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei lalu menolak permohonan beliau untuk memberikannya dokumen-dokumen tersebut. Anwar mahukan semua kenyataan kerana beliau mendakwa bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan Saiful yang diperoleh semasa perbicaraan, dan pertuduhan liwat untuk menganiaya beliau (Anwar), yang boleh membawa kepada kemungkinan kredibiliti Saiful di cabar. Anwar mendakwa bahawa saksi utama itu, Saiful telah memberikan keterangan bahawa dakwaan liwat itu berlaku tanpa persetujuannya, tetapi Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, persetubuhan dengan persetujuan. Anwar didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondomonium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada petang, 26 Jun 2008 yang lalu.

[Rakyat masih menaruh kepercayaan supaya adanya hakim-hakim yang bertanggungjawab dalam mengendalikan kes Anwar ini. Jika pun beliau bersalah, kenapa pihak pendakwaraya perlu takut untuk dia mendapatkan salinan keterangan saksi termasuk si Saiful sendiri agaknya. Bukankah dalam mana-mana perbicaraa tertuduh ada hak untuk mendapatkan dokumen tersebut bagi tujuan pembelaan. Kenapa mahu dijalankan satu perbicaraan yang jelas berat sebelah seperti ini?. Jika ini keadaannya, kita takut nanti rakyat akan percaya bahawa dalam kes ini Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa konspirasi dan bukannya Saiful Bukhari Azlan yang menjadi mangsa. Ini kerana mereka hairan kenapa Anwar dihalang mendapatkan segala salinan dokumen terbabit. Bukankah mereka masih ada salinan asal untuk digunakan sekiranya salinan pada Anwar dipinda oleh peguamnya. Apakah ini bermakna pihak pendakwaraya sendiri yang mahu meminda-minda fakta pada dokumen tersebut bagi diselaraskan dengan skrip yang telah dirancang itu agaknya?. Lantaran itulah mereka terlalu takut jika pada Anwar ada salinan dokumen berkenaan. Ia akan menyukarkan tugas untuk meminda fakta tersebut agaknya].

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Chee Kuan Tai said...

Kejap kena paksa...kejap sukarela...mana satu ni...kalau kat luar negara...buang kes punya!!!!kat sini jadi kes besar...gila punya hakim...lagi satu...ingat senang ke nak jengok bontot orang...bontot lembu pun susah nak tengok...dia sorok dengan ekor...tak pecaya???balik nanti cuba selak ekor lembu tu....anda akan dapat 5 bintang...cubalah...kah...kah...kah..