PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, September 27, 2010

Isu Kekecohan Ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, PKR Kenal Pasti Dalang Disebalik Insiden Yang Berlaku Di Klang, Kapar Dan Kuala Langat !!

PETALING JAYA, 27 Sept [3.15 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kekecohan yang berlaku di tiga cabang yang mengadakan pemilihan pada Ahad didalangi pihak luar yang bukan ahli parti. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution (foto) berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu-individu berkenaan yang sengaja mencetuskan kekecohan di cabang Klang, Kapar dan Kuala Langat semata-mata mahu memberi gambaran negatif kepada parti. "Kekecohan yang berlaku di ketiga-tiga cabang berkenaan menggunakan modus operandi yang sama iaitu dia ambil kotak undi, pecahkan dan tabur kertas-kertas undi itu dalam hujan... kemudian dia terusberedar," katanya pada sidang media Ibu Pejabat PKR di sini. Sehubungan itu Saifuddin memberitahu, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu tangguhkan proses di tiga cabang terbabit. Selain itu empat lagi pemilihan peringkat cabang yang turut ditangguhkan ialah Petaling Jaya Selatan, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus kerana mempunyai masalah tadbir dan teknikal, jelas beliau. "Tujuh daripada 166 cabang di seluruh negara yang sudah sempurnakan mesyuarat agung mereka ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak," tambahnya lagi.

[Soalnya sekarang, benarkah memang ada dalang yang bertanggungjawab terhadap insiden ini. Atau pun memang ada ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tergamak bertindak diluar kawalan apabila melihat calon pilihan mereka bakal tertewas dalam pemilihan yang akan dijalankan. Semua ini harus disiasat dengan sebaik mungkin, kerana memang ada maklumat yang didengar bahawa ada sesetengah pemimpin menggunakan khidmat kumpulan samseng untuk memastikan mereka "kekuatan" ada dipihak mereka. Kes ini banyak berlaku di mana-mana dan pemimpin terbabit dikatakan sanggup membayar khdimat kumpulan terbabit demi menjaga keselamatan diri mereka sekiranya berlaku kekecohan. Akhirnya, dengan kumpulan ini juga mereka terpaksa melakukan penipuan bagi memastikan mereka menang dan imej tidak tercalar seandainya dikalahkan oleh calon lain. Kes ini banyak terjadi kepada pemimpin yang memang sudah mempunyai jawatan di peringkat negeri mahupun pusat. Perkara ini adalah serius dan perlu diambil tindakan sewajarnya dengan segera!].

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

al-brangi said...

salam,

mohon dilinkkan ke bloglist tuan/puan atau tukar ke url baru seperti berikut>

http://al-brangionline.blogspot.com kerana blog lama al-brangi kena serang malware.

terima kasih banyak2.

Anonymous said...

Ntahlah PKR ni.... cakap nak bantu rakyat tp perangai mcm UMNO gak. Aku rasa sume org politik sama, bosan tengok telatah org politik ni. Tak yah cakap la.. jgn undi je PKR ni. Aku dah bosan, dulu aku ni penyokong kuat DSAI tp sekarang ni aku dah rasa loya dan meluat. Tak boleh bawa berbincang ke, lau nk bela rakyat, bukan ni caranye, lu pikir la sendiri.

Anonymous said...

Ntahlah PKR ni.... cakap nak bantu rakyat tp perangai mcm UMNO gak. Aku rasa sume org politik sama, bosan tengok telatah org politik ni. Tak yah cakap la.. jgn undi je PKR ni. Aku dah bosan, dulu aku ni penyokong kuat DSAI tp sekarang ni aku dah rasa loya dan meluat. Tak boleh bawa berbincang ke, lau nk bela rakyat, bukan ni caranye, lu pikir la sendiri.

musang said...

UMNGOK-PKR,PKR-UMNGOK,UMNGOK-PKR,PKR-UMNGOK,UMNGOK-PKR,PKR-UMNGOK,UMNGOK-PKR,PKR-UMNGOK, UMNGOK-PKR,PKR-UMNGOK, UMNGOK-PKR,PKR-UMNGOK, UMNGOK-PKR,PKR-UMNGOK, UMNGOK-PKR,PKR-UMNGOK-PKR,PKR-UMNGOK,dua-dua sama bahlol rebut kuasa nak kaya cepat bangsat punya parti....

Anonymous said...

aku dari dulu lagi tak caya dengan puak2 PKR ini, kalau dah ahlinya bekas orang UMNO, MIC senang cite bekas puak BN , macam mana pun depa ini mesti ikut perangai puas2 tu, Aku lagi bosan dengan DASI.. aku sokong pun pasal PKR dalam Pakatan Rakyat itu aja. Lebih baik sokong DAP dari sokong PKR. Biarpun DAP ramai puak Cina tapi depa tu tak lah perangai macam puak2 PKR..... ( Ustaz Roy)

Anonymous said...

dah agak dah... kalau apa2 terjadi pasti akan ditujukan pada bn - umno sebagai punca... entahla masih di zaman jahiliah pemikiran semua ni

Anonymous said...

Dah tu nak buat camne lgi?Depa tu masuk PKR (sebahagian kecil? sebahagian besar? tapi tentu tak semua lah) kerana nak jawatan selepas kecewa dalam UMNO.

Pucuk pimpinan kena rajin2 skit selidik sejarah politik calon2 bertanding dan yang tawarkan diri.PRU nanti,kalau puak2 ni yang bertanding dan menang,(dalam keadaan tertentu)tak mustahil katak2 akan muncul lagi dimana ada hujan (emas). (sejarah hitam Perak2009 berulang lagi).

Yang pikul beban nya,parti dan pejuang2 sebenar,lebih teruk lagi...RAKYAT!

Anonymous said...

maaf ye!!! penulis yang menulis pada jam 8.43(27/09/2010)cuma lah hang berpandangan sikit- aku bukan nak salahkan puak2 UMNO tapi hang tengok ahli-ahli PAS atau DAP ada tak macam puak2 PKR pada setiap kali pemilihan pucuk kepimpinan.Buat kaji selidik bila dan kenapa PKR ditubuhkan,ahli parti mana yg hancurkan kerajaan perak?

Anonymous said...

betul Anon 12:00 AM. Pas dan DAP tak pun kecoh macam puak2 ni. sebabnya ahli PKR ni bekas ahli UMNO. UMNO dan PKR 2x5 saja.

Anonymous said...

BUAT SEMUA PENYOKONG DAN AHLI PKR YANG DAH MELUAT PADA PKR DAN UMNGOK, MAI LAH MASUK PARTI PAS KERANA HANYA PAS YANG BENAR2 TEGUH DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN ISLAM DI MALAYSIA DAN HANYA PAS SAHAJA YANG BOLEH MENUMBANGKAN UMNGOK SATU HARI NANTI, TAKBIR!!!

Anonymous said...

pas jelas mengekploit islam, bukan sebenarnya menegakkan islam, pkr jelas parti samseng kaki kencing..tapi kenape nak salahkan umno, sudahlah tu..kata dulang paku serpih, sokong orang bontot sendiri rebeh....kah kah kah