Kekocahan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) terus berlaku, biar pun pucuk pimpinan parti mangarahkan supaya semua pihak menghormati keputusan yang telah dibuat. Seolah-olah wujud perpecahan yang tidak disengajakan kini berlaku dalam parti itu. Terbaru, MATC Merbok di Kedah turut dicemari dengan insiden tidak diingin. Menurut laporan, terdapat "aksi samseng dan ganas" berlaku apabila perwakilan cabang itu cuba menyerang, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ADUN Bukit Selambau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu S.Manikumar (foto). Kekecohan yang berlaku menyebabkan ADUN terbabit terpakda membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda petang semalam. Difahamkan terdapat "unsur-unsur penyelewengan" dalam mesyuarat yang diadakan di sebuah dewan di Bedong itu. Susulan daripada ini menyebabkan Pengawas Pemilihan terpaksa menghentikannya. Keputusan tersebut menyebabkan ada dikalangan perwakilan yang tidak berpuas hati dan bertindak ganas menyerang dan mengugut Manikumar. Selain daripada MATC Merbok, turut ditanggugkan di Kedah ialah MATC Jerai. Pemilihan bagi jawatan ketua cabang Merbok menarik perhatian apabila ketuanya Abdul Rashid Din menarik diri dan ahli majlis pimpinan pusat Saiful Izham Ramli merupakan calon tunggal bagi jawatan itu. Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua pula, Manikumar yang memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri berdepan dengan Naib Ketua Cabang, Mukhtar Ismail.
[Nampaknya, kekecohan terus melanda biar pun setelah beberapa kali diingatkan agar MATC dan pemilihan dibuat secara adik beradik. Soalnya, kenapa masih ada perwakilan dan ahli yang terbawa-bawa budaya UMNO ke dalam PKR. Sememangnya kita tahu, majoriti ahli PKR adalah berasal dari acuan UMNO itu sendiri, namun mereka perlulah melakukan perubahan dan mengawal perilaku masing-masing agar tidak dipandang jelek oleh rakyat. Jika beginilah amalan yang berlaku dalam pemilihan PKR, maka adalah lebih elok tidak diadakan pemilihan terus. Biarkan pucuk pimpinan negeri menentukan siapakah yang paling layak untuk memikul amanah sebagai Ketua Cabang di negeri masing-masing. Sudah pasti tidak akan timbul kekecohan dan amalan berpuak-puak seperti yang berlaku sekarang. Bukankah amalan melantik calon pilihan ini berlaku terhadap semua Pengerusi Negeri sebelum ini. Maka itu, adalah lebih elok cuba pula dipraktikkan di peringkat cabang pula selepas ini. Apapun, kita mengharapkan tidak berlakunya kekecohan yang lebih besar dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti November ini. Lakukan perubahan dengan ikhlas bukan hanya sekadar dengan kata-kata sahaja!].

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Bila berubah kem,maka ubahlah juga zahir dan batin nya,biar semakin baik walau pun tidak alim. Jangan nanti rakyat kata 2x5 saja...orang politik!...macam mana nak jawab?
Pokoknya,bagi yang muslim dan tidak muslim,hayati lah sepenuhnya agama masing.Jangan ikut perangai kem2 lama...(masing2 dah tahu sendiri).
Kalau tidak,takut nanti PR=BN atau jadi lebih teruk dari BN.(minta dijauh kan Allah).Kem lama pun kata tiada beza dengan aku!Baka aku...
Rakyat sedang memerhati.
pdo punya komen memang bongok
ingat, mungkin ada musang berbulu ayam dalam parti.
saya tak kejar nama
saya tak kejar pangkat
saya tak kejar kuasa
saya tak kejar harta
saya berjuang kerana agama
saya berjuang kerana rakyat
saya berjuang kerana negara...
sekali baru diuji dengan pemilihan kecil macam ni, dah nampak belang, telunjuk lurus kelingking berkait. masih belum serik-serik.
klu ketua pun jenis main pintu belakang, apa kurang ngan ahli2nya..
pisang dlm setandan mesti ada yg buruknya, ha inilah parti dr jenis pisang yg buruk tu..apa nak ckp lg
bagai ketam mengajar anaknya berjln lurus..hahahaha
Wak Din
Selagi ada PKR selagi tuh lah ada sifat2 BN lama.. Bn baru dah bebas daripada mereka.. terima kasih kepada PKR kerana sanggup mengambil diorang sebagai ahli..
Condivido pienamente il suo punto di vista. Ottima idea, condivido.
E 'vero! Ritengo che questa sia un'ottima idea.
Inilah parti yang adil dan bebas sebabas babasnya......
paku dulang paku serpih,
mengata orang,dia yang lebih.
Post a Comment