
Berita panas dan paling mengejutkan diterima lewat malam tadi, apabila
Calon Timbalan Presiden PKR dan selaku
Naib Presiden PKR,
Mustaffa Kamil Ayub (foto) tewas dalam pemilihan
Ketua Cabang Pasir Salak dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) cabang itu. Ini adalah satu keputusan yang sungguh diluar jangkaan sebenarnya. Tambahan pula, Mustafa dilihat sebagi calon popular untuk memenangi jawatan itu di cabangnya. Apa sudah terjadi sebenarnya?. Beliau tewas 17 undi kepada lawannya
Osman Abd Rahman yang juga merupakan bekas ketua cabang itu sebelum ini. Difahamkan Mustaffa hanya mendapat
94 undi, sementara lawannya itu mendapat
111 undi. Keputusan tersebut sedikit sebanyak akan mencalarkan nama Mustaffa, kerana beliau kini sudah layak untuk bertanding jawatan
Timbalan Presiden selepas berjaya mendapat
13 pencalonan daripada 100 cabang yang sudah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dari seluruh negara. Apapun, Mustaffa dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan kekalahannya itu dan akan membuat bantahan dalam masa terdekat. Ini kerana beliau mempercayai terdapat unsur
"politik wang" dalam pemilihan tersebut. Malah, terdapat juga dakwaan yang ada konspirasi untuk menjatuhkan karier politik beliau di Perak dan peringkat pusat. Lantaran itulah beliau tewas mengejut dalam pemilihan itu. Samada dakwaan itu benar dan berasas, hanya pucuk pimpinan tertinggi PKR yang dapat mengesahkan dan mengambil tindakan atas perkara ini. Sebelum ini, senario yang sama berlaku di
Cabang Indera Mahkota, apabila calon yang tewas iaitu
Razali Alias mempertikaikan kemenangan yang diperolehi oleh
Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), kerana dipercayai juga terdapat unsur politik wang, samseng, penipuan, pengundi hantu dan sebagainya.
[Soalnya sekarang, jika bantahan yang dibuat oleh Mustaffa Kamil Ayub di Pasir Salak itu diterima, maka sudah pastilah bantahan yang dibuat di cabang lain juga perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan tertinggi parti. Laporan mengatakan, gejala "politik wang" yang selama ini sinonim dengan budaya UMNO ternyata kini sudah menular ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Terdapat maklumat, gejala itu disuburkan oleh beberapa kerat pemimpin UMNO yang baru sahaja menyertai PKR selepas Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. Jika senario ini berterusan, sudah pastilah ia akan merosakkan parti dan mengecewakan rakyat. PKR sepatutnya membenteras perkara ini kerana jika dibiarkan ia akan terus bernanah dan akhirnya menjadi semakin parah. Rakyat menerima PKR kerana bagi mereka parti itu lebih baik dari UMNO. Namun, jika fenomenanya tetap sama dengan UMNO, kita bimbang akhirnya rakyat akan menghukum PKR dalam pilihanraya umum akan datang kelak].
5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
jika betulah politik wang dlm PKR wujud seperti yang didakwa buat apalah kita nak hairan kerana purata ahli2 PKR dari kalangan bekas-bekas orang UMNO.
inilah manusia yang tak ada pegangan ugama,halal haram sapu semua,tak tahu hukum hakam ISLAM,PEGI MATI LA orang jenis ni dr segi kehidupan atau politik mereka.
Yang kalah.. memang la tuduh macam2.. tunggu lah keputusan siasatan. Aku org pasir salak pun xde dengor deme dapat duit... PEGI MATI LA org yang fitnah org tanpa bukti...
pas juga yang istiqamah dari dulu..
dap lebh baik dari pkr - dan pas lebih baik dari dap - pkr ini sepihan umno nahasa mudah parti kroni anak beranak
Post a Comment