PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, September 28, 2010

Pilihanraya Kecil DUN Galas: SPR Bakal Mulakan Mesyuarat Khas Bagi Umumkan Tarikh Penamaan Calon Dan Pengundiaan Selewat-Lewatnya 6 Okt !!

PETALING JAYA, 28 Sept [11.12 am] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan selewat-lewatnya 6 Oktober depan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata, pilihan raya kecil DUN berkenaan akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima, 47, pada Isnin. "Pilihan raya kecil bagi DUN berkenaan perlu diadakan kerana tempoh 'edah' sebelum berakhirnya penggal pilihan raya belum sampai. "Memandangkan sekarang berlakunya kekosongan bagi kerusi berkenaan, maka pilihan raya kecil mesti diadakan. "Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan hanya jika sesuatu kekosongan itu berlaku selepas Mei 2011," katanya. Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, SPR perlu menunggu notis kekosongan daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasiruddin Daud. Sementara itu Polis Kelantan suda bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya SPR menetapkan kekosongan kerusi DUN Galas perlu diadakan dalam masa terdekat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakannya dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar. "Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman dan selamat," katanya.

[Pilihanraya kecil DUN Galas dijangka akan menjadi antara yang terbaik, kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri faham akan situasi di situ. Tambahan pula, jika BN menang sekali pun di kerusi itu mereka tidak akan mengubah keputusan di peringkat negeri. Apapun, kita amatlah berharap agar Pakatan Rakyat dapat menggandakan usaha agar dapat mempertahankan kerusi DUN itu dengan undi majoriti yang lebih besar daripada pilihanraya umum lalu. Tambahan pula DUN Galas berada dalam kawasan parlimen Gua Musang yang secara tradisinya menjadi kubu kuat UMNO BN sejak sekian lama. Apakah Ku Li akan berjuang untuk membantu PAS kali ini memandangkan beliau juga kecewa dengan keputusan Petronas engkar terhadap perjanjian minyaknya dengan Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini].

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Kalau DUN Galas disahkan ada pilihanraya kecil... pasti SPR akan bersikap adil kononnya mereka adalah badan bebas bukan baruah UMNO Baru. INI kerana jika calon BN menang tidak memberi apa-apa kesan kepada kerajaan negeri.

Undi pos boleh buang dalam longkang.....

Anonymous said...

Bersemangat nampak SPR nak adakan PRK.

Walau apa pun,mendong hujan emas dah mula nak berarak ke Galas pulak dah.

Rezeki orang Galas laa tu.

Selamat mengundi.Pilih yang lebih baih dari yang baik2.

Anonymous said...

nasihat khas buat tukang kempen bn di prk galas : kali ni di galas kalau org kampung mintak tolong, jgn pedulikan; kalau anak mereka minta biasiswa kerajaan jgn diberi; sekat anak anak mereka daripada bekerja di sektor kerajaan, jgn bagi anak mereka masuk universiti kerajaan, biar runtuh titi dan jambatan kampong jgn dipedulikan, biar berlopak lubang jalan mereka, jangan bagi beras, jangan bagi kain pelikat, jangan buang masa buang duit memberi kepada mereka yg buta hati dan tidak menghargai pemberian....cukuplah tu, ajar mereka kali ni!

Anonymous said...

setuju, setuju...
anak suruh masuk sekolah kerajaan bn, sempurna katanya, sambung belajar di ipta bn,menjamin katanya, dahtu menyembah mintak kerja dgn kerajaan, terjamin katanya, mintak bantuan macam macam sampai wakil rakyat bn darah tinggi, prihatin katanya,sakit sakit hospital kerajaan dicarinya,....hujung hujung pangkah pembangkang....adakah golongan sebegini lebih mulia daripada anjing?

Anonymous said...

Aku rasa tak perlu la SPR mesyuarat, bagi je kat calon BN menang.Lagi pun SPR tak ada peranan pun, mcm2 dia dah buat. Perjalanan undi pun tak telus, apakah kakitangan SPR ni tak takut ke bila berhadapan dgn ALLAH di akhirat nanti?. Hari ni kau org ada kuasa, boleh la cakap.. tunggu la kat akhirat, semua rakyat akan dakwa pegawai SPR.

Anonymous said...

SPR pulak disalahnyer....mental block!