KOTA BHARU 29 Sept [3.11 pm] - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat (foto) hari ini mengajak anggota UMNO sertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu. Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut. "UMNO tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS," katanya di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan agar UMNO tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi. Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain elakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu.
[Apapun, sudah pasti puak-puak UMNO akan melenting dengan cadangan Tok Guru Nik Aziz ini. Mereka seboleh-bolehnya mahu ahli PAS yang masuk UMNO, kononnya untuk peyatuan Melayu. Persoalannya, apakah semua ini akan menjadi realiti sedangkan dalam masa yang sama masih banyak lagi perkara yang perlu diperbetulkan dalam UMNO itu sendiri. Tambahan pula perjuangan mereka hanya berlandaskan kepada bangsa semata-mata. Sedangkan PAS berjuang atas nama Islam. Makanya, tidak mungkin PAS perlu bersama UMNO melainkan UMNO yang bersama PAS kerana Islam itu yang lebih utama daripada untuk bangsa sebenarnya].












4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Saya hurmati TG sebagia seorang ulamak,tapi bila berhubung soal politik,saya terpaksa komen ikut pandangan poltik dan secara tidak memihak.Dlam hal ini,kedua-dua pihak kena buat perjajian,mana-mana kerusi satu pihak bila kosong satu pihak lagi tidak usah bertanding ,baru betul.Kalau bila tiba kerusi Pas,Umno tak usah tanding,tapi bila kerusi Umno,Pas bertanding juga itu tak adil namanya.Saya pun setuju kalau Umno tak tanding kerusi ni,jadi tk membazir tenaga dan wang ringgit.Bila bertanding nanti,macam-mcam cerita timbul, yg betul ada fitnah pun ada semuanya dapat dosa tak tentu hala.
Tapi sudah tentu Umno akan bertanding,mana nak biar begitu saja,inilah masanya Najib nak test market,kemana orang Melayu bepihak,dia nak tahu juga.Tugas di sini nanti tentu Najib serah pada Mahyuddin,sebab Mahyuddin lebih konsisten mengenai perjuangan hak Melayu,Najib tak leh jalan sebab 1Malaysia Najib 2X5 PR.
Bagi aku,hak Melayu kena pertahankan,yg nak kena baiki pasal rasuah dan salah guna kuasa saja,kronisma,nepotisma itu semua kena benteras,tak kira dalam Umno,dalam Pas atau pun dalam PKR.Orang Melayu kena perbetulkan ini,baru boleh jadi.Kalau kita nak lepaskan kepentingan Melayu,biar parti mana pun aku tolak,sorry brothers.
Amerika pun issu kulit putih ,kulit hitam sampai sekarang pun masih ada,lagi pun orang putih Amerika dah jauh maju,patut benar dia beri lalun kepada orang kulit hitam.Kita kat Malaysia ni ,kita jauh ketinggalan,kalau nak lepas je gitu tak ke Universiti lah anak cucu nanti.Mana boleh.
soal kulit atau bangsa adil dengan islam...sokong masuk PAS
Nak cari yang sempurna 10o% mungkin tak akan jumpa.Lihat lah dasar mana yang lebih baik,lebih hampir kepada tuntutan Islam sebenar.
Macam nak pilih imam solat,kalau tiada yang bacaan Fatihah nya betul,maka kena juga pilih yang mana lebih betul dari kalangan yang ada, (solat tetap kena solat juga) baru sah solatnya,dalam pada itu masing2 kena terus belajar perbetulkan.
Adalah LEBIH SELAMAT berada dalam jemaah yang dasar nya (kerana tidak ada lagi yang sempurna 100%) 'lebih bertepatan dengan tuntutan Islam' dari yang 'sebahagian bertepatan dengan tuntutan Islam'.
Adalah silap kalau kita terima atau tolak satu2 jemaah hanya kerana pemimpin!
Yes, u are right man, TAKBIR!!!
Post a Comment