PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, September 27, 2010

Al-Fatihah: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima Meninggal Dunia Di Kampung Baru Medical Center 4.35 Petang Tadi !!

KUALA LUMPUR 27 Sept [5.45pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima (foto) disahkan meninggal dunia pada pukul 4.35 petang di Hospital Pakar Al-Islam di Kampung Baru di sini hari ini. Beliau sebelum ini dilaporkan mengidap kanser usus. Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa ke Gua Musang, Kelantan untuk dikebumikan. Che Hashim dimasukkan ke hospital terbabit sejak lima hari yang lalu. Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan. Beberapa pemimpin tertinggi PAS turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar. Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk berdarah. Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, China. Julai lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.

[Pahang Daily Online mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman serta mendapat keberkatan dariNya. Soalnya sekarang, mampukah PAS mempertahankan kerusi DUN itu sekiranya Pilihanraya Kecil diadakan dalam masa terdekat ini. Harus diingat, DUN tersebut terletak dalam kubu kuat BN yang dikuasai oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Parlimen Gua Musang). Apakah rakyat akan membuat perubahan besar dalam pilihanraya kali ini. Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat Suruhanjaya Pilihanraya].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

AL-FATIHAH buat Yg Berhormat Che Hashim Adun Galas, mugo rohnya ditempatkan bersama para solihin. Jasa mu pada rakyat tetap dikenang. Pada keluarga arwah banyak bersabar atas ujian Allah SWT.

Anonymous said...

Takziah buat keluarga Allahyarham. sama-sam kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.

Anonymous said...

Takziah buat keluarga Allahyarham. sama-sam kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.

otaklunyai said...

Khabarnya lebih 3000 orang menyempurkakan Solat Jenazah untuk beliau..
SUBHANALLAH... Didunia lagi Allah telah menunjukkan tanda-tanda kemuliaan dan kesejahteraan yang akan dikurniakan kepada allahyarham.. semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas beliau... inilah keberkatan dan kemuliaan yang di berikan oleh Allah kepada mereka yang IKHLAS berjuang bersama-sama Jemaah yang betul, untuk mendaulatkan Hukum Allah di dalam sistem kehidupan keseluruhannya. Marilah kita mengambil iktibar dari kemuliaan dan darjat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada beliau dan marilah kita bermuhasabah, apakah telah cukup usaha dan sokongan kita untuk bersama-sama menyokong Jemaah yang jelas berjuang berlandaskan Syariat Islam. Atau kita hanya sekadar selesa berada ditakuk lama yang mana telah jelas pilihan kita selama 53 tahun ini adalah pilihan yang sesat. Bukti dan hujah kebenaran berada didepan mata. Apakah kita masih teguh mempertahankan kesesatan itu. Tepuk dada tanya Iman. Hanya Allah Yang Maha Kuasa untuk memberi petunjuk dan hidayahNya kepada mereka yang di pilih. Berdoalah semoga kita tidak termasuk kedalam golongan mereka yang tidak diberi oleh Allah Hidyah dan Taufik untuk berubah kepada sesuatu yang telah terbukti kebenarannya. Dalam ertikata lain tidak mendapat Petunjuk Allah gara-gara kejahilan dan kedegilan kita sendiri. Wallahualam. TAKBIR!!!

AL-FATEHAH...

Anonymous said...

AL-FATIHAH, buat Allahyarham YB. dan Takziah buat keluarga beliau. Moga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati....