
Kami sungguh terkejut melihat tindakan Pemuda UMNO yang bertindak membakar akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Satu tindakan "bodoh dan biadap" akibat rasa tidak puas hati itu yang dikatakan berpunca daripada artikel "Mahligai Kandang Kambing" yang dilaporkan akhbar itu bertarikh 8 Oktober lalu. Laporan mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, Maran dikatakan menyebabkan Pemuda UMNO cawangan itu "melenting dan tidak keruan". Sebelum ini, kami pernah mengkritik dan mempertikaikan peranan salah seorang wartawan Sinar Harian Maran yang dikenali sebagai "Liza" yang banyak menyiarkan artikel yang "berat sebelah". Terguran kami berasaskan, beliau tidak layak menjadi wartawan Sinar kerana dalam masa yang sama terlibat sebagai "orang kuat" Puteri UMNO Bahagian Maran. Teguran tersebut dipanjangkan kepada pihak atasan dan difahamkan beliau sudah mengundur diri bagi menyambung pelajarannya. Sangkaan kami, Sinar Harian Maran banyak berpihak kepada UMNO dalam penyiaran beritanya. Kini, sudah terbalik apabila timbul isu di Kampung Ulu Luit itu. Pemuda UMNO cawangan terbabit pula menuduh Sinar Harian "tali barut PKR". Soalnya sekarang, benarkah Sinar Harian itu tali barut parti-parti tertentu?. Atau memang ia neutral.
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Lebih Rasional
Kami juga amat tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri, Abu Jimi Samat (foto) selepas itu. Antara lain katanya ahli Pemuda UMNO di seluruh negeri dinasihatkan agar sentiasa bertindak rasional dalam segala tindakan yang diambil dan menggunakan alternatif perbincangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. "Tindakan demonstrasi dan membakar barangan adalah tindakan terakhir yang boleh diambil Pemuda sekiranya perbincangan yang dilakukan tidak dapat menemui jalan penyelesaian", katanya. Menurutnya, perkara yang timbul di kawasan berkenaan perlu diselidiki sedalam-dalamnya dan pihak terbabit perlu mengetahui pokok pangkal masalah yang timbul selain tidak memainkan isu politik dalam perkara yang dibangkitkan. “Dalam hal yang berlaku di daerah Maran yang membabitkan Pemuda Cawangan Luit sememangnya mencetuskan sedikit kontroversi namun perkara ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak termasuk Pemuda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak media duduk berbincang mengenai masalah yang timbul. “Justeru, saya berharap agar pihak JKKK dan Pemuda yang tidak berpuas hati dengan permasalahan yang timbul agar menemui pihak media dan menyelesaikan masalah terbabit dengan lebih rasional,” katanya ketika diminta mengulas tentang perkara itu.Tindakan Bakar Sinah Harian Agak Keterlaluan
Tindakan Pemuda UMNO terbabit yang tergamak membakar akhbar Sinar Harian yang nyata bersikap "neutral, telus dan adil" selama ini adalah keterlaluan sebenarnya. Pembangkang juga ada mengutuk dan mengkritik akhbar terbabit. Tetapi tidak pernah sampai membakar akhbar itu. Bahkan, Sinar Harian berfungsi sebagai wadah informasi hairan pemimpin kepada rakyat. Ia bukan akhbar yang didokong oleh UMNO mahupun PKR. Makanya, kenapa pemuda UMNO terbabit melatah dan tergamak berbuat demikian. Jika yang dibakar itu adalah akhbar lidah rasmi pembangkang seperti Suara Keadilan atau Harakah, mungkin itu tidak menghairankan kita. Namun, jika Sinar Harian dilakukan sedemikian rupa maka ianya jelas sekali menghina media terbabit dan sewajarnya dikenakan tindakan terhadap mereka yang terlibat. Sinar Harian boleh memboikot bahan berita dan maklumat pihak berkenaan daripada disiarkan kepada umum. Bukankah akhbar itu menjadi sumber berita terpenting buat rakyat sekarang ini jika dibandingkan dengan media arus perdana yang lain. Soalnya, apakah wajar Sinar Harian dipersalahkan kerana mengeluarkan berita panas seperti itu?. Mungkin jika akhbar pembangkang yang melaporkannya pasti dianggap sebagai satu fitnah. Namun bila Sinar Harian yang berbuat demikian, inilah yang menyebabkan mereka bagai "cacing kepanasan" dibuatnya. Sepatunya dicari jalan penyelesaian yang terbaik mungkin, bukannya membakar media yang melapaorkan berita itu. Justeru itu, kami ucapkan syabas kepada Sinar Harian kerana berani dan terus tabah menyebarkan bahan beritanya.[Terkadang kita naik hairan dengan gelagat puak-puak UMNO ini. Akibat takut dengan bayang-bayang sendiri akhirnya mereka sanggup membakar akhbar Sinar Harian yang selama ini menjadi wadah untuk memaparkan segala aktiviti mereka. Namun, bagus juga ada orang macam Abu Jimi Samat yang nampak lebih rasional dalam hal ini. Malah, beliau juga membantah tindakan Felda mewujudkan Felda Plantations dan pernah membantah perkara ini dulu. Jiwa dan semangatnya tinggi, namun apakah UMNO Pahang dapat mendengar kenyataannya itu. Sedangkan dalam masa yang sama Pemuda UMNO Bahagian ramai yang tidak sebulu dengannya dan sering mengatakan dia adalah "orang Khairy". Apapun, diharapkan agar tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang tergamak membakar akhbar Sinar Harian selepas ini. Biarlah apa yang berlaku itu menjadi tauladan].












9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
ooo ye ke..umno bakar kira salah laa..kalau pakatan buat tak salah semua telus, kebebasan media..bla bla bla..
itulah manusia bila terkena btg hidung sendiri nak melenting pulak, jika betul apa yg dilaporkan tu betul dan bukan satu fitnah kita harus menerima nya dgn tgn terbuka dan penyelesaian nya adalah membuat penambahbaikan supaya imej parti dihormati oleh rakyat bukan bertambah benci kpd parti yg akhirnya akan merugikan bansa sendiri - kita jgn terlalu EGO, HIDAYAH Allah tak akan masuk ke dalam hati org yg Ego..
badigol betul la..pakatan ada bakar gak kan? tapi akhbar yang pro bn kan?.samala pemuda umno penah gak bakar harakah & suara keadilan kan? tu biasa la sebab tu akhbar pro politik.ni sinar harian,takde kena ngena dengan politik pun.sendiri buat salah sendiri tanggung la woi!.ingatkan bagus sangat umno maran ni.hampeh jugak rupernyer.
umno ni memang bangang pon,,dulu,kini selamanya....bertindak tak guna akal
sinar harian lebih kepada berkecuali...bila dia siarkan masalah rakyat sehingga mendapat tumpuan sultan...itu sudah kira satu kebajikan..sama mcm metro siarkan hal penduduk kelantan duduk dalam reban ayam..PAS tak melenting bakar metro pun..siap turun ke sana bagi bantuan..aparaaa MABUK UMNO tul
mak aih kena kritik sket pun dah nak bakar2. apa masalahnya sinar harian tu kan cerita betul. dah kena batang idung sendiri apesal lak nak melenting. kata juara rakyat tapi camna leh biar org kampung tinggal dalam kandang kambing. mmg sah la umno ni nak mampus pru13 kang.
ITU SEBAB SAYA KATA UMNO TIDAK AJAR ORANG MELAYU BERDIKARI
APA UMNO TANAMKAN PADA ORANG MELAYU 'KALAU TAK ADE UMNO MELAYU AKAN MATI'
PADA SAYA ITU CERITA DULU. SEKARANG DAH LAIN
NAK JUMPA WAKIL RAKYAT DARI UMNO MESTI KENA JUMPA BALACI NYA DULU.
TAH TAK FAHAM LE SAYA.
hahah kesimpulan yang leh aku buat yang paling bengong adalah penulis article nie, sbb bila pr bakar semuanya bagus, kebebsan media, org lain buat semu aslah... bodoh tul
Haprak Barua kerajaan dan rakyat nya yg bodoh mcm kura-kura dah kena lah sekor barua sekor kura-kura.
Kerajaan buat apa saja rakyat angguk mcm biawak...kerajaan kata kita naikkn elaun JKKK kita jayakan projek warisan merdeka kita buat projek mega....dlm masa sama kerajaan barua td kata kita tk blh bayar bonus kakitangan awam sbb tk cukup duit..
hahahahahahaha memang bendul bin kura-kura rakyat negara malaysia ini di bodohkan sejak dulu kini dn selamanya....
Hanya rakyat yg tk undi BN/Umno yg bijak dan kepala otak berfunsi dgn baik memilih intan permata....
Sampai bila lg rakyat kura-kura dan kerajaan haprak ini akan terus ditabalkan menduduki singgahsana memegang khazanah perbendaharaan negara mengatur segalanya mengikut acuan barua dan balaci.
Sekian hanya yg ada otak manusia tulin mampu memahami setiap inci tulisan aku ini....yg bangang tu sila komen
Post a Comment