Biar pun nama "Puteri Reformasi" Nurul Izzah Anwar, muncul di saat-saat akhir selepas Wanita Keadilan mengumumkan bahawa mereka sebulat suara menyokong penuh pencalonan Ahli Parlimen Kuantan
Fuziah Salleh untuk jawatan
Naib Presiden PKR. Namun, rata-rata ahli peringkat akar umbi yakin yang anak Anwar Ibrahim itu bakal berjaya mencuri undi untuk menjadi salah seorang daripada empat orang
Naib Presiden PKR nanti. Persaingan antara Nurul dan Fuziah juga dilihat semakin sengit sekarang ini. Ternyata dua pemimpin ini bakal berhadapan laluan mudah untuk menang sebenarnya. Biar pun kini kedudukan mereka diikuti rapat oleh
Tian Chua, namun Ahli Parlimen Batu itu dilihat tidak berupaya menewaskan Nurul dan Fuziah. Jika senario ini berterusan, maka kemungkinan besar PKR akan menerima dua orang pemimpin wanita sebagai Naib Presiden kali ini. Melihat kepada kempen yang dijalankan oleh Nurul Izzah baru-baru ini, ternyata
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempunyai alasannya yang tersendiri untuk menawarkan diri. Beliau agak terkilan kerana ada pihak yang menggunakan alasan "anak Anwar" untuk menghalang dan menggagalkan hasrat murni beliau itu.
"Saya menawarkan diri atas kapasiti peribadi dan keupayaan untuk membawa aspirasi wanita dalam parti. Amalan demokrasi perlu disubur serta tidak timbul soal anak sesiapa. Saya muncul selepas ayah saya dipecat pada tahun 1998. Saya anak reformasi dan punyai kekuatan tersendiri untuk meneruskan perjuangan ini. Orang boleh tuduh saya macam-macam, tapi bagi saya tawaran ini adalah ikhlas untuk meneruskan kesinambungan perjuangan serta agenda perubahan parti", kata Nurul Izzah. Beliau juga menafikan yang dia mempunyai
"cai-cai" tertentu dalam kempennya.
"Saya menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli. Memang benar ada banyak pihak yang menuduh saya berada dalam team tertentu. Tapi saya akui bahawa saya bertanding atas kapasiti peribadi dan menyerahkan kepada ahli akar umbi untuk menentukannya. Saya tidak kisah ada yang kata saya dalam team mereka. Itu hak calon terbabit, namun secara dasarnya niat saya ikhlas untuk memastikan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya PRU13 nanti", katanya.
[Kempen Nurul Izzah di Pahang baru-baru ini banyak dibantu oleh Rossuziyana Ahmad (Ros) dan suaminya Aries Iznan Zainuddin (Aris). Mereka kelihatan begitu bersemangat untuk membantu Nurul Izzah termasuk dalam programnya di Permatang Badak dan Felda Panching Selatan baru-baru ini. Menurut Ros, sokongan wanita terutamannya golongan muda pasti meningkat memandangkan Nurul dilihat lebih mudah mesra dengan semua pihak. Malah, beliau dilihat antara aspirasi anak muda yang bakal memberi kekuatan kepada parti secara keseluruhannya. Beliau menyokong penuh Nurul Izzah diangkat sebagai Naib Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini. Baginya, pengaruh Nurul Izzah dijaangka dapat menarik lebih ramai wanita muda menyertai PKR pada masa akan datang. Pada masa ini, jumlah wanita dalam PKR terutamanya di cabang-cabang amatlah mendukacitakan. Malah, ada sesetengah cabang yang tidak mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk jawatankuasa mereka sendiri. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti sebenarnya].
4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Pak Cik menggalakkan generasi muda yang menampilkan ciri-ciri akhlak dan kebertanggungjawaban terhadap kepemimpinan negara. Semoga Islam semakin bercambah dan menerajui negara.
Siapa Nurul Izzah Anwar dalam politik tidak penting. Tapi apa yang boleh dilakukan oleh Nurul Izzah Anwar dalam politik.. itu yang penting.
Ahli PKR sepatutnya tidak terikat dengan jasa kedua ibu bapa seseorang ahli dalam parti jika kedua ibu bapa mereka memang berjasa sehingga memberi laluan mudah kepada mereka menjawat jawatan penting dalam parti atas dasar kenang jasa orang tuanya.....
Memberi laluan mudah kepada anak bekas pemimpin berasaskan kenang jasa bukan berasaskan pada kelayakannya adalah amat merbahaya. Contoh boleh dilihat dalam parti lain yang melantik anak bekas pemimpin yang bodoh menjadi pemimpin peringkat tertinggi.
Akibatnya ekonomi negara jadi kucar-kacir. Kesan itu terpaksa kita tanggong bersama sedangkan kita tidak pernah bersetuju orang itu dilantik sebagai pemimpin.
Jika wanita yang bernama Nurul Izzah Anwar itu memang mempunyai kelayakan untuk dijadikan pemimpin.... sokong dan bantu dia sehingga kekerusi yang layak didudukinya.
Jika wanita itu walaupun lahir dari keluarga pemimpin tapi tiada kemampuan mempromosikan diri sebagai seorang pemimpin,
...tiada ketahanan mental dan fizikal melawan kezaliman musuh parti,
...tiada idea bernas untuk memimpin ahli, parti dan rakyat Malaysia.... cadangkan kepadanya duduk dirumah jadi isteri yang dikasihi suami.
Kepada Nurul Izzah Anwar buktikan bahawa anda lebih bagus dari Datin Seri Wan Azizah....
sokong Anon diatas...itulah yang banyak terjadi dalam politik Malaysia hari ini.
setuju dan sokong dgn Anon di atas kebolehan dan kesanggupan Nurul Izzah utk menjadi pemimpin yg diharapkan dan disegani serta boleh bekerja dgn jujur dan amanah itu lah yg di harapkan..kalau tak di calonkan oleh cabang2 PKR di seluruh m'sia takkan lah Nurul Izzah nak bertanding...fikir2 kan lah.
Post a Comment