Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: Wakil 'Kelab UMNO' Dari Luar Negara Beri Pujian Terhadap 'Anwar Ibrahim' Di Astro Awani Ketika Persidangan Agung Parti Itu Berlangsung!

Ini satu berita panas dan pasti menyebabkan puak-puak UMNO marah sebenarnya. Anak muda yang sering mereka didik dengan dakyah dan ideologi parti itu tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang "menentang arus" dan aspirasi UMNO itu sendiri. Ini berlaku ketika dua mahasiswa yang menjadi wakil kelab UMNO luar negara daripada Moscow dan juga Seoul di undang khas ke rancangan "Sudut Pandang" di Astro Awani baru-baru ini. Ramai yang terkejut apabila salah seorang pemimpin terbabit secara jelas telah memuji pemimpin Pakatan Rakyat, sambil menyebut dengan jelas nama Ketua Umum PKR "Anwar Ibrahim" yang lebih "humble" ketika mengadakan lawatan dan bertemu pelajar di luar negara. Berita panas ini pasti membuatkan pemimpin UMNO BN terkejut sebenarnya. Mereka tidak menyangka, mahasiswa yang telah diberi didikan UMNO itu sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Selama ini, kita menyangkan kelab UMNO luar negara memang merupakan penyokong tegar parti itu. Rupanya kini mereka sudah lebih bijak daripada ahli UMNO itu sendiri. Ini merupakan tamparan hebar terhadap parti tu menjelang pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Jika suara anak muda dari parti sendiri bercakap sedemikian rupa, apatah lagi anak muda yang berada dalam kelompok "atas pagar" sebenarnya. Inilah yang amat menakutkan puak-puak mereka sejak dulu, kini dan selamanya.


[Melihat kepada video ini, maka ia bukti jelas yang UMNO itu sebenarnya semakin ditolak oleh anak-anak muda Malaysia dek kerana sikap pemimpin mereka yang terlalu protokol dan tidak memahami aspirasi anak muda itu sendiri. Jika kenyataan dibuat oleh kelab penyokong PAS mungkin ia sesuatu yang boleh diterima. Tetapi, jika ia lahir dari hati ikhlas anak muda kelab UMNO luar negara yang ditaja oleh parti itu, maka ia menunjukkan bahawa memang ada penolakan generasi muda terhadap UMNO dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Anak muda bakal jadi penentu hala tuju perjuangan politik pada masa akan datang. Oleh itu, petanda awal yang gelombang kebangkitan suara anak muda itu bakal disemarakkan lagi nampak semakin jelas sekrang ini. Semoga ia memberi harapan baru untuk melihat sebuah kerajaan yang lebih adil dan saksama menjadi penerus agenda reformasi buat rakyat].

16 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

faezal said...

confirm pas ni mamat / minah ni kena tarik balik biasiswa dia...

puspawangi said...

hubaya hubaya musang berbulu ayam..anak musang tetap jadi musang tak kan jadi ayam!!

Anonymous said...

itulah kenyataan..jgn harap org UMNO nk jd Humble, kalo x krn PRU @ PRK..

HarrisAbdullah said...

Kalau diikutkan, ramai ahli UMNO dibahagian2 pun sebenarnya sudah tolak UMNO. Mereka stay dalam UMNO hanya untuk cari makan sahaja.

Anonymous said...

dan perlu diingat,jangan telalu suka dengan statement tu.ada kemungkinan mainan politikus

Anonymous said...

hahahahahah.... ahahahhahahahahah

Anonymous said...

aku sokong pandangan dan pendapat saudara Harris Abdullah, ramai kawan2 aku cam tu ... semua pasal nak habuan aja.....yang bodoh pemimping UMNO kena tipu hidup2

Anonymous said...

Itulah hakikatnya.. buat apa nak menipu diri sendiri, ye tak?

Anonymous said...

Kelab UMNO Luar Negara? Eh, Bukan ke mahasiswa tak boleh BERPOLITIK?

memang tak adil.. orang UMNO, any comment?

Anonymous said...

betoi duduk umnhno...cari makan ajeee...

Anonymous said...

BAGUS . KITA MAHU MALAYSIAN MALAYSIA. HAK SAMA RATA. KAMI MAHU BANGSA KAMI PULA JADI DO / PENGARAH / KETUA JABATAN / PM PULA OOOOOOO AHCHONG

Anonymous said...

kata-kata seorang umno dulu kini dan selamanya...

Anonymous said...

Harga barang naik hanya spekulasi. Tapi harga barang yang berasaskan susu dah naik, ini realiti.. baru tadi aku beli Cocunut Shake kat pasar malam, RM2.00. Harga biasa RM1.50 je....

Anonymous said...

org pas tak nak habuan ke? org pkr tak nak habuan ke? maksum sgt ke pemimpin dia org??? potong jari la kalau geng ni tak amik habuan depa sama dlm setiap projek yg diluluskan oleh para kontraktor.. tak payah nak salahkan umno saja la wahai manusia2 di malaysia.... semua sama saja walapun lebai atas pala

Anonymous said...

JANGAN PERCAYA DENGAN SUDUT PANDANGAN PELAJAR TERSEBUT

ITU SEMUA NYA RACUN YANG BISA BUAT PR

Anonymous said...

tanya sprm.. rasuah selama 20 tahun di kelantan hampir sifar.. sprm umno punya, bukan pas.. itulah hikmahnya apabila meletakkan Allah lebih atas daripada segala-galanya..

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]