KUANTAN, 31 Okt [10.45 pm] - Naib Presiden PKR, Azmin Ali ternyata berjaya mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli PKR di negeri Pahang untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dalam Pemilihan 2010 setakat ini. Undi keseluruhan yang diterima Azmin ialah sebanyak 622 undi atau 58%, manakala pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim hanya mendapat 368 undi atau 36% dan Mustafa Kamil Ayub 33 undi atau 14%. Manakala paratus keluar mengundi bagi seluruh negeri ini agak rendah iaitu sekitar 1023 orang atau 6.7% sahaja. Keadaan ini amat mengejutkan sebenarnya. Peratus keseluruhan keluar mengundi ternyata ditahap kritikal. Namun, segalanya tidak boleh dipersalahkan kerana mungkin faktor lokasi menyebabkan keadaan ini berlaku. Pusat pengundian yang terlalu jauh dan bajet yang tidak mencukupi menyebabkan ramai ahli PKR gagal hadir. Azmin mendapat sokongan terbaru hari ini. Tujuh cabang yang telah diperolehi keputusannya menyaksikan Azmin mengatasi Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 106 undi. Azmin mendapat 261 undi, Zaid 155 dan Mustafa Kamil Ayub hanya berjaya mendapat 14 undi sahaja. Antara cabang-cabang yang melaksanakan proses pengundian hari ini ialah Temerloh, Kuala Krau, Maran, Paya Besar, Bentong, Rompin dan Bera. Keputusan terperinci yang diperolehi adalah seperti berikut iaitu Cabang Temerloh: Azmin (24), Zaid (25), Mustaffa (0); Cabang Maran: Azmin (4), Zaid (24), Mustaffa (1); Cabang Kuala Krau: Azmin (104), Zaid (19), Mustaffa (7); Cabang Bentong: Azmin (60), Zaid (2), Mustaffa (0); Cabang Paya Besar: Azmin (3), Zaid (32), Mustaffa (11), Cabang Rompin: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2) dan Cabang Bera: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2). Sementara itu tiada maklumat yang diterima untuk keputusan pengundian bagi jawatan Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK setakat ini.[Sesuatu yang amat menarik untuk diperkatakan ialah undi terhadap seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Mustafa Kamil Ayub didapati agak merudum. Walhal, pemimpin itu jelas sekali mengamalkan politik bersih dan tidak terikut-ikut dengan rentak kedua-dua calon lain. Namun, melihat kepada keputusan ini ternyata ahli PKR masih belum matang untuk membuat keputusan siapakah calon yang lebih berwibawa untuk diangkat sebenarnya. Malah, lebih mengejutkan Mustafa Kamil langsung tidak mendapat undi di Cabang Temerloh. Dalam satu majlis di Paya Besar baru-baru ini Mustafa sekali lagi menjelaskan pendiriannya untuk tidak mengamalkan politik kotor termasuk memberi wang atau mengata calaon-calon lain. Beliau lebih selesa dengan caranya untuk bersikap telus dan jujur dalam perjuangan. Namun, apakah itu kehendak akar umbi?. Nyata akhirnya beliau ditolak oleh mereka. Kini persaingan jelas antara Zaid dan Azmin Ali. Apapun segalanya masih terlalu awal lagi].












1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
uik tak ada ke kisah pemimpin pkr kat sabah tu jatuh laut??? cian dia... mgkn buang bala dalam laut tu kot no
Post a Comment