
Biarpun namanya tersenarai sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan PKR 2010 ini, namun Nik Mahmood Nik Hassan (foto) tetap dengan perancangannya untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah. Beliau yang dijangka bertolak dalam masa terdekat ini, bagaimana pun sempat berkempen untuk menarik sokongan ahli PKR seluruh negara supaya memberi sokongan kepadanya untuk dikekalkan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat untuk penggal berikutnya. Beliau yang telah menjadi Ahli MPP bermula pada tahun 2004 itu, merupakan calon PKR bari kerusi Parlimen Kota Bharu pada tahun tersebut. Beliau yang mempunyai B.A (Hons) In Economics dari Universiti Malaya (1968), Diploma In Economics dari Economis Institute, University Of Colorado Amerika Syarikat pada tahun 1972 dan M.A in Public Polisy And Admistration dari Universiti Of Wisconsin Amerika pada tahun 1973 itu mula menyertai Keadilan sejak tahun 1999 lagi dan memegang berbagai tampuk utama kepimpinan parti di peringkat negeri. Antara jawatan lain yang pernah disandangnya ialah Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kelantan (2004-2008), Ketua Bahagian PKR Kota Bharu (2004-2008), Penyelia Parlimen Kota Bharu (2004-2008), Pengerusi Penilaian ADUN dan Ahli Parlimen PKR, Ahli Jawatankuasa Displin Parti dan Penyelarasan Pengundi Baru. Nik Mahmod adalah seorang pemimpin yang cukup berkaliber dan layak untuk dipilih sebagai MPP kali ini. Tambahan pula, beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Kementerian Kewangan Malaysia sebelum ini. Malah, antara jawatan lain yang pernah disandangnya ialah Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri SEDC Kelantan (1978-1984), Pengarah Ekskutif General Lumber Holdings Berhad (1985-1990), Pengarah Urusan Kumpulan Land & General Berhad (1990-1993) dan jawatan terakhir yang pernah disandangnya di bidang korporat ialah Pengarah Eksekutif General Lumber Fabricators & Builders Berhad (2000-2003).


Nik Mahmod, terima borang ahli PKR dari kaum Tionghua di Kota Bharu


[Kami mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada Nik Mahmood serta lain-lain pemimpin PKR yang akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini. Apapun diharapkan ahli-ahli PKR dari seluruh negara dapat memberikan sokongan yang padu kepada beliau untuk dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi tempoh 2010-2013 ini. Berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran yang dimiliki olehnya, ternyata beliau dilihat berupaya untuk meneruskan agenda perubahan besar kepada rakyat dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Hasil kegigihannya, PKR Kelantan telah berjaya menarik ramai ahli dikalangan kaum bukan Melayu. Malah, parti juga semakin diterima oleh rakyat Kelantan yang begitu sinonim dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak sekian lama. Pemilihan Nik Mahmood bakal membawa harapan baru kepada seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Jangan lupa untuk mengundi beliau, calon MPP yang bernombor 84 pada hari pemilihan ini nanti].












4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Tak pa lah, mudah-mudahan dia berdoa untuk kemenangan kita di sana nanti... tak yah lah timbulkan masalah plak... bukan senang nak dapat tempat untuk kesana.. lainlah macam puak2 taghut tu depa guna kuasa, paksa tabung haji bagi tempat kat depa dan selutu2 depa, kununnya nak buat haji.
ni baru betul.jawatan bukan pilihan utama.kan senag macam ni.menang kalah tu adat la.ni hu ha hu ha kerja buat takde jugak.
Tuan Hj Nik Mahmood Nik hassan akan menunaikan Fardhu Haji pagi esok. Selamat pergi dan kembali ke tanah air..!
Seorang yg telah banyak melakukan pengorbanan kpd parti sejak 1998 lagi..!
untuk menunaikan fardhu haji cukup besar kegembiraannya bg yg terpilih...so lupakan la segala duniawi politik ni... tumpukan pada ibadah yg akan dilakukan tu... moga selamat kembali dan mendapat haji yg mabrur,..
Post a Comment