PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, October 31, 2010

Pemilihan 2010: Ramai Ahli Cabang PKR Terkilan Kerana Petugas JPP Biarkan Penyokong Azmin Ali Terus Jalankan Kempen Pada Hari Pengundian !!

KUANTAN, 31 Okt [1.04 pm] - Biar pun tempoh kempen sudah berakhir, namun di kebanyakkan pusat mengundi cabang-cabang di Pahang para penyokong calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (foto), masih terus memancing undi. Malah, terdapat dikalangan mereka secara terang-terangan merayu undi bagi pihak Azmin. Bukan setakat merayu, mereka juga mengulurkan lencana, stickers dan buku manifesto Azmin Ali kepada ahli PKR yang mahu mengundi. Soalnya sekarang, apakah ini dibenarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) agaknya?. Sedangkan perkara itu tidak wajar berlaku sebenarnnya. Gelagat penyokong Azmin ini sedikit sebanyak menyebabkan ahli PKR yang mahu mengundi menjadi "meluat" dan kecewa sebenarnya. Wajarkah kumpulan Azmin Ali sahaja yang berada disitu bagi meraih undi, sedangkan ia tidak berlaku kepada kumpulan Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub. Bukankah ini sesuatu yang tidak adil dan menyalahi undang-undang. Bahkan apa yang lebih mengejutkan ialah, kempen pemilihan calon-calon yang sepatutnya dibuat sendiri oleh ahli nampak agak tidak telus. Ia berikutan ada pihak yang mengekori pengundi hingga ke dalam pusat pembuangan undi. Mereka bukan sahaja memberi tunjuk ajar tetapi juga meminta ahli memilih calon pilihan mereka. Anehnya pegawai petugas JPP yang berada didalam bilik mengundi melihat dan membiarkan sahaja perkara itu berlaku. Mereka seolah-olah menghalalkan apa yang dibuat oleh pihak berkenaan. Apakah ini namanya pemilihan yang telus. Apapun, perbezaan undi tidak begitu ketara antara Azmin dan Zaid di Kuantan dan Indera Mahkota. Difahamkan Azmin mendapat 107 undi dan Zaid hanya 87 undi dalam pengundian semalam. Mereka kini terus bersaing dan sesiapa sahaja boleh menang.

[Kata orang jika mahu telus biarlah benar-benar telus. Anehnya jika ada pihak yang boleh berkempen sehingga ke hari pengundian, ini sudah menjadi satu kesalahan dan wajar dipertikaikan sebenarnya. Malah, bagaimana mereka juga boleh membawa bersama berbagai dokumen dan barangan berkaitan Azmin untuk diberi dan dilekatkan pada baju-baju pengundi terbabit. Bukankah ia menjadi satu kesalahan dalam mana-mana pilihanraya sebenarnya. Kenapa dibiarkan, apakah hak-hak mereka untuk memaksa pengundi mengubah fikiran di saat-saat akhir?. Tindakan ini adalah tidak wajar sama sekali. Tambah mengejutkan ialah dari mana Azmin Ali boleh menyediakan buku manifesto, stickers, button yang begitu canggih?. Buku manifesto beliau mengalahkan pilihanraya umum. Walhal lain-lain calon hanya menyediakan flyers sahaja untuk berkempen. Di sini menunjukkan bahawa dana yang besar telah digunkan bagi tujuan itu. Anehnya dalam masa yang sama, penyokong Azmin menuduh Zaid Ibrahim yang menggunakan dana yang besa untuk berkempen. Hakikatnya, Mustafa Kamil Ayub juga yang lebih jujur dan mengulangi pendirian tidak mahu menggunakan cara dan taktik berkempen UMNO itu].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

HarrisAbdullah said...

Perkara sama berlaku diRaub. Flyers tertera dengan nama dan nombor team Azmin diberi kepada pengundi dengan rayuan agar team tersebut diundi. Begitu juga poster-poster ditampal dan lencana Azmin diagih-agihkan kepada pengundi.
Walaupun begitu, pegundi Raub bijak. Mereka terus tolak Azmin dan beri undi kepada Zaid dan Mustafa.

Anonymous said...

hai apa nak herankankan..dulu kita sibuk dok kata kat umno tak telus bila pemilihan ..hah..skarang kena batang hidung sendiri..baru padan muka..jgn dok asyik kata kat org