Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM

October 27, 2010

Panas: Pejabat Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman Telah Di Ceroboh, Anehnya Hanya Dua Buah Komputer Dan CPU Telah Di Bawa Lari !

KUANTAN, 27 Okt [2.30 pm] - Di saat kempen pilihan raya kecil dan pemilihan PKR 2010 sedang berlangsung, tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu berita panas yang amat mendukacitakan. Pagi semalam, pejabat Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) telah diceroboh. Pejabatnya yang terletak di Bukit Sekilau itu dipercayai telah dimasuki penjenayah terbabit lewat malam semalam (25 Okt). Perkara itu disedari oleh anaknya yang mahu memulakan kerja sekitar jam 10.00 pagi itu. Menurut anaknya yang hanya dikenali sebagai Faisal, kejadian itu bukanlah yang pertama kali berlaku. Sebelum ini sudah dua kali kes yang sama berlaku terhadap pejabat ayahnya. Beliau terkejut kerana penceroboh terbabit tidak mencuri beberapa barangan berharga yang terdapai disitu, sebaliknya hanya membawa lari dua buah komputer dan CPU. Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lagi anak Dato' Fauzi yang dikenali sebagai Farahanim. Beliau yang bertugas sebagai Eksekutif Pentadbiran disitu, telah membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD). Sementara itu, menurut Dato' Fauzi yang ditemui dilokasi kejadian beliau amat hairan kenapa pejabatnya itu menjadi sasaran penjenyah terbabit. "Kalau mahu curi harta, tentu banyak kedai lain yang lebih berharga. Kenapa tidak masuk kedai sebelah?. Saya syak semua ini mungkin bermotifkan politik", katanya. "Saya tidak fikir kerja-kerja ini dilakukan oleh orang yang mahu mencari barang berharga, kerana banyak yang tidak diusik mereka. Kenapa komputer dan CPU yang menjadi sasaran. Sedangkan jika dijual komputer tersebut mungkin RM50 pun orang tak akan beli. Kerana ia adalah komputer lama dan mungkin tidak lagi bernilai di pasaran sebenarnya. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan biarlah pihak polis yang jalankan siasatan kes ini", kata Dato' Fauzi.


Dato' Fauzi menunjukkan syiling yang dipecahkan oleh penjenayah itu

Bukti, dokumen dan fail-fail bertaburan selepas digeladah penceroboh

[Difahamkan, penjenayah terbabit memasuki perjabat berkenaan menerusi bumbung premis berkenaan. Mereka memecahkan syiling dan selepas mencabut bumbung terbabit. Anehnya, terdapat sebuah kedai mamak yang dibuka 24 jam betul-betul bersebelahan dengan pejabat berkenaan. Soalnya, kenapa penjenaayah memilih pejabat beliau. Sedangkan banyak kedai-kedai lain disekitarnya yang mempunyai berbagai barangan berharga jika mereka mahu. Ini membuktikan bahawa motif kejadian adalah unsur politik semata-mata. Soalnya sekarang, siapakah yang diupah melakukan perbuatan sedemikian. Tambahan pula, mereka langsung tidak mengambil barangan berharga. Apakah ini merupakan tekanan kepada Dato' Fauzi Abdul Rahman yang kini amat ditakuti oleh puak-puak UMNO BN di negeri Pahang ini. Semoga pihak polis dapat jalankan penyiasatan dengan rapi insiden ini].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]