PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, November 21, 2010

Felda Menubuhkan BAPAK (Biro Aduan Peneroka Kebangsaan) Untuk Menyaingi Pengaruh 'ANAK' !

SHAH ALAM 21 Nov - Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (foto), berkata penubuhan BAPAK yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merestui penubuhan BAPAK dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan BAPAK di sini hari ini. Beliau berkata, BAPAK dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja. Katanya BAPAK merupakan idea Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.

[Sungguh melucukan melihat kerenah Felda ini sebenarnya. Tindakan menubuhkan BAPAK untuk berlawan dengan ANAK adalah satu langkah terbaik yang mungkin bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar sebenarnya. Ini kerana, Felda tidak mungkin mampu untuk melayan rungutan, ketidakpuasan hati dan kekecewaan para peneroka terhadap agensi itu. Namun, Ahmad Maslan yang diberi tanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan peneroka dan menjaga imej Felda itu akhirnya sanggup lakukan apa saja. Namun, para peneroka lebih mengetahui apakah yang membelenggu nasib mereka sejak sekian lama].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

cadang tubuhkan ngo anak bapak... bsaing dengan anak dan bapak ...isu felda

halim tuah said...

Perkhidmatan BAPAK adalah PERCUMA, tetapi perkhidmatan ANAK kene BAYAR RM500!

Syabas kepada YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan yang telah melancarkan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan BAPAK sebagai wadah sebenar warga FELDA untuk mencari penyelesaian.

Bukan seperti ANAK oleh Mazlan Aliman yang menjadi talibarut PAS serta sanggup diperalatkan oleh para peguam pro pembangkang!!!

Anonymous said...

Sekarang ni kena banyak kajian perlu dilakukan.Dalam akhbar banyak kes-kes berlaku,BAPAK(orang Kampar memang panggil seperti ini APAK @ Bapak) makan anak,BAPAK Ayam.Aduan kepada BAPAK, nanti BAPAK patuk ANAK dan kena rotan ANAK itu kerana mengadu, kah kah kah kah kah semakin kelakar sekarang dan semakin bangang jadinya orang Melayu.

Anonymous said...

KEPALA BAPAK AHMAD MASLAN..