PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, November 24, 2010

Biar Pun Ada Sambutan, Namun Jelas Kehadiran Anwar Ke Pahang Semalam Gagal Menghuraikan Segala Kekalutan Yang Masih Ada Itu Sebenarnya

KUANTAN, 24 Nov - Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pahang semalam dilihat masih gagal sepenuhnya untuk menyatu padukan ahli serta meyakinkan rakyat terhadap hala tuju perjuangan parti itu sebeneranya. Apa yang diharapkan oleh ahli dan rakyat ternyata tidak kesampaian dan seperti apa yang diharapkan. Ramai yang kecewa dan terkilan dengan tindakan Anwar tidak mahu berterus terang dengan isu-isu semasa dan kemelut yang sedang dihadapi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini. Anwar berceramah selama lebih kurang satu jam dengan hanya menceritakan tentang kehairanan beliau terhadap tindakan pemimpin UMNO BN yang begitu takut dengan kelibatnya sejak akhir-akhir ini. Beliau mengatakan media arus perdana begitu ghairan mensensasikan ceritanya hingga lupa memberi fokus kepada isu-isu dunia yang sedang melanda sekarang ini. Malah, beliau menegaskan dia sedikit pun tidak terasa dengan serangan-serangan yang dilakukan terhadapnya itu. "Saya bukan sahaja mahu digantung dari parlimen, bakal dipenjarakan kembali ke Sg.Buloh kini mereka mahu menghalang pula saya ke luar negara. Saya dituduh khianat kepada bangsa Melayu gara-gara beberapa kenyataan ketika ditemuramah oleh media asing. Ini bukti yang mereka begitu takut dan tergamak melakukan apa saja", kata Anwar Ibrahim.

Sajian Lagu Lama Terus Dialunkan Untuk Rakyat


Dalam pada itu beliau lebih banyak menceritakan kembali apa yang sudah diceritakan ketika berada di pentas yang sama awal tahun lalu. Cerita soal kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Malah, Anwar juga banyak menceritakan secara terperinci sifat peribadi mulia beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Tuan Guru Nik Aziz (MB Kelantan), Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang), Ustaz Azizan Razak (MB Kedah) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor). Disamping itu juga beliau turut menyentuh tentang "Isu Memali" dan sedikit berkenaan kes perbicaraan yang sedang beliau hadapi di mahkamah sekarang ini. Anwar dilihat gagal mengulas dengan baik berkenaan isu dan kemelut yang melanda dalam PKR sekarang ini, terutamanya berkaitan tindakan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan keluar dari parti itu. Ini menyebabkan ramai hadirin yang hadir kecewa kerana apa yang diharapkan tidak kesampaian. Mereka mahu tahu apakah tindakan dan perancangan Anwar dalam menyakinkan rakyat terutamanya ahli PAS, DAP dan pengundi atas pagar terhadap PKR. Namun tindakan Anwar yang masih terus "menyajikan lagu lama" dalam ceramah beliau malam tadi sedikit mengecewakan mereka sebenarnya. "Ulang tayang cerita dan isu yang sama", tanpa memberikan harapan baru buat rakyat. Malah, ramai yang melihat kehadiran beliau ke Pahang itu tidak lebih untuk mempertahankan segala apa yang berlaku dalam PKR sekarang ini, tanpa mahu membongkarkan kepincangan dan penyelewengan yang sepatutnya perlu diperbetulkan.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir malam semalam

[Akibat kecewa dengan info yang tidak sampai dan mememuaskan hati mereka, ramai hadirin yang menyatakan mereka hilang kepercayaan kepada PKR sekarang ini. Malah, terdapat maklumat panas yang mengatakan tiga cabang PKR di Pahang juga turut akan dibubarkan jika kemelut yang melanda tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Pertembungan yang berlaku di Pahang bukan sahaja antara kumpulan Azmin dan Zaid sebenarnya, tetapi ia lebih menjurus kepada perselisihan faham antara Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Negeri) dan Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota). Kemelut dalaman antara mereka masih gagal diselesaikan biarpun Anwar hadir sebagai penyelamat semalam. Malah, kami juga mendapat maklumat mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang diadakan petang semalam juga kecoh dengan isu Azan. Ini membuktikan "kiambang masih belum bertaut" di Pahang. Justeru itu, bagaimana harus PKR negeri bercita-cita untuk menakluki negeri ini daripada UMNO BN agaknya. Maknanya Anwar ternyata gagal untuk bertindak dan memulihkan PKR Pahang biarpun beliau telah mempunyai peluang yang terbaik semalam. Kenapa Anwar tidak mahu melakukannya?].

19 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

azmin ali said...

pdo lu skrg gua tengok sudah mau hentam DSAI, lu sudah kalah bertanding duduk diam2 la, bodoh punya PDO.....

Anonymous said...

PDO,Anwar tak boleh memuaskan hati semua orang,apatah lagi para penyokong Zaid Ibrahim.Mereka dari dulu tak puas hati pada Anwar itu lah sebabnya mereka menyokong Zaid,jadi masakan secara tiba-tiba boleh berpuas hati pada Anwar.

Bagi penyokong Anwar ,biasa saja tak ada apa yg mereka nak komplin.Kalau yg banyak cerita tu kita fahamlah siapa.Penyokong Anwar tidak mengharapkan apa-apa dari Anwar,mereka hanya mahu Anwar memimpin mereka,itu pun dalam keadaan kritikal yg memrlukan ketokohan Anwar.Dalam keadaan biasa mereka berkerja sendiri secara sukarela.

Sekarang ni saya tengok PDO macam orang gelabah,serba tak kena.Ada sesuatu yg semacam mencemaskan PDO.Apakah PDO mengharapkan semalam Anwar akan berkata'biduk berlalu kiambang bertaut,PKR Pahang akan terus di teraju oleh Dato Fauzi'?.

Sorry lah PDO,Anwar tak boleh kata begitu kerana ianya terserah kepada suara mejority pemimpin atasan nanti utk menentukan siapa bakal menjadi ketua PKR Pahang.Saya meramalkan Dato Fauzi akan di ketepikan begitulah juga para juak beliau.

Walau apa pun jangan lah PDO berasa gundah,kerana PKR sudah tidak seperti dulu.Zaid sudah berjaya menjatuhkan imeg PKR dengan begitu teruk,rasanya praya akan datang PKR lah yg akan mengalami nasib yg paling buruk.Jadi mereka yg menyokong Zaid harus merasa bangga kerana mereka juga turut berjasa dalam menjatuhkan PKR .Oleh itu jangan lah tertunggu-tunggu lagi segeralah bersama Zaid atau Umno atau apa saja asalkan bukan PKR.Jangan lah juga menunggu nunggu usaha Anwar untuk memperbaiki keadaan PKR yg mana kalian semua adalah antara mereka yg bersingkokol dgn perosak PKR.Kalian semua termasuklah PDO sepatutnya bergembira jika Anwar tidak berbuat apa-apa.

Anonymous said...

nampaknya org2 dalam PKR pun dah jadi macam orang UMNO....tak boleh ditegur. bila tegur melenting dan cakap orang dah tak sehaluan.....kesian..kesian....sikap seperti ini akan lebih cepat menumbangkan PKR dan seterusnya menjahanamkan Pakatan Rakyat...fikir-fikirkan lah....

Anonymous said...

rupanya ramai juga penyokong PKR ni yang cetek pemikiran serta tidak profesional. Jika dilihat pada komen-komen sebelum ini dan termasuk komen bagi post ni, ramai yang berbahasa biadap,secara tidak langsung mencerminkan pada org yang membaca budaya penyokong parti PKR...ini amat memalukan. Kami bukanlah penyokong PDO, cuma kami penyokong2 pakatan rakyat amat2 berharap budaya mencaci yang dibawa oleh BN ini dihentikan. Buktikan bahawa ahli Pakatan Rakyat lebih bertamadun, cerdik dan berhemah. Jika tidak berpuashati sampaikan dengan cara profesinal dengan hujah2 mantap. Barulah menjadi generasi rakyat Malaysia yang mantap dan disegani....bukan dilabel sebagai parti jalanan, rusuhan dan sebagainya. kita perlu buktikan....

Anonymous said...

Anon 1;2700

Kalau aku masuk rumah engkau kemudian bersama 'kawan'aku kutuk engkau dan halau engkau keluar dari rumah.Tapi nasib engkau baik,masih ada orang yg membantu engkau dan engkau tidak terkeluar dari rumah tersebut tapi akulah yg terpaksa keluar.Kemudainnya kawan-kawan aku tadi mula berlakun,lempar batu sembunyi tangan macam dia tidak terlibat,dan marah-marah pula pada engaku yg tidak membetulkan keadaan dalam rumah mengikut kehendak mereka,apa persaan engaku?.Ok ke?.Bayangkan kalau engaku benar-benar terkeluar dari rumah tersebut,apa agaknya aku dan rakan-rakan aku akan buat,RAYA sakan lah kan?.Nak hurmat macam mana pandangan dari orang begini?.

Anonymous said...

Anon 1;34;00

Bila Zaid mencaci dan menghalau Anwar dan Azmin keluar dari PKR apa kau orang buat,ada kau orang kata dia biadap,atau PDO mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan Zaid keterlaluan.Ye lek.

hayatglobal said...

Saya bknlah ahli politik atau bijak pandai.. saya just nak bago sikit komen.. Sejak 6 tahun yg lalu saya tidak pernah miss bukak laman web PDO (tiap-tiap hari). Sejak akhir2 nih PDO kerap cuba utk provok ahli-ahli PKR dgr memaparkan berita2 yg supaya ahli PKR membenci sesama mereka. Saya betul2 kecewa dgn apa yg berlaku skang..Dah la blog pro-umno duk kutuk kita,pastu kita duk bertelagah sesama kita.Janganlah tambahkan lagi minyak di atas api yg sedang marak menyala..

Anonymous said...

Kepada peminat blog PDO jom beralih ke blog lain.. Blog umno lagi banyak dengan cerita yang dasyat-masyat.. Ayuh kita humbankan PR dalam PRU 13 nanti dalam tong najis..

Mohamadazhan hjDesa said...

mohon kogsi bro...

Anonymous said...

UMNO ngan PKR sama saj lah......dua2 UMNO laknat.....mampus lah korang

Anonymous said...

Kali ini pembersihan total perlu berlaku dan kita kembalikan PKR kepada semangat asal memperjuangkan kepentingan rakyat yg berbilang kaum mengikut perlembagaan negara yg sudah termaktub.Jadi jangan kita merasa gundah gulana jika ada pihak yg terpaksa di ketepikan,tetapi yg pasti kita tidak akan membenarkan lagi mana-mana tokoh yg melompat dari BN memperolehi jalan mudah mendapat kedudukan dalam PKR,mereka perlu bermula sebagai ahli biasa,jika ikhlas.Kedudukan dan pangkat bukan perkara utama lagi bagi ahli PKR yg tulin,ingat lah dulu kita tolak menolak jika di minta memegangn jawatan tapi kita terus menjadi pendukung PKR,walau npun tidak memegang jawatan.

Anonymous said...

Bila diri rasa dipinggirkan, maka mulalah merajuk dan istihar keluar parti, lepas tu balun cukup2 pemimpin dan parti yg pernah kita tumpang tu, org mcm ni kita nak angkat jadi pemimpin atau menjadi pejuang?

Jgn anggap hanya kita seorg yg ada kepala hotak dan cerdik dlm ilmu politik...ramai lg di luar sana yg 500 kali lebih cerdiklah...

Anonymous said...

Aku tak heran pun...
Kenapa?
PKR itu kan parti Anwar sekeluarga
Tiada tempat bagi demokrasi dan kejujuran dalam PKR.

Anonymous said...

teman pun heran dgn PDO....ingat senangke nak puas hatika semua pihak...akur dgn perintah dah le...ni semua x puas hati...PDO ni nak jadi same dgn Greenboc...pening la saifudin ...semua pun tau dlm PKR ni...agen umno pun ade...Sb lagi ade dok menyamar..paham2 le..

Anonymous said...

Hi all,
Tak usah cakap la Anwar boleh puaskan hati orang, sedang dia sendiripun tak pernah puas.

R.O. said...
This comment has been removed by the author.
musang said...

senang je, kalau betul2 nak perjuangkan agama dan negara drpd hancur, masuk la PAS beramai-ramai, dan kita pakat demo untuk PAS bergerak sendiri...jgn duk bergabung dgn parti lain yg boleh merosakan PAS, parti lain semuanya haprak belaka...

Anonymous said...

Jangan bergabung dengan parti lain yang boleh merosakkan PAS? Hahahaha lucu lucu... Tak usah mimpilah, yang pasti PAS itu 'under ketiak' DAP dan PKR. Namu pun sudah PAS (Parti Angguk Saja)

Tak percaya cubalah tengok...orang-orang PAS semua terangguk-angguk pada PKR dan DAP. Tak ubah macam aksi dua abdul yang tamak haloba dalam filem TIGA ABDUL.

Hahahaha senyum kita senyum...

Anonymous said...

saya ingin bertanya, kenapa pkr main bontot?