
Ramai yang terkejut melihat apa yang berlaku kepada Datuk Zaid Ibrahim sebenarnya. Belum pun setahun beliau bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), akhirnya kini dirinya terpelanting dan kemungkinan besar bakal diterajang keluar dari parti itu. Malah, Ketua Umum PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menganggap bahawa Zaid adalah pengkhianat dan merupakan "Kuda Trojan" untuk menghancurkan parti itu. Soalnya sekarang, apakah benar Zaid memang seperti apa yang diperkatakan?. Bagi penyokong Azmin Ali, kini mereka gembira dan selesa dengan pemergian "insan bernama Zaid Ibrahim" itu sebenarnya. Keluarnya Zaid bukan sahaja memudahkan laluan Azmin untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden. Malah, ketiadaan Zaid itu sendiri dilihat dapat memperkukuhkan lagi perjuangan parti itu dalam usaha untuk menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Zaid kini bukan sahaja dituduh penderhaka, malahan juga dicop sebagai "agen UMNO" yang ditugaskan menghancurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, biar apapun tuduhan yang dilemparkan kepadanya tetapi Zaid Ibrahim tetap seperti biasa. Terus mengadakan sidang media dan mendedahkan kononnya dia cuba untuk memperbetulkan parti dan ikhlas mahu melaksanakan agenda perubahan. Jika benar, kenapa Zaid haru keluar dan undur diri dari PKR?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Malah, tindakan Zaid yang gemar mengadakan sidang media dan secara terbuka menghentam parti dilihat sebagai satu tindakan biadap dan tidak sepatutnya. Apatah lagi dia sendiri dibawa masuk ke dalam parti oleh Anwar. Maka itu, ramai yang kecewa apabila Zaid begitu berani mengeluarkan kenyataan supaya Anwar dan Azmin harus berundur jika mahu melihat parti itu selamat. Soalnya, selamat untuk siapa?. Apakah selamat untuk berada dalam gengamannya?. Inilah yang menjadi kemusykilan rakyat sebenarnya?. Apakah Zaid berada dipihak yang benar seperti pendedahannya kepada media?. Jika dia benar, sepatutnya Zaid tidak khianat kepada penyokongnya. Jika dia benar, Zaid sepatutnya tidak mengundur diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden, letak jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan atau sebagainya.
Tidak Wajar Berundur Jika Perjuangannya Ikhlas
Kini "nasi sudah menjadi bubur" dan dalam sidang medianya hari ini Zaid dengan bangganya mengumumkan pemilihan 16 Disember akan datang sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu. Soalnya sekarang, kenapa Zaid tidak terus mengumumkannya semalam?. Kenapa dia perlu memilih tarikh tersebut. Apakah benar Zaid "Kuda Trojan" seperti yang disangkan itu agaknya. Zaid yang pernah menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika berada dalam kerajaan UMNO BN itu sebenarnya bukanlah seperti apa yang disangka-sangkakan. Ramai penyokong tegas Zaid yang sebenarnya amat kecewa dengan tindakan beliau itu. Mereka tidak marah Zaid menegur Azmin Ali selaki pesaingnya bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Namun, tindakan Zaid menyuruh Anwar berundur diri seolah-olah merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sebenarnya. Maka itulah, ramai yang berbelah bagi dengan senario yang berlaku terhadap Zaid sekarang ini. Beliau yang diangkat sebagai pemimpin hebat dalam PKR selepas dipecat daripada UMNO dulu, kini bukan lagi seperti yang dijangkakan. Zaid sepatutnya berterima kasih kepada Anwar kerana telahmemilihnya sebagai calon bagi pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Pemilihan Zaid telah mengecewakan ramai pemimpin PKR setempat, termasuk Dr.Halili yang akhirnya bertindak keluar dari parti itu. Malah, dalam usia politiknya dalam PKR yang begitu muda akhirnya dia diangkat sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Maka itu, ramai yang beranggapan sepatutnya Zaid menumpukan perhatiannya bagi memartabatkan perjuangan PKR di Wilayah Persekutuan. Maknanya, belum masa untuk beliau merebut jawatan tinggi dalam parti itu. Kesetiaan perjuangannya masih belum benar-benar teruji. Namun, kenapa Zaid begitu pelahap dan rakus untuk menawarkan diri bertanding. Sedangkan sebelum ini beliau mengatakan tidak akan bertanding dalam apa jua jawatan dalam PKR. Bukankah ini satu pembohongan yang nyata, menyebabkan ahli PKR sendiri meragui keikhlasannya. Justeru itu, dia tidak sepatutnya berundur diri jika benar-benar ingin meneruskan agenda perubahan. Namun, kenapa Zaid mengambil tindakan tidak popular itu?. Apakah Zaid merasa dia tidak ada membuat kesilapan dalam kempen pemilihan PKR baru-baru ini agaknya?
Zaid Sebenarnya Mulakan Game Terhadap Azmin
Selepas pengumuan Zaid mutakhir ini, ramai yang menganggap beliau kononnya berada dipihak yang benar. Namun, bagi penyokong Zaid, Azmin tetap benar dan lebih layak untuk dianggap sebagai pemimin tertinggi parti itu sebenarnya. Namun, hakikat sebenarnya masing-masing tidak tahu siapakah yang mencetuskan polimik ini. Bercakap soal penyelewengan misalnya, Zaid hanya mendedahkan tentang Azmin dan apa yang berlaku kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Kononnya Azmin meletakkan ramai orangnya sebagai petugas JPP untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya dan proksi beliau. Malah, Azmin dilihat kononnya mempengaruhi Anwar untuk memastikan "line-up" beliau menang selesa dalam pemilihan PKR ini. Namun, sesuatu harus diingat bahawa Zaid sebenarnya juga ada melakukan kesilapan dan kesalahan besar yang tidak disedari. Beliau terlebih dahulu membawa budaya UMNO ke dalam PKR. Amalan, janji manis dan politik wang begitu ketara tatkala Zaid mengumumkan hasratnya untuk bertanding. Malah, ada bukti kukuh yang terdapat Ketua-Ketua Cabang yang sudah menerima habuan dan imbuhan yang dijanjikan Zaid andainya berjaya mencalonkan dan memastikan undi beliau tinggi. Biarpun mungkin ini cuba dinafikan orang-orang Zaid, namun hakikat sebenar hanya mereka yang mengetahui dan mengalaminya sahaja lebih mendalaminya. Mungkin dek kerana "politik wang" yang dimainkan oleh Zaid menyebabkan Azmin dan penyokongnya mula gentar. Lantaran itu, jalan terbaik ialah menggunakan "taktik kotor" seperti mempengaruhi Anwar dan juga JPP. Inilah yang berlaku akhirnya, satu perjalanan pemilihan yang jelas diragui kesahihannya serta penuh dengan penipuan seperti apa yang dikatakan oleh Zaid itu sendiri. Soalnya sekarang, apakah Azmin tidak menggunakan taktik yang sama?. Ia juga ada, namun jumlahnya tidak sehebat Zaid. Malah, Azmin dilihat lebih "bermewah-mewah" apabila menampilkan imej hebat dengan buku manifesto, sticker, bookmark, poster, bunting serta lain-lain barangan yang digunakan untuk memancing undi. Bahkan, hinggakan ke hari pengundian pun orang-orang Azmin masih mengedarkan barangan tersebut. Soalnya, dari mana Azmin mendapat wang sebanyak itu untuk menyediakan segalanya?. Melihat kepada buku manifestonya sahaja, mungkin nilainya cukup hebat. Maknanya, kedua-dua pemimpin terbabit sebenarnya bermain dalam "game" yang sama.
[Melihat kepada senario yang berlaku ini jelas sekali Azmin berjaya melakukan pukulan "smash kencang" yang membolehkan beliau menang "straigt set" terhadap Zaid. Inilah yang mengecewakan penyokong Zaid, beliau tewas kepada "game" yang dimulakan sendiri. Oleh yang demikian jugalah, Zaid sepatutnya tidak berundur dari medan pertarungan. Beliau harus menerima hakikat tersebut dan bukannya mencanangkan kononnya dia berada di pihak yang benar dalam apa yang berlaku ini. Namun, harus diingat juga bahawa Azmin Ali tidak semestinya berada dipihak yang benar selagi JPP itu sendiri dilihat masih gagal meyakinkan ahli-ahli PKR itu sendiri. Maknanya, yang menang tidak semestinya benar dan yang kalah tidak semestinya salah. Justeru itulah, para penyokong kedua-dua pemimpin terbabit tidak perlulah terlalu emosi dalam hal ini. Biarlah jalan penyelesaian terbaik diambil agar keutuhan PKR dan perjuangan rakyat itu tidak terpalit dengan segala kemelut ini].
Tidak Wajar Berundur Jika Perjuangannya Ikhlas
Kini "nasi sudah menjadi bubur" dan dalam sidang medianya hari ini Zaid dengan bangganya mengumumkan pemilihan 16 Disember akan datang sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu. Soalnya sekarang, kenapa Zaid tidak terus mengumumkannya semalam?. Kenapa dia perlu memilih tarikh tersebut. Apakah benar Zaid "Kuda Trojan" seperti yang disangkan itu agaknya. Zaid yang pernah menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika berada dalam kerajaan UMNO BN itu sebenarnya bukanlah seperti apa yang disangka-sangkakan. Ramai penyokong tegas Zaid yang sebenarnya amat kecewa dengan tindakan beliau itu. Mereka tidak marah Zaid menegur Azmin Ali selaki pesaingnya bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Namun, tindakan Zaid menyuruh Anwar berundur diri seolah-olah merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sebenarnya. Maka itulah, ramai yang berbelah bagi dengan senario yang berlaku terhadap Zaid sekarang ini. Beliau yang diangkat sebagai pemimpin hebat dalam PKR selepas dipecat daripada UMNO dulu, kini bukan lagi seperti yang dijangkakan. Zaid sepatutnya berterima kasih kepada Anwar kerana telahmemilihnya sebagai calon bagi pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Pemilihan Zaid telah mengecewakan ramai pemimpin PKR setempat, termasuk Dr.Halili yang akhirnya bertindak keluar dari parti itu. Malah, dalam usia politiknya dalam PKR yang begitu muda akhirnya dia diangkat sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Maka itu, ramai yang beranggapan sepatutnya Zaid menumpukan perhatiannya bagi memartabatkan perjuangan PKR di Wilayah Persekutuan. Maknanya, belum masa untuk beliau merebut jawatan tinggi dalam parti itu. Kesetiaan perjuangannya masih belum benar-benar teruji. Namun, kenapa Zaid begitu pelahap dan rakus untuk menawarkan diri bertanding. Sedangkan sebelum ini beliau mengatakan tidak akan bertanding dalam apa jua jawatan dalam PKR. Bukankah ini satu pembohongan yang nyata, menyebabkan ahli PKR sendiri meragui keikhlasannya. Justeru itu, dia tidak sepatutnya berundur diri jika benar-benar ingin meneruskan agenda perubahan. Namun, kenapa Zaid mengambil tindakan tidak popular itu?. Apakah Zaid merasa dia tidak ada membuat kesilapan dalam kempen pemilihan PKR baru-baru ini agaknya?Zaid Sebenarnya Mulakan Game Terhadap Azmin
Selepas pengumuan Zaid mutakhir ini, ramai yang menganggap beliau kononnya berada dipihak yang benar. Namun, bagi penyokong Zaid, Azmin tetap benar dan lebih layak untuk dianggap sebagai pemimin tertinggi parti itu sebenarnya. Namun, hakikat sebenarnya masing-masing tidak tahu siapakah yang mencetuskan polimik ini. Bercakap soal penyelewengan misalnya, Zaid hanya mendedahkan tentang Azmin dan apa yang berlaku kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Kononnya Azmin meletakkan ramai orangnya sebagai petugas JPP untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya dan proksi beliau. Malah, Azmin dilihat kononnya mempengaruhi Anwar untuk memastikan "line-up" beliau menang selesa dalam pemilihan PKR ini. Namun, sesuatu harus diingat bahawa Zaid sebenarnya juga ada melakukan kesilapan dan kesalahan besar yang tidak disedari. Beliau terlebih dahulu membawa budaya UMNO ke dalam PKR. Amalan, janji manis dan politik wang begitu ketara tatkala Zaid mengumumkan hasratnya untuk bertanding. Malah, ada bukti kukuh yang terdapat Ketua-Ketua Cabang yang sudah menerima habuan dan imbuhan yang dijanjikan Zaid andainya berjaya mencalonkan dan memastikan undi beliau tinggi. Biarpun mungkin ini cuba dinafikan orang-orang Zaid, namun hakikat sebenar hanya mereka yang mengetahui dan mengalaminya sahaja lebih mendalaminya. Mungkin dek kerana "politik wang" yang dimainkan oleh Zaid menyebabkan Azmin dan penyokongnya mula gentar. Lantaran itu, jalan terbaik ialah menggunakan "taktik kotor" seperti mempengaruhi Anwar dan juga JPP. Inilah yang berlaku akhirnya, satu perjalanan pemilihan yang jelas diragui kesahihannya serta penuh dengan penipuan seperti apa yang dikatakan oleh Zaid itu sendiri. Soalnya sekarang, apakah Azmin tidak menggunakan taktik yang sama?. Ia juga ada, namun jumlahnya tidak sehebat Zaid. Malah, Azmin dilihat lebih "bermewah-mewah" apabila menampilkan imej hebat dengan buku manifesto, sticker, bookmark, poster, bunting serta lain-lain barangan yang digunakan untuk memancing undi. Bahkan, hinggakan ke hari pengundian pun orang-orang Azmin masih mengedarkan barangan tersebut. Soalnya, dari mana Azmin mendapat wang sebanyak itu untuk menyediakan segalanya?. Melihat kepada buku manifestonya sahaja, mungkin nilainya cukup hebat. Maknanya, kedua-dua pemimpin terbabit sebenarnya bermain dalam "game" yang sama.[Melihat kepada senario yang berlaku ini jelas sekali Azmin berjaya melakukan pukulan "smash kencang" yang membolehkan beliau menang "straigt set" terhadap Zaid. Inilah yang mengecewakan penyokong Zaid, beliau tewas kepada "game" yang dimulakan sendiri. Oleh yang demikian jugalah, Zaid sepatutnya tidak berundur dari medan pertarungan. Beliau harus menerima hakikat tersebut dan bukannya mencanangkan kononnya dia berada di pihak yang benar dalam apa yang berlaku ini. Namun, harus diingat juga bahawa Azmin Ali tidak semestinya berada dipihak yang benar selagi JPP itu sendiri dilihat masih gagal meyakinkan ahli-ahli PKR itu sendiri. Maknanya, yang menang tidak semestinya benar dan yang kalah tidak semestinya salah. Justeru itulah, para penyokong kedua-dua pemimpin terbabit tidak perlulah terlalu emosi dalam hal ini. Biarlah jalan penyelesaian terbaik diambil agar keutuhan PKR dan perjuangan rakyat itu tidak terpalit dengan segala kemelut ini].












26 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
that was a good thing pahangdaily.blogspot.com
emmm...
mungkin ada hikmahnya beliau tewas sms di US(Ulu Selangor)
bayangkan jika beliau menang...PKR sekali lagi dimalukan dengan YB Katak.
Baru setahun dlm PKR sudah menganggap masak dgn PKR. Apabila merasa hampir kalah pada Azmin, beliau tarik diri dan anggap pertandingan tidak adil.
Ada beribu2 lagi rakyat yg bersama Anwar yg pernah dipukul ,kena gas fru, kena tangkap, kena tindakan dll dan mereka itu tidak sedikitpun mengharap jawatan dlm PKR.
Kesilapan Zaid paling besar ialah kerana keluar dlm media musuh hanya kerana tidak puashati masalah dalaman. Ini sifat pengkhianat dan ciri2 katak.
Kedua ialah kerana menyeru Anwar dan Azmin undur. Siapa Zaid nk dibanding dgn mereka berdua? Elokla buka parti baru dan tgk kredibiliti sendiri. Buktikan! kalau memang kamu iklas dlm perjuangan.
Komen Zulkifli Katak Nordin mengatakan PKR akan berkubur awal tahun depan. Inilah sebenarnya harapan dan hajat katak yg didalangi umno selama ini.
Mereka harap sgt kekuatan gandingan Anwar dan Azmin akan berkubur bersama PKR.Inilah target sebenar katak2 upahan umno ini.
Jika berjaya, maka selesalah Najib nk buat PRU13 seterusnya.
Tidak susah membaca permainan politik umnok kerana mereka dulu kini dan selamanya menggunakan tektik yg sama yg telah lapuk dn mudah dibaca. Ini patut di sambut dgn hahahhahahahaha.
Kepada Zaid selamat buka parti baru. Bagi Zaid PKR memang lah teruk tetapi umno pun teruk juga. Maka eloklah Zaid kerja semula sebaga peguam dan ambik saja kes2 ringan seperti khlawat dan sebagainya. Jangan sibuk berpolitik lagi kalau asyik merajuk, lompat, lari sana sini.
Nasihat terakhir.....make sure jgn kembali membotol todi lagi.
Masih bercerita tentang Zaib Ibrahim sebagai pengkhianat dalam parti PKR..? Agaknya masih belum puas untuk melepaskan geram kepada orang yang telah membongkar pekong parti kemudian keluar parti. Teruskan mencerca....
Kalau boleh ceritakanlah dari mula-mula Zaid lahir kedunia ini sehingga membesar menjadi penjahat dalam PKR. Biar rakyat Malaysia tahu.
Apa yang boleh didapati dari hasil mengutuk, menghina dan mengejek Zaid Ibrahim yang tidak ada dalam parti...? Jumlah ahli bertambah, PKR bertambah kuat dan penasihat parti PKR dilihat bertambah cerdik..?
Terlampau asyik mendengar amanat kononnya penasihat PKR tidak boleh menerima pemimpin parti itu menyerang parti dengan menggunakan akhbar Utusan malaysia yang dimiliki UMNO... sehingga terlupa dengan krisis pemilihan parti dengan format satu ahli satu kertas undi yang menjadi kontrovesi.
Zaid sudah blah...lebih banyak keutukan terhadap Zaid akan bertambah curiganya rakyat Malaysia pada PKR ..? Ada kemungkinan rakyat akan mengutuk PKR pula. Ini ke yang diharapkan oleh penasihat parti PKR..?
Tugas semua pemimpin parti adalah memperbaiki apa jua kerosakan yang ditinggalkan oleh Zaid.
Semasa jadi ahli PKR Zaid telah membongkar ketidak-adilan JPP dalam menguruskan pemilihan parti. Pemimpin parti peringkat tinggi juga dikatakan bersubahat dalam pemilihan tersebut.
Kita mahu mendengar penjelasan dari penasihat parti berkaitan dengan JPP. Mengapa jawatankuasa itu perlu dipertahankan bermati-matian tanpa ada pemulihan bagi menarik semula keyakinan ahli dan rakyat malaysia..?
Tuan blog...
Saya suka zaid kerana zaid jenis beduit. Saya suka zaid kerana tidak putus asa, tak ada peluang jawatan no.2 dlm UMNO dicubanya dalam PKR.
Saya suka zaid kerana panggil kumpulan media Utusan, TV3, Berita dan NST dalam sidang media kekecewaan terhadap PKR.
Saya suka zaid kerana perangkap awal tak mahu bertanding tapi kemudian berubah fikiran.
Saya suka zaid kerana gagal pengaruhi tokoh2 utama dlm PKR kecuali sikit pd Mustapa Kamil.
LAGI saya suka bila zaid belah dari PKR dan teramat suka jika tubuh parti baru dah tentu dpt jawatan Presiden.
Apa lagi penyokong zaid yg ada dlm PKR, apalagi Blogger yg sokong zaid sampai nak rak...join la zaid...kalau azmin terpilih dan kita tak happy,,,belah lah bro,,. apa tunggu lagi.
oleh
UtuhSukung
ajak blogger greenboc juga koin zaid....
Saya suka zaid kerana zaid adalah zaid.
Saya lagi suka zaid kalau zaid memanggil atau tidak media kumpulan harakah dan yang sewaktu dengannya.
Saya suka zaid kerana tetap mencuba bertanding.
Saya suka zaid kerana telah berjaya mendedahkan identiti sebenar PKR (Parti Kumpulan Rakus).
Saya suka zaid kerna zaid bukan hantu atau jembalang.
Saya suka zaid kalau dia gila kuasa vs orang yang kemaruk kuasa.
Bloger GB dah terlalu fanatik dengan zaid. benci aku dibuatnya.. macamana boleh terpengaruh dengan kelicikan zaid dalam menjahanamkan pkr... Zaid hanya memperjuangkan kepentingan peribadi seandainya beliau memperjuangkan parti beliau tidak akan bertindak keluar parti..
Anon 5:51,
Kalaupun anda memang buta mata kepala, mengapa tidak celikkan barang sedikit mata hati untuk merenung, melihat dan menilai segala apa yang berlaku dalam PKR kini. Biarkan Zaid dengan 'keZAIDannya', tetapi mengapa maih terus berlaku rentetan bantahan dan sentimen rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PKR sendiri? Sekiranya PKR memang telus dan terbuka, kemelut ini tidak akan berlaku. Rasionalkah untuk terus menyalahkan Zaid atas kemelut yang tampak tidak berpenghujung dalam PKR? Siapa yang dapat menafikan bahawa kemasukan Zaid dalam PKR telah membuat PKR dilihat semakin mantap dan kuat. Namun jika PKR hancur, jangan tuding jari untuk menyalahkan Zaid.
maknanya ada orang dah mula main duit yaa!!!
Sudahlah zaid.. sikit sikit letak jawatan.. itu pengecut namanya..
Buatlah parti baru zaid.. ajak sekali zul katak tu
..
Anon 9:49,
Isk isk isk... Tak kan la orang PKR main duit pula... PKR kan parti yang bersih, telus, suci dan bebas daripada amalam rasuah (????) So sejak bila pula orang-orang PKR pandai main rasuah(???)Bukankah yang terbaik dan terpuji itu harus datang daripada PKR, dan amalan keji dan busuk itu hanya datang daripada BN (???)
Walaupun masih ada yg kelabu mata mengenai Zaid,tapi ramai yg dah mula kenal siapa Zaid,bagus lah.Yang masih kelabu mata(anon 8;54;00) cuba berhujah mengapa sampai sekarang masih ada bantahan mengenai PKR,yg di maksudkannya ialah komplen dari Mus ,Japalan dan malam tadi oleh geng 2x5 Japalan,barangkali.Tapi dia tak nampak Gobala pun dah tolak Zaid dan Gwo MP K.Jaya pun tolak Zaid.Haris Ibrahim pun dah tak dengar cerita,Zoro pun senyap - mungkin mereka sedang mencari idea tak tahu lah.Inilah orang yg paling kedepan menyokong Zaid dulunya.Malahan SCW pun dah rasa menyesal,mujurlah ada TC cuba 'cover' pembabitan SCW bersama Zaid.Tapi saya sendiri pun tahu kedudukan sebenar.
Setakat bantahan-bantahan kecil begitu tanpa bukti jelas,lupakan lah saja.Islam yang sempurna ini pun pun sampai ke hari ini ada bantahan-bantahan kecil seperti itu bukan saja oleh orang bukan Islam tapi juga oleh orang Islam.Apakah kita mahu kata Islam tak betul keran bantahan kecil begitu?.Tentu sekali tidak.Apa tah lagi setakat parti PKR ni,masing -masing kebulur jawatan,jadi jika ketinggalan mulalah komplen sana komplen sini dan ianya akan beterusan.Hanya orang cerdik saja akan dapat menilai bagaimana.Tapi kalau tak pandai menilai pun tak apa kerana dlm parti politik walau apa pun mejority yg akan menang.Kalau masih nak kata Zaid betul ikut lah Zaid.Dalam PKR mejority dah kata Zaid salah.
Dulu, komen-komen dalam M'skini,M.Insider 80 % menyokong Zaid,tapi sekarang semuanya sudah berubah apabila melihat tingkahlaku dan tutur kata Zaid.Mereka semua sudah mula mengenali siapa Zaid sebenar,ramai yg menyatakan rasa tertipu oleh lakunan Zaid sebelum ini dan di ikuti dgn maki hamun yg memalukan .Sebenanya Zaid tidak berlakun hanya mereka yang tidak benar-benar tau sejarah hidup Zaid dalam bidang politik dan kerjayanya,itulah mereka mudah tergoda dgn pandangan pertama.
Saya rasa eloklah kita melupakan soal Zaid kerana mejoriti sudah menolak beliau dan beliau pun sudah berhasrat utk menubuhkan parti baru.Namun,saya sependapat dgn Dr S Hussin yg kurang yakin Zaid akan sanggup memikul beban utk menghidupkan sebuah parti.Lebih baik kalau kita mengembalikan kerjasama kita untuk mengukuhkan PKR dan yg sudah tertipu selama ini mengakulah tertipu dan kembali membetulkan mana yg silap.Di Pahang memang ramai yg tersalah langkah terutamnya Ketua Cabang,jadi faham-faham saja lah.Elok lah belajar lagi supaya jadi cerdik,kalau ada orang lain yg lebih berwibawa dari kita serahkan saja pada mereka,ini juga merupakan satu kerjasama untuk kebaikan parti.
Walaupun masih ada yg kelabu mata mengenai Zaid,tapi ramai yg dah mula kenal siapa Zaid,bagus lah.Yang masih kelabu mata(anon 8;54;00) cuba berhujah mengapa sampai sekarang masih ada bantahan mengenai PKR,yg di maksudkannya ialah komplen dari Mus ,Japalan dan malam tadi oleh geng 2x5 Japalan,barangkali.Tapi dia tak nampak Gobala pun dah tolak Zaid dan Gwo MP K.Jaya pun tolak Zaid.Haris Ibrahim pun dah tak dengar cerita,Zoro pun senyap - mungkin mereka sedang mencari idea tak tahu lah.Inilah orang yg paling kedepan menyokong Zaid dulunya.Malahan SCW pun dah rasa menyesal,mujurlah ada TC cuba 'cover' pembabitan SCW bersama Zaid.Tapi saya sendiri pun tahu kedudukan sebenar.
Setakat bantahan-bantahan kecil begitu tanpa bukti jelas,lupakan lah saja.Islam yang sempurna ini pun pun sampai ke hari ini ada bantahan-bantahan kecil seperti itu bukan saja oleh orang bukan Islam tapi juga oleh orang Islam.Apakah kita mahu kata Islam tak betul keran bantahan kecil begitu?.Tentu sekali tidak.Apa tah lagi setakat parti PKR ni,masing -masing kebulur jawatan,jadi jika ketinggalan mulalah komplen sana komplen sini dan ianya akan beterusan.Hanya orang cerdik saja akan dapat menilai bagaimana.Tapi kalau tak pandai menilai pun tak apa kerana dlm parti politik walau apa pun mejority yg akan menang.Kalau masih nak kata Zaid betul ikut lah Zaid.Dalam PKR mejority dah kata Zaid salah.
Dulu, komen-komen dalam M'skini,M.Insider 80 % menyokong Zaid,tapi sekarang semuanya sudah berubah apabila melihat tingkahlaku dan tutur kata Zaid.Mereka semua sudah mula mengenali siapa Zaid sebenar,ramai yg menyatakan rasa tertipu oleh lakunan Zaid sebelum ini dan di ikuti dgn maki hamun yg memalukan .Sebenanya Zaid tidak berlakun hanya mereka yang tidak benar-benar tau sejarah hidup Zaid dalam bidang politik dan kerjayanya,itulah mereka mudah tergoda dgn pandangan pertama.
Saya rasa eloklah kita melupakan soal Zaid kerana mejoriti sudah menolak beliau dan beliau pun sudah berhasrat utk menubuhkan parti baru.Namun,saya sependapat dgn Dr S Hussin yg kurang yakin Zaid akan sanggup memikul beban utk menghidupkan sebuah parti.Lebih baik kalau kita mengembalikan kerjasama kita untuk mengukuhkan PKR dan yg sudah tertipu selama ini mengakulah tertipu dan kembali membetulkan mana yg silap.Di Pahang memang ramai yg tersalah langkah terutamnya Ketua Cabang,jadi faham-faham saja lah.Elok lah belajar lagi supaya jadi cerdik,kalau ada orang lain yg lebih berwibawa dari kita serahkan saja pada mereka,ini juga merupakan satu kerjasama untuk kebaikan parti.
Ironinya dan aneh binti ajaib, pimpinan tertinggi PKR tidak berbuat sesuatu yang konkrit untuk menangani kemelut yang kian teruk melanda PKR. Kita tidak pasti samaada pimpinan tertinggi PKR memang tidak berupaya berbuat sesuatu, atau ada sebab atau alasan tertentu.
Pada suatu sudut, Azmin jangan terlalu yakin dan megah untuk mendabik dada sebagai pemenang dalam 'game' dengan Zaid. Permainan sebenarnya masih jauh dari titik noktah. Permainan sebenar baru melepasi tahap pertama. Fasa kedua dilihat semakin memihak kepada Zaid. Walaupun Zaid telah mengumumkan untuk meninggalkan PKR yang pernah menjadi 'tempet persinggahannya', jangan terkejut kalau dalam masa terdekat, Azmin akan sedar betapa langit itu tidak sedemikian rendah untuk digapai. Banyak liku terpaksa dilalui, tidak sedikit onak dan duri perlu ditempuhi. Pendek kata, Azmin harus membayar harga yang tinggi atas kesilapan sendiri. Gelombang penentangan dan sentimen rasa kecewa dan tidak puas hati ahli-ahli PKR tidak harus dipandang enteng. Jikalau sentimen rakyat boleh menghukum BN dalam PRU12 yang lepas, tiada sebab mengapa PKR terkecuali. Sesungguhnya hukum karma tidak pernah 'pilih kasih'.
Anon 10:45,
Antara tergoda dan jatuh cinta dek pandang pertama berbanding rasa muak dan meluat kerana bukti sahih dan fakta, mana yang lebih wajar diambil kira? Kita ketepikan Azmin seketika, kita ambail perbandingan antara Zaid dengan DSAI. Kalau Zaid kini dibenci dan dilabel sebagai kambing hitam dalam PKR, tahniah buat semua penyokong tegar PKR. Tapi bagi rakyat Malaysia (tak kita penyokong parti mana) yang sudah kehilangan dan ketandusan rasa kasih dan cinta kepada DSAI, takziah!
Apa akan jadi sekiranya mahkamah membenarkan petisyen yang menuntut pembatalan pemilihan?
Oh sudah pasti PKR akan kata mahkamah tidak telus dan berat sebelah. Kenapa? Sebab PKR adalah yang terbaik dan pemimpin atasan PKR adalah insan super terpuji yang tindak tanduk dan lidah mereka sentiasa terpelihara daripada perkara yang tidak baik.
Anon 10:42,
Tidak usahlah membebankan diri untuk mengajak rakyat Malaysia untuk mengenal siapa Zaid. Sebaiknya ajaklah para penyokong tegar PKR (termasuk anda) untuk menilai siapa sebenarnya DSAI yang kalian puja-puja itu. Kisah Zaid boleh kita akhiri di sini, tapi DSAI adalah pengkhianat dan perosak sebenarnya yang patut dijauhi. Sekurang-kurangnya Zaid masih seorang warga yang masih cintakan Malaysia. Tapi tidakkah kita sebagai rakyat Malaysia berasa terhina apabila DSAI menganggap pujian dan pengiktirafan pemimpin asing terhadap Malaysia, sebaliknya diangap suatu penghinaan. Siapa sebenarnya yang hina?
Anon 10:42
Antara tergoda dan jatuh cinta dek pandang pertama berbanding rasa muak dan meluat kerana bukti sahih dan fakta, mana yang lebih wajar diambil kira? Kita ketepikan Azmin seketika, kita ambail perbandingan antara Zaid dengan DSAI. Kalau Zaid kini dibenci dan dilabel sebagai kambing hitam dalam PKR, tahniah buat semua penyokong tegar PKR. Tapi bagi rakyat Malaysia (tak kita penyokong parti mana) yang sudah kehilangan dan ketandusan rasa kasih dan cinta kepada DSAI, takziah!
Apa akan jadi sekiranya mahkamah membenarkan petisyen yang menuntut pembatalan pemilihan?
Saturday, November 20, 2010 11:42:00 PM
Ikut kamu lah wahai anon yg berperi-peri.walau apa pun Zaid dh kalah dan sokongan untuk Anwar kian meningkat berbanding Zaid sekarang bacalah di mana-mana jangan hanya syok sendiri dgn madah pujanga yg lesu kamu tu saja.aku faham perasaan keciwa yg kau alami sekarang sama lah juga dengan keciwanya umno bn yg dah bermacam-macam usaha utk menjatuhkan Anwar tapi gagal belaka.
Kesian,jangan sampai kau sakit jiwa dan terpinggir nanti.kah,kah,kah...
penyokong tegar pkr dah kenal siapa anwar,jadi aku tak perlu mengajak mereka mengenali anwar dgn lebih jauh.tapi tolong lah perkenalkan kepada mereka mengenai Zaid dgn lebih jauh kok mereka boleh kembali meyonkong Zaid demi memuaskan hati kau yg tengan frust menongeng tu.
Anon 10:42,
Tidak usahlah menyuruh orang pergi menuntut ilmu kalau setakat untuk menilai lakunan seseorang. Tidak usah juga persalahkan Zaid dengan lakunannya yang tidak seberapa itu, memang wajar dan patutpun dia kalah kepada Azmin. Kalau dibuat penilaianpun belum pasti dia boleh dapat 'anugerah pekalun harapan'. Sebaliknya saya tidak heran malah memyokong penuh sekiranya anda memuji dan memuja DSAI sebagai pelakun terhebat dan tersohor diabad ini. Saya sendiri amat malah teramat meminati DSAI sebagai badut yang payah dicari tandingan. Badut agung dunia seperti Charlie Chaplin dan ahli silap mata tersohor David Cooperfield boleh kalah.
Bermadah-madah benor yg sorang tu,meluahkan rasa benci nya pd nuar dan pkr.apa nak di susah kan benor member oiii,join je Zaid tu habih citer.nuar nak lungkup ke ,pkr nak lungkup ke bior ke dia le.kau nak merepek apa pun kalau orang tak mahu ikut kau tak leh buat apa,nyakitkan hati kau je.bak kau belah.
Anon 12:18,
Hehehe macam ko kenal aku je, jejangan kita ni 'member' tak.. Tapi tak pe la, aku pun dah nak bla ni buat kopi O pekat best malam sejum macam ni...hehehehe
Ok la ye... terlebih tersasul maaf je la dipinta. Kita tetap member, kalau jumpapun kalau stakat nasi kandar ngn teh tarik kat kedai mamak, no hal aku blanja punya. Ok bye
Kenapa para penyokong Anwar semua diam membisu? Terkedu melihat perkembangan terkini yang kian menampakkan Anwar seorang yang cerdik? Apa pula komen para pengampu Anwar terhadap 'PKR AKAN HANCUR JIKA ORANG GILA TERUS BERKUASA'?
Post a Comment