TEMERLOH, 30 Nov - Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) akan bertindak menyaman akhbar rasmi UMNO Utusan Malaysia yang didakwa memfitnahnya keluar parti sedangkan beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil berkenaan. Lebih malang lagi, CMK atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli, difitnah pernah mencium (foto) Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau tidak pernah berbuat demikian. “Ada tiga perkara pembohongan Utusan, pertama saya tidak pernah pun dihubungi. Memang saya ada menyebut dalam facebook dan blog saya sedang mempertimbangkan untuk keluar PKR tapi saya belumpun buat sidang media lagi dan keputusan belum dibuat. Jadi cerita dibuat berdasarkan andaian. “Kedua, penulis itu buat fitnah kata saya pernah mencium Anwar. Itu karut, saya tak pernah mencium Anwar dan mungkin penulis mengambil gambar dari blog Anwaribrahimdotcom.blogspot.com yang dikendalikan oleh blogger Umno. “Ketiga, ayat yang digunakan penulis menggambarkan seolah-olah saya belot kepada perjuangan Pakatan sedangkan saya masih kekal menyokong perjuangan,” katanya ketika ditemui di sini petang semalam.
[Bekas calon PKR Dun Kemayan pada PRU 2008 itu turut mempertikaikan, bagaimana penulis sebuah akhbar arus perdana sanggup mengenepikan nilai-nilai kewartawanan tulen sehingga mereka-reka cerita tanpa merujuk kepada sumber sebenar. CMK yang juga merupakan salah seorang editor laman popular Pahangdaily yang kini tidak boleh diakses kerana diserang, mengakui beliau memang pernah menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan kepimpinan PKR baru-baru ini. Serentak dengan itu beliau pernah membayangkan mahu keluar PKR dan menubuhkan NGO bagi menumpukan perjuangan membela hak rakyat sebagaimana yang dilakukannya terhadap pencerobohan tanah rizab surau di Indera mahkota sebelum ini. “Cerita yang tersiar dalam akhbar Utusan milik Umno itu menggambarkan seolah-olah saya telah ‘dibeli’ sehingga sanggup belot daripada membela keadilan sehinggakan ramai rakan yang menghubungi bertanya berapa saya ‘dapat’”, tegasnya kesal. selamatkanpahang]

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
uik pdo... citer itu hinu terjemah ayat quran tak masuk sama ke ini blog... masuk la sama boleh tgk terjemahan dia... semua org dlm dewan itu kata butullll
Utusan.. biasalah tu.. memang penyebar fitnah berlesen.. seronok jadi orang utusan ni.
good shared pahangdaily.blogspot.com
kita tgk ckp live nya dlm tv tak kan itu pun fitnah.... hinu terjemah ayat quran...
Kita doakan
Utusan Bankrap...
Wartawan yang kaki fitnah diberi balasan dari Allah.
Salam,
Mengenai blog pahangdaily yg diserang virus, rasanya ia adalah disebabkan oleh salah satu widget sidebar yang dipasang. Cuba buang satu2. Rasanya widget yg jadi punca adalah chat box tu.
good shared pahangdaily.blogspot.com
that was a good thing pahangdaily.blogspot.com
Angah... Tkasih atas maklumat.. PDO nampaknyer berjaya dipulihkan sedikit demi sedikit....
Post a Comment