KUALA LUMPUR 27 Nov - Dahulu negara pernah digemparkan dengan tindakan ‘berani mati’ seorang ahli lelaki Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencium penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di khalayak ramai yang pada masa itu memakai penyokong leher. Sejarah individu itu sebagai penyokong tegar Anwar yang juga seorang penulis blog dengan nama komersialnya, Cucu Mat Kilau (CMK) atau nama sebenarnya, Mohd. Shukri Mohd. Ramli (foto), kini tinggal sejarah apabila akhirnya beliau memutuskan untuk meninggalkan parti itu. CMK yang pernah bertanding mewakili PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, telah menghambakan dirinya lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan parti itu bersama-sama dengan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor. CMK di dalam blognya, www.cucumatkilau.blogspot.com menegaskan bahawa tindakan keluar PKR bukanlah satu keputusan bijak, namun demi meneruskan perjuangan beliau rela membebaskan diri daripada parti itu. “Akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri. Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong tegar PKR lain. “Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika gagal tegur dan kembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010,” katanya.
Parti Rosak Jika Pemimpinnya Rosak Akhlak
Dakwa beliau, budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR tersasar, walau dinafikan namun itulah hakikatnya. “Semuanya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. “Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. “Kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar ‘pantang’ selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO dahulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa,” katanya. Mengulas mengenai pemilihan pimpinan tertinggi PKR, CMK berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang sepatutnya bertindak secara bebas, adil dan profesional bagi mengadili pemilihan itu tidak lagi menjadi telus. Katanya, ia sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu dan amat tidak wajar dijadikan alat yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang kononnya mahu dipertahankan oleh PKR. “Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. “Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat,” katanya.
Klik pada imej berkenaan untuk baca artikel sebenar di Utusan Online
[Laporan artikel diatas telah disiarkan dilaman ketiga akhbar arus perdana Utusan Malaysia hari ini. Sungguh mengejutkan andainya laporan ini ada kebenarannya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena kini melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pemimpin yang tidak jujur cuba menyembunyikan hakikat yang berlaku dalam parti itu. Misalnya, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution secara jelas mengatakan tidak ada apa-apa penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan PKR baru-baru ini. Sedangkan, banyak laporan yang telah dibuat diperapkan begitu sahaja oleh mereka semata-mata untuk menutup kes. Malahan, laporan dan aduan yang dibuat siap dengan bukti-bukti sekali pun mereka tutup demi menjaga nama baik PKR dan Anwar Ibrahim. Maka itu, kami tidak hairan jika orang yang sanggup berkorban apa saja dalam PKR akhirnya rela meninggalkan parti itu setelah melihat perjuangan itu dikhianati].













7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Seorang pejuang sejati tidak akan meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya akan terus berjuang dan berjuang. Bahtera perang yang beralih arah mesti dipaut kembali kemudinya agar menuju arah yang sebenarnya. Pejuang yang kabur lari meninggalkan medan pejuangan adalah pengecut dan pengkhianat. Semoga CMK bukanlah spesis seperti yang saya maksudkan.
Sekarang ni(semenjak MM memerintah) politik dah di komersialkan. Sesiapa saja saja boleh beraqlih bahtera jika ia nampak menguntungkan dirinya
good shared pahangdaily.blogspot.com
CucuMatKilau...,
Anda jangan main wayang kulit. Sekejap nak keluar, sekejap lagi tak jadi nak keluar....
Parti PKR adalah parti alternatif. UMNO Baru adalah parti tua yang telah songsang pemikirannya. Ramai orang yang berada didalamnya adalah gila... Paling bahaya gila kuasa dan gila harta.
Parti PKR mesti dipertahankan. Tapi yang perlu dihumbankan adalah pemimpin yang gila kuasa sama seperti pemimpin UMNO Baru.
Kemelut yang berlaku dalam parti PKR adalah pekara yang pernah berlaku dan sedang berlaku dalam parti UMNO Baru. Iaitu menipu dan mencantas.
Oleh kerana itu walau bagaimana teruk huru-haranya keadaan dalaman parti PKR, kebanyakan pemimpin UMNO Baru tidak berani ambil kesempatan untuk menyerang.
Sehingga kehari ini, hanya beberapa orang saja dari ahli UMNO Baru yang cuba mengejek keadaan PKR dalam itu pun dalam keadaan segan silunya.
Kenapa mereka tidak mengutuk secara drastik seperti biasa..? Puncanya pemimpin PKR seperti Anuar dan Azmin adalah bekas ahli UMNO. Cara mereka mentadbir parti PKR adalah mirip parti UMNO.
Kalau mereka tidak ikut sistem dalam UMNO Baru, PKR tidak akan berfungsi seperti hari ini.
Oleh kerana itu cara menguruskan pilihanraya parti juga hampir sama walaupun tindakannya tidak serupa. Demi menjaga kepentingan diri mencantas dan menipu perlu dilakukan.
Kalau kurang pasti... sila rujuk kepada Tun Mahathir. sila tanya.. bagaimana beliau boleh mempertahankan jawatannya sebagai presiden parti UMNO Baru selama lebih 20 tahun...?
Jangan ikut jejak langkah Zaid Ibrahim. Lelaki ini berwajah banyak. Tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan.
Pendiriannya mudah berubah. Sekejap dia jadi ustaz menceritakan tentang kebaikan dan keburukan. Sekejap lagi dia berubah jadi lanun dilautan berniat untuk merompak kapal orang lain. Orang jenis ini tidak layak diiring sebagai pemimpin.
Jangan dengar lagi kutukan Zaid Ibrahim terhadap PKR. Dia bukan lagi ahli PKR yang mengutuk untuk memperbaiki kelemahan parti. Tapi dia mengutuk untuk menjahanamkan kepimpinan parti. Zaid Ibrahim sudah jadi orang asing sama seperti ahli UMNO Baru.
Anggap saja Zaid Ibrahim sudah mati... mati dari PKR. Jangan diingat lagi tentang kegiatannya dalam PKR. Dan jangan ada lagi pemimpin PKR menyentuh hal peribadi Zaid.
Jika ada dikalangan pemimpin yang masih mahu mengutuk Zaid Ibrahim lagi dalam kenyataan akhabarnya, atau dalam ceramahnya, atau dalam blognya... Tidak kira siapa sumpah orang itu, caci mereka....
Tindakan mereka itu sebenarnya memberi kelebihan pada Zaid Ibrahim. Dia akan lebih popular dari Anuar Ibrahim.
Kepada CucuMatKilau...
Kalau kau nak main politik dalam PKR... jangan bersendirian. Kau mesti cari orang. Cari pengaruh, Cipta pengaruh, dan Sebar pengaruh.
Setelah itu kau mesti bertanding dengan orang yang berpengaruh dan lihat siapa yang lebih berpengaruh.
Orang berpengaruh tidak semestinya kaya tapi mesti ada duit.
Kalau kau ikut ajaran aku ini... pastinya pengaruh Azmin Ali boleh dihumban kedalam sungai Gombak.
Alangkah baiknya jika PAS blh berdiri sendiri....
pas memang berdiri sendiri pun.
pas berdiri atas pertolongan org pkr n dap..sebab tu pulun sokong walaupun org india terjemah ayat quran... ntahla....
Post a Comment