PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, November 24, 2010

Panas: Lagi Bukti Penyelewengan Di Bongkarkan ! Kali Ini Melibatkan Pemilihan PKR Di Parit Sulong

Nampaknya semakin hari semakin banyak pendedahan tentang bukti penyelewengan pemilihan PKR 2010 dibuat sekarang ini. Terbaru pendedahan dibuat oleh calon Pengerusi Tetap AMK iaitu Azimuddin Ahmad (foto) menerusi laman blognya Sharpshooter. Menurutnya, terdapat kepincangan yang telah dikenalpasti dalam pemilihan yang dijalankan di cabang Parit Sulong baru-baru ini. Terdapat unsur penyelewengan pengurusan dan pemilihan berlaku di cabang itu yang mengadakan pemilihan pada 21 November 2010. Terdapat lima kepincangan yang berlaku dalam pemilihan di cabang itu katanya. Antara yang dikenalpasti ialah pemilihan dilakukan di luar kawasan, tempat mengundi yang tidak sah mengikut peraturan kerana diadakan di rumah Bendahari Keadilan yang belum laya mengundi telah dibenarkan mengundi (pengundi hantu), penyelaras pemilihan tidak mengumumkan keputusan pemilihan di lokasi dan penyelaras pemilihan seolah-olah telah mengatur kemenangan Hasmi Hashim sebagai Ketua Cabang. Satu laporan polis yang telah dibuat oleh Saudara Zailan bin A.Hamid selaku Timbalan Pengerusi PKR Cabang Parit Sulong.


Bukti pengundi hantu yang jelas boleh dilihat pada buku pendaftaran
[ Sila klik untuk membesarkan imej gambar yang dipaparkan ini ]

[Jika sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendabik dada kononnya cerita tentang penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan baru-baru ini adalah rekaan Datuk Zaid Ibrahim semata-mata. Kini nampaknya, satu persatu bukti kukuh telah berjaya didedahkan. Kami juga terkejut dengan apa yang dibongkarkan ini sebenarnya terutamanya berkenaan dengan "pengundi hantu" di Cabang Parit Sulong ini. Kenapa, pengundi yang tidak mempunyai nama dalam senarai "ahli" boleh mengundi?. Sedangkan, semasa mengundi petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) begitu profesional menyemak nama-nama ahli. Jika tiada nama, sepatutnya ahli terbabit tidak layak untuk mengundi. Soalnya, kenapa ini berlaku di Parit Sulong. Itu yang didedahkan, bagaimana pula di cabang-cabang lain?. Sebab itu kami tegaskan, bahawa memang benar adanya penyelewengan dalam pemilihan PKR baru-baru ini dan wajarlah ia ditangguhkan. Namun, dek kerana ada pihak yang mahu membuktikan kebenaran maka inilah jadinya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak terbabit. Buktikan kebenaran biar pun pahit. Apakah mereka ini boleh dituduh sebagai pengkhianat atau pembelot?].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Apa dah jadi wahai PKR pejuang demokrasi tulen?

Anonymous said...

Agaknya semua itu adalah fitnah yang bertujuan menghancurkan PKR? Kerja BN??? Hahahahahahah...

Ya la, PKR itu kan yang terbaik di antara yang terbaik. Dan semua pemimpian dan ahli-ahli PKR semuanya bersih. Yang tak baik hanyalah Zaid dan yang seirama dengannya.

Hidup dan panjang umur PKR!

serupasekala said...

Kenapa Pengerusi tetap buat pendedahan sedangkan ia ada kuasa untuk membatalkan apa yang diperengerusi semasa mensyuarat berjalan.

Yang besar pada hari itu adalah pengerusi tetap.

Lain macam bunyinye nih ....

Adakah pendedahan dibuat oleh sesaorang itu kerana takut tak dapat jawatan atau sebaliknya.

Keimanan sesaorang manusia itu tetap berbeza dan kemungkinan tiada kebalnya serta boleh terpedaya dengan kejahatan hawa nafsunya sendiri.

Anonymous said...

tak telus juga rupanya pkr ni ya...ingatkan nak tolong rakyat cari keadilan...tapi sama aje

Anonymous said...

pkr parit sulong sama mcm pkr sri medan, semua makan taik...