PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, November 22, 2010

Perbicaraan "Kes Liwat II", Akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hari Ini Tolak Permohonan Anwar Untuk Mendapatkan Nota Klinikal Saiful !!

Seperti yang telah dijangkan akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar, Dr. Mohd. Razali yang dibuat sewaktu pemeriksaan awal ke atas bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008. Barisan pembelaan juga gagal dalam permohonan agar mahkamah mengenepikan laporan perubatan yang didakwa tercemar kerana laporan toksikologi dan darah tidak diberikan kepada pembelaan. Dengan penolakan ini maka kini semakin terserlah kepada rakyat bahawa tanda-tanda awal Anwar bakal terpedaya dan terperangkap dengan permainan kotor "kes liwat II" ini pasti akan terlaksana jua akhirnya. Perbicaraan yang mungkin sekadar pelengkap segala kezaliman terhadap mantan TPM itu dilihat tidak lebih untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu sekarang ini. Apatah lagi, antara individu panas yang dikaitkan sebagai perancang utama permainan ini seperti bekas pelari pecut negara iaitu Muntaz Jaafar kini dikatakan semakin selesa dan bermewa-mewah dengan projek yang diterimanya. Malah, khabarnya beliau kini merupakan rakan karib kepada Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri). Muntaz yang merupakan ibu kepada bekas tunangan Saiful kini menikmati limpahan projek ratusan juta ringgit daripada kerajaan BN. Semua ini amat mengejutkan sebenarnya

[Apakah Anwar akan terus terpenjara lagi di Sungai Buloh atau sebaliknya. Apapun, rakyat sebenarnya semakin tidak percaya dan yakin dengan perbicaraan yang dihadapi oleh Anwar. Ramai yang percaya, PM Najib pasti akan memenjarakan Anwar untuk memudahkan beliau mengadakan pilihanraya umum selepas itu. Plot jalan cerita ini kononnya sudah dirancang dengan baik oleh "sifunya" Mahathir Mohamad sejak dulu lagi. Tiada apa yang boleh diharapkan lagi kepada keadilan yang sepatutnya dipertahankan oleh institusi mahkamah. Apa yang jelas dapat dilihat kini, jalan ceritanya hampir sama dengan "kes liwat I" yang berlaku terhadap Anwar dulu. Hanya suara rakyat yang boleh merubah segalanya iaitu dengan mengembalikan semula integriti badan kehakiman yang tercemar itu. Caranya ialah dengan menjatuhkan BN dalam PRU-13].

43 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

SYAH said...

tnyata mmg ada konspirasi di sebalik fitnah ini..

Anonymous said...

Syah yang bijak bistari,
Kenapa lagi-lagi sebut fasal konspirasi dan fitnah? Apakah kebijaksanaan anda sudah setading Tuhan yang meha mengetahui segalanya? Atau kalau anda memang seorang manusia biasa, apakah anda memang lebih arif dan bijaksana berbanding para hakim yang mengendalikan kes ini? Jangan lupa, yang tahu pasti tentang kes ini hanya Anwar, Saiful dan Tuhan. Kita hanyalah peminat murahan blog. Baik anda banyakkan berdoa semoga Tuhan akan tunjukkan kebenaran dan keadilan.

HarrisAbdullah said...

Pada pendapat peribadi saya keputusan Hakim adalah tepat. Lazimnya Doktor tidak akan bekalkan nota kerana segala apa yang dicatatkan semasa pemeriksaan awal dalam bentuk nota dalam kad rawatan akan dijadikan lapuran perubatan/pemeriksaan.
Hanya lapuran perubatan/pemeriksaan yang disalin daripada nota sahaja akan dibekalkan.
Tidak pernah setakat pengetahuan saya, nota awal dibekalkan atau dijadikan bahan bukti dalam Mahkamah.
Permintaan untuk nota awal hanya boleh dibuat, dan Mahkamah akan arahkan agar nota dibekalkan sekiranya diketengahkan bukti kukuh bahawa terdapat perbezaan ketara antara nota dan lapuran.

Anonymous said...

Jangan cuba berlagak bijak untuk menjatuhkan 'hukum' siapa benar siapa salah. Tuhan itu maha adil. Kalau memang DSAI tidak bersalah, dia tidak perlu takut.

Anonymous said...

HarrisAbdullah,
Saya sependapat dengan anda bahawa hakim telah membuat keputusan yang betul dan tepat. Yang kita pelik bila ada pihak kena tuduh yang menagih layanan dan keistimewaan yang orang lain tidak pernah dapat. Saya bimbang kalau ini sebenarnya bukan lagi bertujuan untuk mendapatkan keadilan tetapi lebih kepada cuba menegakkan benang basah atau leih teruk lagi menegakkan kampit kosong.

Anonymous said...

Bagi saya di sini ada 2 perkara berbeza:

1.Konspirasi utk menjatuhkan Anwar.

Adakah ianya benar?.Jawapan saya adalah tegas ,ia itu benar.Kalau tidak masakan perjalanan perbicaraan terhadap Anwar berbeda dari kes-kes yg lain.Bagi orang yg cerdik dan memahami perjalanan mahkamah,perbezaan ini adalah ketara.Di sini saya belum memutuskan bahawa kes ini tidak benar,sekadarkan bagi saya perjalanan perbicaraan yg berlansung agak luarbiasa dan menimbulkan syak wasangka.Dengan kata lain ianya tidak kelihatan seperti kes 'biasa'.Kes ini di bicarakan seolah-olah ada pihak yg memang mahu memenjarakan Anwar.Itu lah sebabnya ianya mendapat perhatian dari berbagai pihak baik di dalam mahu pun di luar negara.

2.Kes sodomi.

Adakah kes ini benar?.Seperti kata anon 12;30;00,memang betul, yg mengetahui secara soheh hanya Anwar,Saiful dan Allah.Jadi bagaimana dengan kita,hakim dll mahu memutuskan dalam kes ini?.Kalau mengikut undang-undang, baik secular atau pun Islam,semuanya hanya boleh di putuskan dengan meneliti bukti,jadi buktilah yg penting bukan pengakuan mana-mana pihak.

Dari sudut undang-undang sekular,seperti yg saya kata kan di atas tadi,perjalanannya dari awal lagi menimbulkan rasa curiga,jadi rasionalnya bagi saya sudah jelas,ianya tidak dapat saya di terima.

Dari sudut undang-undang Islam pula ianya cukup jelas apakah syaratnya.Itulah sebabnya dalam kes seorang wanita yg mengaku berrzina kepada Nabi,baginda tidak terus menghukumnya,baginda menolak pengakuan tesebut dengan berbagai alasan dan beberpa kali.Itu ertinya pengakuan semata tidak begitu penting.

Jadi di sini dari sudut Islam saya tidak berdosa kalau tidak mempercayai Saiful dalam kes ini biar pun ianya benar.

TodakSpore said...

Berbagai kisah benar atau mitos seperti Mahsuri, Kerajaan Melayu Melaka atau Singapura di langgar todak boleh dijadikan pengajaran kerana kepintaran seorang kanak kanak sahaja telah menjadikan pihak atasan takut akan terancam kepimpinan mereka maka anak tersebut telah dibunuh,
Sejarah berulang dengan berbagai siri bertujuan sama kerana sifat manusia bernafsu besar melampaui batas terus wujud hingga kiamat. Yang teraniaya perlu kuat bersabar kerana generasi akan datang akan menjadi saksi bahawa apa yang berlaku hanya sekadar fitnah dan akan timbul sesalan tak berkesudahan.Perlu diingat semua tamaddun ada penamat dan diganti baru selepas berlleluasa fitnah dan penganiayaan.

Anonymous said...

Berkaitan dengan nota ini,kita kena lihat mengapa ianya di minta oleh pihak pembela.Issu meenegenai nota ini di timbulkan sendiri oleh dr.pakar yg berkaitan,di mana ianya telah menimbulkan syak wasangka bahawa lapuran akhir menyimpang dari 'finding' nota awal.Ketakutan pembela terjadinya seperti lapuran kes mata lebam yg di manipulasi sebagiaman yg di dedahkan oleh Dato M.Zain ada asasnya.Kata orang tua-uta 'berani kerana benar'misti di tunjukan oleh pendakwa dalam kes ini.

HarrisAbdullah said...

Komen saya awal tadi hanya berhubung kait nota awal sahaja dan bukan perjalanan perbicaraan secara keseluruhan.
Saya setuju dengan hujah bahawa terdapat konspirasi ditahap yang tertinggi untuk kenakan Anwar. Pendapat ini saya simpul daripada keterangan doktor dan lapuran perubatan yang jelas mengatakan tiada tusukkan.
Macamana boleh ada liwat sekiranya tiada tusukkan?
Sudah banyak kes rogol yang saya sendiri kendali dan apabila terdapat sahaja keraguan yang munasabah dalam lapuran perubatan, kes akan digugurkan atas representasi daripada OKT. Mengapa dalam kes ini tidak berlaku perkara tersebut sedangkan lapuran jelas mengatakan tiada tusukkan?

Anonymous said...

Pada saya, konspirasi itu satu hal yang lain, penting, sama penting dengan persoalan sama ada liwat itu benar-benar berlaku. Namun saya agak pelik apabila HarrisAbdullah yang mengaku pernah mengendalikan banyak kes rogol, tetapi semacam tidak memahami langsung istilah 'tusukan' dalam kes liwat ini.

HarrisAbdullah said...

Mungkin saya jahil persoalan tusukan. Boleh tolong jelaskan apa itu tusukan dari segi undang-undang?

Anonymous said...

Saya juga jahil, tetapi saya yakin dan penuh percaya bahawa 'tusukan' (sama ada dari segi istilah atau kesan)dalam kes liwat sama sekali tidak sama dalam hal kita membuat 'tusukan' semasa memasang tiang pagar kayu konvensional umpamanya. Kalau semata-mata kita pentingkan definasi 'tusukan', saya rasa bagus semua hakim/peguam letak jawatan.

Saya sedikit terpanggil untuk 'buka mata sikittt) terhadap link ini:
KUALA LUMPUR: Walaupun tiada kesan kecederaan atau trauma pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, Pakar Bedah Am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim menyatakan terdapat kemasukkan pada bahagian tersebut.

Mohd Razali, 37, berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan laporan kimia bahawa terdapat kesan air mani pada empat sampel yang diambil daripada bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Tiga sampel diambil daripada bahagian rektum (bahagian usus besar) dan satu dari bahagian luar punggung.

"Berdasarkan laporan yang saya ada, saya boleh mengatakan berlaku kemasukan walaupun tanpa kecederaan kerana ia boleh berlaku. Dengan bukti air mani, saya boleh mengatakan ada kemasukan," katanya.

Bagaimanapun, mahkamah tidak dimaklumkan siapa pemilik air mani itu.

Berhubung ketiadaan kesan kecederaan pada bahagian dubur mangsa, saksi tersebut berkata, ia berkemungkinan disebabkan bahan pelincir digunakan semasa kejadian liwat yang didakwa berlaku.

Anonymous said...

Maaf saya nak mencelah sikit. Saya juga jahil dengan istilah perundangan. Sebab itu saya akan sangat berbesar hati sekiranya sdra HarrisAbdullah yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kes rogol (mungkin juga kes mencabul kerhormatan), dapat memberikan sedikit definasi antara 'tusukan' dan 'kemasukan'

Anonymous said...

ya la kalau ikut perbicaraan ....saiful menuduh anwar meliwat beliau secara paksa.....tapi kalau berulang ulang kali berlaku seperti dakwaan saiful....dan ruang utk saiful lari dari anwar ada....kenapa saiful masih tunggu...seperti beliau suka di liwat....jadi ikut undang2 malaysia ,saiful dan anwar patut di hukum.....

Anonymous said...

ya la kalau ikut perbicaraan ....saiful menuduh anwar meliwat beliau secara paksa.....tapi kalau berulang ulang kali berlaku seperti dakwaan saiful....dan ruang utk saiful lari dari anwar ada....kenapa saiful masih tunggu...seperti beliau suka di liwat....jadi ikut undang2 malaysia ,saiful dan anwar patut di hukum.....

Anonymous said...

Kita tidak terkejut jika pasukan pembelaan akan sekali lagi mencari helah/diarah untuk menangguhkan perbicaraan. Namun agak pelik apabila seorang yang mengaku terhormat, warak dan bersih tampak begitu takut untuk menghadapi perbicaraan, sama takutnya untuk memberikan sampel untuk tujuan dna.

Anonymous said...

Kes ini sebenarnya lebih kepada sama ada liwat itu benar-benar berlaku. Sama ada Saiful kena paksa atau tidak, itu soal lain. Siapa kataSaiful tidak patut hukum? Tapi sekurang-kurangnya Saiful sudah mengaku hatta pernah bersumpah. Yang DSAI takut ujian dna, takut bersumpah dan takut mengaku tu apa hal?

Anonymous said...

Sdr sakalian,

Saya teringat kepada kenyataan Dr.Zahari,ia itu Dr.Pakar Forensik yg memereksa Sukma Darmawan dalam kes Sodomi 1.Apabila di tanya di mahkamah ,beliau menyatakan bahawa kesan tusukan sodomi dapat di lihat walau pun kes sudah berlaku melebihi 5 tahun(lebih kurang maksudnya seingat saya).Akibat dari kenyataan tersebut Dr.Zahari telah di pinggirkan ketika itu walau pun beliau seorang pakar forensik yg handal dan sukar di tandingi di negara kita.Paling akhir beberapa tahun lalu, saya mengetahui beliau bertugas di hospital T Ampuan Hafzan Kuantan.Beliau sering di panggil untuk meyelesaikan kes-kes forensik yg sukar.

Tapi jangan mimpi lah untuk beliau di panggil dalam menyelesaikan kes ini,kerana rekord ketegasan beliau dalam melaksanakan tugas profesionalnya sangant tidak di gemari oleh pihak berkaitan.

3rd force said...

mampuih pi! aku malas nak kesian pada Anwar dah!

3rd force said...

mampuih pi! aku malas nak kesian pada Anwar dah!

Anonymous said...

kesian pun kau buka n tolong pun

Anonymous said...

Kita tak kisah Anwar bersalah atau tidak. Yang penting pasukan pembelaan Anwar patut diberi satu salinan laporan pemeriksaan klinikal sebagaimana yang diminta. Ini dibenar dalam peruntukan undang-undang. Biarlah rakyat dapat tengok perbicaraan ini dapat berjalan dengan adil dan saksama. Kedua belah pihak iaitu pendakwa dan pembela sama-sama puas hati. Rakyat sebagai pemerhati juga puas hati. Tak kan dengan sebab tidak mematuhi peruntukan undang-undang maka laporan pemeriksaan tersebut tidak dibekalkan kepada pihak pembela. Perbicaraan dituntut adil dan saksama malah juga dilihat sebagai adil dan saksama.

Anonymous said...

Tuhan lebih berkuasa... Kita ada undang2 Islam yang lebih sempurna dalam menyelesaikan masalah ini tetapi hukum Tuhan dibelakangkan seperti kita menentang hukum Tuhan... yang menyokong perbicaraan ini umpama menentang hukum Tuhan jadi tunggulah balasan drp Allah SWT... Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar.. Islam telah ditelanjangkan demi kepentingan politik sempit..

Anonymous said...

Orang bodoh pun tahu....semua kes berkaitan sodomi anwar-saiful adalah konspirasi politik. Tugas saya dan rakan2 setugas yang diberikan akal oleh Allah (insya-Allah)ialah menerangkan kepada siswa-siswi kami apa yang sebenarnya berlaku. Alhamdulillah, mereka tahu menilai semua itu.

Anonymous said...

Anon 29:00,
Hehehe... Tau tak pe...memang hukum Tuhan telah dipermainkan dan diperlekehkan oleh manusia yang mengaku alim tapi sesat dan menyesatkan. Pihak/individu ini secara selamba seperti mengubah hukum dan membuat 'fatwa' untuk kepentingan politik dan peribadi.

Tidak usah resah gelisah dan gundah gulana menunggu balasan daripada Allah SWT, sekarang inipun sudah nampak jelas. Polimik dan kekalutan dalam PKR, perbalahan sesama parti dlm PR. Sebaliknya sokongan rakyat terhadap BN kini semakin teguh. Siapa yang berani nafikan fakta ini? Dan siapa yang berani menyangkal bahawa ini semua adalah sebahagian tanda kecil akan balasan dan hukuman daripada Allah SWT?

Lainlah mungkin kalau anda berpendapat atau terhasut 'fatwa songsang' bahawa Allah hanya akan menghukum penyokong BN. Saya tak heran pun....

Anonymous said...

Yang berminat mengikuti perbicaraan ini (tak kira menyokong atau menentang) adalah orang yang memang mahu melihat 'taridra' semua yang terlibat. Cuba luaskan sedikit sudutpandang mu wahai anon 29:00 dan anon 22:00.

Lantak la kalau nak libatkan siswa ke siswi apa siapa-siapa saja termasuk seluruh dunia. Tuhas anda akan lembih mempermudahkan seluruh dunia melihat fakta sebenar bahawa susuk tubuh yang bergelar Anwar Bin Ibrahim itu TIDAK LEBIH seekor makhluk tubuh bersisik yang tersiung, bertanduk dan ekor panjang. Dia bakal mendatangkan kemusnahan kalau tidak dihalang awal.

Anonymous said...

Menyokong DSAI sebagai seorang insan adalah tugas kita semua. Tetapi mengampu dan sanggup menjadi pencacai makhluk Tuhan yang bernama Anwar adalah kerja orang gila yang dipergilakan.

Anonymous said...

SAYA MEWAKILI KAWAN-KAWAN SESAMA SISWA DI AUSTRALIA, BERASA AMAT MARAH DAN KESAL DENGAN DSAI YANG SANGGUP MENGHINA KAMI DENGAN MENDAKWA BAHAWA PUJIAN DAN PENGIKTIRAFAN PEMIMPIN NEGARA ASING TERHADAP MALAYSIA, SEBALIKNYA DIANGGAP SEBAGAI SUATU PENGHINAAN. PEMIMPIN ATAU MANUSIA JENIS APA DSAI INI?

KAMI HENDAK TANYA, SIAPA SEBENARNYA YANG HINA?

Anonymous said...

KAMI SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN MUTAKHIR POLITIK TANAH AIR. KAMI BOLEH BUAT KESIMPULAN BAHAWA DSAI ADALAH PEROSAK NEGARA DAN PENGKHIANAT SEBENAR. DALAM PRU12 LEPAS, SATU KESILAPAN BESAR KERANA SEBAHAGIAN BESAR PENUNTUT MALAYSIA DI LUAR NEGARA TELAH MENYOKONG MALAH BERKEMPEN MENYOKONG DSI KONON SEBAGAI PEMPIMPIN BESAR YANG AGUNG, TERANIAYA DAN DITEKAN.

KINI SAYA MENYERU KEPADA SELURUH PENUNTUT MALAYSIA DI LUAR NEGARA AGAR BERHENTI MENYOKONG DSAI DAN PKR. JANGAN PERJUDIKAN MASA DEPAN HANYA KERANA KEPENTINGAN SURVIVAL POLITIK SEORANG MANUSIA RAKUS YANG SENTIASA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN KRONINYA. JANGAN ULANGI KESILAPAN LEPAS.

Anonymous said...

Kpda semua yang masih taksub dengan DSAI,
Elok tinggalkan kerja yang sia-sia itu, berpijaklah ke bumi nyata. episode di mana kita sanggup buang masa dan waktu keemasan untuk taksub kepada DSAI sudah berlalu. Kita bukan siapa-siapa utk 'mengajarm itek berenang', tapi 'hukum karma' tidak pernah pilih kasih.

Masa yang lampau jika direnung
Menjadikan kita lemah termenung
Tidak disangka di dalam tenung
Menjadi rata bukit dan gunung...


Walaupun mulia besar dan agung
Sakit dan mati sama ditanggung
Perit dan pedih sama tersinggung
Ke alam 'baqa' nyawa digonggong?

Anonymous said...

Saya bukan siapa-siapa, namun secara jujur saya akui pernah terlibat dalam beberapa siri demonstrasi jalan memuncak kesan penyingkiran DSAI daripada kabinet dulu. Saya mungkin tidak menolak untuk terlibat sekali lagi. Namun terlepas daripada sentimen emosi, saya berasa ia adalah satu kesilapan terbesar yang pernah saya buat dalam hidup saya. Mungkin banyak malah terlalu banyak misteri dan versi yang kita lihat, namun fakta dan kebenaran sememangnya tidak mampu disangkal.

Rasa kecewa dan emosi tidak boleh dijadikan alasan sama ada untuk menghalalkan yang haram atau sebaliknya.

Anonymous said...

Yang membenci Anwar jangan emosi dan marah pada penyokong Anwar.Mereka semua ada hujah tersendiri,mengapa tidak mempercayai kes ini.Pihak yg menentang Anwar gagal memberi hujah dan bukti yg jelas.Kegagalan ini bukan saja oleh kalian semua,malahan oleh pendakwaraya di mahkamah pun.Jadi jangan salahkan orang lain kalau mereka tidak percaya.Berkerjalah lebih kuat lagi bagi mengumpul bukti yg dapat di terima akal.

Kita tidak boleh memaksa orang lain berfikir seperti kita atau menerima apa saja yg kita kata.

anon 10;12;00,

kau ni memang tak boleh pakai,sebab selalu benar meletakan perkara yg engkau mahu di mulut orang lain.tak ada di sebut oleh pun anon 29;00 pasal fatwa yg kau sebut tu,engkau pula yg menyebutnya.beliau mungkin tidak sependapat dengan engkau tapi,parangai engku cukup teruk,jangan di harap ada orang yg boleh menerima pandangan dari orang seprti engkau.kasar dan angkuh bunyinya.

aku dapat mengesan postin-posting dari engkau tapi semuanya kasar dan jahat bunyinya.Najib dan Rosmah pun dalam tulisan mereka tidak sekasar dan se angkuh tulisan engkau.

Anonymous said...

Anon 12:00
kalau fatwa songsang kenapa tak tangkap saja yg mengelurkan fatwa itu... tapi dok melolong macam ore gilo..

Anonymous said...

Anon 12:00
kalau fatwa songsang kenapa tak tangkap saja yg mengelurkan fatwa itu... tapi dok melolong macam ore gilo..

Anonymous said...

Hehehe... Tau tak pe...memang hukum Tuhan telah dipermainkan dan diperlekehkan oleh manusia yang mengaku alim tapi sesat dan menyesatkan. Pihak/individu ini secara selamba seperti mengubah hukum dan membuat 'fatwa' untuk kepentingan politik dan peribadi.

Tidak usah resah gelisah dan gundah gulana menunggu balasan daripada Allah SWT, sekarang inipun sudah nampak jelas. Polimik dan kekalutan dalam PKR, perbalahan sesama parti dlm PR. Sebaliknya sokongan rakyat terhadap BN kini semakin teguh. Siapa yang berani nafikan fakta ini? Dan siapa yang berani menyangkal bahawa ini semua adalah sebahagian tanda kecil akan balasan dan hukuman daripada Allah SWT?

Lainlah mungkin kalau anda berpendapat atau terhasut 'fatwa songsang' bahawa Allah hanya akan menghukum penyokong BN. Saya tak heran pun....

Anonymous said...

Sdra/sdri forumers yang bijak lagi bistari,
Mari cuba perdalamkan barang sedikit ilmu bahasa. Cauba beri definasi/variasi di sebalik perkataan 'fatwa' itu sendiri. Melihat dan menerima 'fatwa' sebagai hanya berkaitan hukum (agama), samalah halnya kita melihat skop agama itu hanya terbatas dalam lingkungan kawasan Mesjid saja.

Dalam hal berbalah pendapat dan 'fatwa vs fatwa', rasanya tidak usah menuding jari kepada sesiapa, siapa makan lada dialah yang rasa pedasnya. Lainlah pula halnya kalau kita mengharapkan pedas itu akan berpindah kepada mulut lain yang agak 'alahan' kepada pedas lada.

Anonymous said...

Anon 7:22,
Apa ni? Kalau mulut kita yang makan cili, kemudian kita mahu panas pedasnya pindah ke mulut lain, ini 'fatwa' baru ke apa ni? Biar betul otak kepala ngko ni..

Anonymous said...

anon 7;22 sekor tu nak tunjuk pandai tapi entah apa-ap yg di ungkapnya,balik-balik tang tu juga .fatwa-fatwa fatwa dia ni tentu belajar sikit cakapnya banyak.minta dia baca balik posting nya dulu-dulu ada idea baru ke?.taraaak.

kudatualiar said...

Anon 7:22,
Bercakap biar berhemah. Jangan ikut sedap mulut saja. Kalau rasa diri itu sudah cukup bijak, baik berbakti dan gunakan ilmu yang ada untuk kebaikan sesama. Atau kalau kurang faham atau kabur terhadap sesuatu kes, lebih baik tutup mulut. Itu lebih terhormat berbanding terus melalak melolong akibatnya muka sendiri yang terkena.

Anonymous said...

kudatualiar dan semua penyokong taksub PR,
BERHEMAH macam mana lagi yang kalian mahu? Kalau cara saya bercakap kurang berhemah, apakah post yang berikut ini cukup berhemah? Sila buka mata baca kemudian beri komen yang sejujurnya.

18 Comments
Close this window Jump to comment form

Anonymous Anonymous said...

ITU PENTADBIRAN UMNO YANG MENYERUPAI PERANGI SYAITAN. PENGIKUT UMNO YANG MENYOKONG PARTI KEPARAT ITU PUN PERANGAI DIA MACAM SYAITAN. ADA SESIAPA BERANI MENAFIKAN KENAPA SAYA KATA MEREKA-MEREKA INI SYAITAN ?

Wednesday, November 17, 2010 10:23:00 PM
Anonymous Anonymous said...

bagi umno tiada hukum semua boleh sebab umno bertuhankan pemimpin.itu sebab rakyat yang tidak mahu bersubahat PRU13,pastikan umno berkubur.

Wednesday, November 17, 2010 11:24:00 PM

Jawab, jangan tak jawab. Kalau tak jawab bermakna kalian yang bacul.

Anonymous said...

1. ITU PENTADBIRAN UMNO YANG MENYERUPAI PERANGI SYAITAN. PENGIKUT UMNO YANG MENYOKONG PARTI KEPARAT ITU PUN PERANGAI DIA MACAM SYAITAN. ADA SESIAPA BERANI MENAFIKAN KENAPA SAYA KATA MEREKA-MEREKA INI SYAITAN ?

2. bagi umno tiada hukum semua boleh sebab umno bertuhankan pemimpin.itu sebab rakyat yang tidak mahu bersubahat PRU13,pastikan umno berkubur.

Dua post di atas adalah contoh dan bukti 'fatwa songsang' yang membudaya di kalangan penyokong taksub PR. Ada siapa berani nafikan?

Anonymous said...

Kudatualiar dan yang seirama dengannya,
Salahkah kalau saya mengatakan bahawa pembuat ayat No.1 dan No.2 itu adalah manusia yang 'berkiblatkan' 'fatwa songsang'?

Mohon Penjelasan.

Anonymous said...

Sudah terang,tak payah bersuluh!